Since ramai sangat yang kata
Siccin ni seram sampai ada yang kena ganggu dengan hantu lepas tengok movie ni
so I saja gatal tangan tekan play untuk join betapa seramnya franchise movie
Turki ni.
Siccin 1 mengisahkan tentang
Oznur (Ebru Kaymakci ) yang menggunakan khidmat bomoh untuk santau isteri
Kudret (Koray Sahinbas) sebab dia gagal tawan hati sepupu dia walaupun dah
berjaya goda dan mengandungkan anak Kudret. Malangnya lepas keguguran
disebabkan bergaduh, Kudret minta dia jauhkan diri sebab hubungan sulit diorang
satu silap besar.
Tak puas hati dengan keputusan
Kudret, Oznur berjumpa dengan bomoh untuk bunuh Nisa (Pinar Caglar Genctürk) untuk dapatkan balik Kudret. Bahan yang dia
perlukan cuma sampel DNA Nisa so dia pergi ke rumah Kudret untuk ambil bahan
yang dia perlukan. It’s an easy task for her since they’re related. Nisa memang
tak syak apa-apa langsung sebab Oznur sepupu Kudret. Kedatangan Oznur dianggap
hanya untuk melawat Ceyda (Merve Ates), anak perempuan Kudret & Nisa.
Oznur berjaya ambil rambut dengan
darah dari pad di bilik air rumah Kudret kemudian diberikan kepada bomoh untuk
upacara santau. Santau dia menjadi bila Nisa diganggu setiap hari sehinggakan Nisa
bunuh diri tapi Kudret sempat selamatkan. Kemudian bawa Nisa jumpa Imam Ihsan (Aydan Cakir) untuk
berubat.Tapi imam tu tak berjaya ubatkan
sebab punca sebenar bukan dari Nisa tapi orang lain dan lebih teruk lagi bila
Oznur sendiri diganggu hingga mati disebabkan niat busuk dia.
Jalan cerita movie Siccin 1 ni
simple je tapi cantik sebab adanya plot twist bila Oznur kena ganggu lepas dia
buat santau dengan bomoh tu sedangkan santau tu untuk hapuskan keluarga Kudret.
Bukan 1 je plot twist tapi 2 bila pembunuh sebenar terlepas tapi yang tak
bersalah yang jadi mangsa. Lagi tambah kesian bila benda ni diadaptasi dari
kisah benar. Dekat hujung cerita sebelum credit scene dia bagitahu kisah
sebenar keluarga ni.
Lakonan memang cantik nak pula
lakonan si kecil Merve Ates yang menjadi buta disebabkan kesalahan Kudret tak
nak percaya bini dah nak bersalin walaupun air ketuban dah pecah kemudian
ganggu saraf mengakibatkan Ceyda jadi buta kekal. Seram bila tengok dia main
dengan anak patung kesayangan dia lepastu dia pulak dirasuk.
Tak pasti kes ni berlaku tahun
bila sebab tak ada teknologi lagi seperti smartphone ataupun kewujudan internet
dalam movie ni. Mungkin era 80-an kot sebab era 90-an dah wujud internet dengan
handphone walaupun gedabak. Nak kata keluarga Kudret ni miskin/sederhana, tak
jugak sebab clothes and house decoration quite fancy.
Movie Siccin ni jadi seram
mungkin sebab dia slow teruk kot lepastu bila orang leka keluar hantu, sebab tu
la kot orang senang terkejut tapi kalau lajukan video, cerita dia tak seram
mana pun. Cerita dia level Misteri Niyang Rapik je ataupun cerita santau biasa.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7.9/10
Dah tengok movie ni. Takde lah seram sangat, cuma segala jampi dalam tu yang betul punya. So lebih baik pakai earphone bila tgk cerita ni. Odw nak tengok yang kedua n ketiga pulak.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Belum tengok lagi tapi nampak banyak sangat Facebook posts and tweets yang raving pasal cerita ni.
ReplyDeleteDah tengok movie ni. Takde lah seram sangat, cuma segala jampi dalam tu yang betul punya. So lebih baik pakai earphone bila tgk cerita ni. Odw nak tengok yang kedua n ketiga pulak.
ReplyDeleteKawan bilang menakutkan kalau tengok sendirian. Jadi belum berani nak tengok lagi. Btw foloback #339
ReplyDeleteAkak dah lama nak tengok movie nie tapi belum kesempatan lagi..
ReplyDeleteKalau nak tengok filem seram macam ni kena berteman, kalau sorang-sorang memang kecut perut la jawab nya
ReplyDeleteAida sefamili kalau tonton horror movie mesti dedekat aje duduk nyer. Anak-anak penakot tapi nak tgk :-)
ReplyDeleteHehe tak berani la nak tengok...
ReplyDeleteSaya baru lepas tengok sensorang. Agak seram... Muungkin sebab tengok sorang - sorang kot. By the way, cerita ni best + based on true story
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete