Dalam movie Suatukala ni terdapat 3 cerita dari pelbagai daerah, cerita Malin Kundang (Wafiy Johan) di daerah Seloka, Merah & Puteh di daerah Bungah dan Badang di daerah Lau Nakoda. Setiap cerita merupakan perjalanan Pendek (Kamal Adli) dan Panjang (Amir Rajalawak mencari rakyat Indera.
Cerita paling best, cerita Merah Puteh sebab cerita tak jauh lari dengan mitos asal tapi yang ni versi bahagia, tak ada penderaan kepada Merah (Sweet Qismina) ataupun Puteh (Syumaila). Dalam cerita ni Merah mempunyai kuasa sakti sebab berketurunan Indera. Bila Merah menyanyi semua bunga ros Mak Kuntum (Sharifah Shahirah) berkembang mekar, bila Merah bersedih semua bunga layu kemudian mati. Lagu yang Merah nyanyi tu lagu Hindustan movie Kaho Naa Pyar Hai kalu tak silap lah tapi bukan title track.
Disebabkan tema movie Suatukala ni pada zaman Ketuanan Melayu so kostum diorang pun ikut pakaian zaman dulu kala. Tapi pakaian ibu Malin, Kesuma (Dynas Mokhtar) ada la bertukar dua tiga helai padahal kemain lipat baju berbeza sebakul. Bukan ibu Malin je, Malin dengan geng Segitiga pun sama. Tapi tak suka bila ada diselitkan teknologi dalam cerita Badang macam smartphone cuma ditutup dengan kain je. Kalau digambarkan suasana sebenar masyarakat zaman dahulu mungkin lagi menarik. Sama jugak dengan Malin Kundang ada fidget spinner.
Ada scene yang kelakar tapi ada yang meleret macam geng Segitiga dan scene Pendek dan Panjang bergaduh angkat Malin Kundang. Bab visual memang cantik cuma CGI tu ada nampak kekurangan sikit especially part Malin terkena sumpahan, Merah bercakap dengan Kaloi Indera dan scene bunga ros berkembang. Not sure masa Kaloi dimasak jedi menu makan tengahari tu sebenarnya ikan kaloi ataupun ikan siakap tapi nampak macam ikan siakap.
Cerita tentang Badang paling bosan sampai tertidur dibuatnya sebab lari dari tema satu hal, cerita dia hambar satu hal, lari dari mitos satu hal lagi. Tapi berjaya jugak la habiskan cuma ending tergantung lah. Sampai ke sudah tak tahu apa niat raja tangkap rakyat Indera, mungkin nanti ada sambungan kot movie Suatukala ni. Well I hope please do sebab tak tahu apa jadi dengan Malin Kundang bila diorang tinggal dia dalam hutan & tak tahu dari mana Badang dapat kuasa.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10
waaa.. mcm best jer cerita ni. hehe
ReplyDeletekiranya Badang buat macam mana pun tetap bosan hehehe..
ReplyDeletemaybe tak patut amik kisah badang tapi nampak menarik la movie ni :)
ReplyDeleteada juga nampak behind the scene dkt astro hari tu.. mcm menarik je..
ReplyDeleteAerill Hassan
Hahaha..pernah jugak tertidur time tengok movie. Movie paling tak faham jalan cerita tapi terpaksa tengok jugak sebab dah bayar..
ReplyDeleteTahniah Farhanna sebab berjaya tengok sampai habis.. Akak tengok suku je lepas tu give up.. huhuhu..
ReplyDeleteaida tgk setakat permulaan badang ajer.
ReplyDeletepastu tido... anak2 yg tgk. tak tanya plak pe ending nyer.
yes la. nape tangkap indera ekk?
tergantung!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMgkin badang tu sendiri adalah indera sbb dlm cerita tu kesan ubat tu patutnya da abis..cuma cerita badang terlalu pendek mgkin sbb masa xckup kot..pasal raja inderaloka sruh bawa balik org indera tu mgkin utk mengelakkan perkara2 yg x di ingini bak kata kaloi...indera kuasa ajaib manakala loka kebijaksanaan..adalah tu usaha utk mengabungkan indera dan loka..
ReplyDeleteSaya baru je tengok..seronok rasa aura filem magika..suka dengan selitan lagenda nusantara..bagi saya idea ada teknologi ala2 telefon pintar dan fidget spinner tu adalah unsur komedi dalam cerita..verse dongeng tersebut menjadi moden tapi dalam dunia kesultanan melayu..nampak idea segar sebenarnya dari situ..cgi ok je part malin je kurang tapi yang lain ok..cerita malin kundang unik..gaya bahasa moden dengan selitan komedi dan gaya zaman dahulu tapi jalan penceritaan masih lancar 7/10 sy bagi..untuk merah dan puteh no komen sebab bagi saya 10/10 siapa dah tengok mesti tau kenapa full rate sy bagi..badang pula penuh elemen moden dalam gaya lama..hahaha basikal buluh telefon versi dahulu kala..jalan cerita ada cuma plot lemah sikit je..rasa sebab masa yg singkat ..macammana pon cerita tergantung dan saya rasa ada sambungan (mungkin dengan syarat dapat sambutan mungkin) apapun memang menarik dan nantikan Suatukala 2(berharap sebab nak tau kenapa Raja kumpulkan Indera)..Sekian 5 cents of my opinion
ReplyDelete