Pelakon : Putri
Marino, Adipati Dolken, Gritte Agatha, Chicco Kurniawan, Cut Mini Theo, Yayu
A.W. Unru, Maulidina Putri
Genre : Drama/Misteri
Durasi Tayangan : 102
minit
Tarikh Tayangan : 26
Oktober 2017
Production Company :
Panari Films
Trailer :
Terlibat dalam pencalonan Piala
Citra- Festival Film Indonesia 2017 dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik,
Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita
Terbaik dan Senario Asli Terbaik dah cukup bagi alas an kenapa perlu layan
movie Posesif ni.
Mengisahkan tentang percintaan
antara Lala (Putri Marino) dan Yudhis (Adipati Dolken) di sekolah menengah
tahun akhir. Lala merupakan atlet kebanggan sekolah dan juga negara dalam sukan
lompat terjun manakala Yudhis merupakan pelajar yang baru berpindah ke sekolah
tersebut. Tertarik dengan kekacakan dan keserasian bila bersama Yudhis, Lala
mula membahagikan masa untuk pelajaran, sukan dan juga Yudhis.
Kisah percintaan Lala dengan
Yudhis memang romantik pada awalnya tambah pula bila Yudhis jenis memahami
dengan komitmen Lala sebagai atlet. Dia banyak habiskan masa teman Lala training
dekat kolam renang sekolah walaupun kehadiran dia tak disukai dengan jurulatih
renang Lala merangkap ayahnya.
Masalah muncul bila Lala
mempunyai pesaing dan dalam masa yang sama Lala dah mula datang lambat
gara-gara keluar dating dengan Yudhis sampai dia bergaduh dengan ayah dia
kemudian ambil keputusan untuk tarik diri dari Sukan Sea. Yudhis pun mula
menampakkan belang dia yang sebenar, cemburu buta dan panas baran sampai berani
angkat tangan dekat Lala.
Dari Yudhis yang normal dan sopan
bertukar menjadi Yudhis yang baran dan obsess dengan Lala. Dia tak nak Lala
tinggalkan dia dan sanggup buat apa saja supaya Lala ikut dia pergi ke mana
saja. Even sambung study dekat tempat yang sama. Disebabkan cinta pertama, Lala
jadi agak buta dengan perangai Yudhis dan terima kesalahan Yudhis tapi lebih
berhati-hati sebab Yudhis dah sampai tahap berani cederakan orang lain yang rapat dengan Lala terutamanya kawan baik Lala, Rino (Chicco Kurniawan).
Walaupun jalan cerita Posesif ni
simple je tapi lakonan Lala dengan Yudhis tu menjadi tambah pula bila diorang
serasi berlakon berdua. Memang Edwin sengaja ketengahkan filem bertema cinta
remaja sebab keindahan cinta remaja tu fav dia. No wonder bila tengok movie ni
rasa angau je tengok kisah cinta Yudhis dan Lala.
Mesej yang dibawa pun penting
dalam perhubungan dan institusi kekeluargaan. Plot twist dalam movie ni berkait
dengan punca Yudhis jadi baran dan obses bila bercinta. Kalau ada yang tertanya-tanya
Yudhis sayang ataupun tak dengan Lala, dia memang sayang sangat sampai satu
tahap diorang dah mampu untuk lari dari punca masalah hubungan diorang dan bina kehidupan baru tapi
sebab Yudhis risau dengan keselamatan Lala, dia terpaksa tinggalkan Lala.
Tapi mampu ataupun tak Yudhis
hidup tanpa Lala sedangkan Lala dah dianggap sebagai salah satu sistem sokongan
utama dalam hidup Yudhis? Apa punca utama hubungan diorang berdua, tu kena
tengok dalam Posesif. Movie ni ditayangkan dalam Iflix so siapa yang ada Iflix tu
boleh lah cari dan tengok dengan tenang sebab ada subtitle.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Thank you sbb sudi post comments on my blog previously. I just followed here :) Do followback
ReplyDeleteAlahhh kalau cerita habis kan best hehe..kena cari ni
ReplyDeleteMacam best. Sy bookmark dulu, nanti nak cari~
ReplyDeletepsiko si yudhis ni sampai berani angkat tangan
ReplyDeleteNice review kak FJ <3 dah lama Hana tak layan drama.:3
ReplyDeleteBaca review Anna jadi macam nak tau pulak apa endingnya. Nice review..
ReplyDeleteMenarik jalan cerita ni. Ketengahkan konflik bila seseorang terlalu obses. Bagus utk tontonan semua utk jadi iktibar.
ReplyDeleteObses yang membahayakan.. tapi mesti ada sebab semua tu berlaku.. konflik yang menarik..
ReplyDeletemcm best jer.. x tgk lagi.. hehe
ReplyDelete