Movie kedua dari franchise Siccin
mengisahkan tentang keluarga Hicran (Åžeyda TerzioÄŸlu) dengan Adnan (Bulut
Akkale) yang dilanda kemurungan bila anak lelaki mereka, Birol mati selepas
ditimpa almari kayu di biliknya. Adnan menyalahkan Hicran sebab cuai hingga
mereka berdua kehilangan sumber kebahagiaan. Tak cukup dengan perangai Adnan,
Hicran mula diganggu makhluk halus. Even worst, adik Adnan yang meninggal
datang ke rumah mereka. Tapi Hicran sorang je yang kena gangguan ni so dia
bagitahu kawan dia masalah ni sebab Adnan memang dah sakit hati dengan dia.
Buka pintu lambat pun dah tengking pecah rumah.
Disebabkan kesedihan Hicran,
kawan dia suggest Hicran untuk berjumpa dengan Imam untuk berubat. At first
Hicran refuse sebab benda tu macam merapu tapi sebab tak tahan dengan gangguan
tu, dia pun setuju dengan cadangan kawan dia. Lepas tilik dalam air, Imam tu
bagitahu Hicran yang keluarga Hicran sendiri yang hantar santau ni. Katanya
makcik Hicran menggunakan sihir paling kejam sekali, sihir 41 jahitan.
Tapi yang peliknya satu-satunya
makcik Hicran sebelah ibu dah lama meninggal sejak kecil lagi so agak mustahil
lah makcik dia nak buat perangai busuk macam tu. Nak tahu betul ataupun tak apa
yang Imam tu kata, Hicran kena balik kampung siasat sendiri. Tambah pula Hicran
kena cari patung dalam rumah makcik dia sebab patung tu punca santau tu
berlaku.
Sebelum sampai ke rumah makcik
dia, dah ada penduduk kampung situ yang tegah jangan pergi rumah berpuaka tu
sebab tak pernah ada lagi Imam yang berjaya sucikan rumah tu. Walaupun takut,
Hicran kena pergi jugak ke rumah berpuaka tu sebab kena ambil patung yang Imam
tu pesan. Bila Hicran berjaya ambil patung yang dimaksudkan Imam tu, baru
terbongkar kisah sebenar siapa sebenarnya makcik yang busuk hati hantar santau
kepada Hicran dan sebab sebenar makcik dia hantar.
Tbh plot twist Siccin 2 lagi bagus
dari Siccin 1 (Movie Review in HERE) tambah pulak memang tak boleh nak agak rahsia keluarga Hicran ni. Bila dapat tahu rahsia ni baru faham kenapa ada scene bunuh diri dekat awal movie. Lepas terbongkar rahsia tu pun tak sangka Hicran ambil keputusan yang salah
demi kebahagiaan hidup dia.
Sama macam Siccin 1, movie Siccin
2 pun slow pace jugak. Nak tunggu Hicran habis menangis pun lama. Memang tak
mampu nak tunggu kalau guna normal speed sudahnya guna 1.7x.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
ni pun seram jugak :3 hahaha
ReplyDeletePlot cerita memang menarik apatah lagi diadaptasi daripada kisah sebenar..
ReplyDeleteBaca review antara Siccin 1 dengan Siccin 2, nampak macam Siccin 2 lagi best yang no 1 and 2 just so-so je
ReplyDeleteWajib download ni :-)
ReplyDeleteOMG, ngeri pulak tengok gambar tu
ReplyDeleteDah tengok siccin 2 tapi still tak faham kenapa ada scene bunuh dari masa first2 cite ni
ReplyDelete