Movie Review : Hate Story IV

Thursday, 31 May 2018

Related image

Director : Vishal Pandya
Cast : Urvashi Rautela, Vivan Bhatena, Karan Wahi, Ihana Dhilon, Gulshan Grover
Genre : Romance/Thriller
Running Time : 127 minutes
Release Date : 9 March 2018
Production Company :T-Series Films & Super T Films UK Ltd.
Trailer :
Hate Story IV movie keempat dari franchise Hate Story yang bertemakan revenge and betrayal tapi tak ada apa yang beza sangat pun dengan movie terbaru ni. Plot lebih kurang sama dengan Hate Story 3 which led you to huge disappointment. Barisan pelakon baru yang hot pun tak mampu nak selamatkan jalan cerita bosan Hate Story ni.

Tasha (Urvashi Rautela), penari kelab malam ada impian untuk jadi bintang terkenal di UK dan impian dia tercapai bila dia berjumpa dengan Rajveer (Karan Wahi), anak bongsu kepada ahli politik terkenal, Mr Khurana (Gulshan Grover). Rajveer ni photographer kepada syarikat kosmetik Senorita yang usahakan oleh abangnya Aryaan (Vivan Bhatena) dan tunangnya, Reshma (Ihana Dhilon).


Masalah muncul bila Aryaan mula syok dekat Tasha walaupun Rajveer dah melamar Tasha depan media dan semua staf syarikat. Sebelum Rajveer kahwin dengan Tasha, Aryaan pasang niat untuk tidur dengan Tasha bila Tasha minum air yang larut dengan ubat tidur. Rancangan dia berjaya tapi tak lama kemudian Reshma dapat gambar Aryaan tidur dengan Tasha.  

Malam tu Aryaan cuba pujuk Tasha supaya bertenang tapi Reshma pula datang dengan pistol untuk bunuh mereka berdua. Panik dengan tindakan Reshma, Aryaan cuba untuk rampas pistol tapi lepas bergelut dengan pistol yang dihalakan di bahagian perut masing-masing akhirnya Reshma mati ditembak tanpa sengaja. Tak pernah lagi tengok orang nak rampas pistol tapi hala pistol dekat perut, selalunya hala atas atau bawah je. T.T


Makin huru-hara bila Rajveer dah perasan Reshma hilang dan ternampak Tasha peluk Aryaan tapi menjauhkan diri dari dia. Mula la episod Devdas si Rajveer sampai episod dia bergaduh dengan abang dia sampai dia pula mati tercucuk besi entah dari mana datang entah. Takut dengan ayah dia, Aryaan decide untuk tanam mayat Rajveer dalam hutan tapi tindakan Aryaan dihidu oleh orang lain. 

Orang yang sama rakam Aryaan buang mayat Reshma dalam sungai dan orang yang sama ambil gambar curi Aryaan tidur dengan Tasha. Aryaan perlu cari siapa musuh dia sebelum dia yang masuk penjara untuk kes pembunuhan. Bukan soal duit yang jadi keutamaan tapi berkait dengan kes bunuh Aryaan pernah buat 2 tahun lepas masa dia menetap di India.


Jalan cerita yang sama dengan Hate Story 3 ditambah pula dengan dialog yang cringe habis macam

‘I am somebody who can get any body but I only want your body.’ – Rajveer

Scene paling entah apa benda bila media tanya apa perasaan Tasha bila dapat jadi duta baru brand Senorita di Britain yang pernah jajah India dulu (even soalan media pun minta penampar)

‘You just ruled our land, as an Indian, I am here to rule over your hearts’

First half movie, average je lakonan memasing tapi masuk second half rasa menyampah tengok sebab memasing dah lose balance dah. Plot twist pun predictable and there’s no surprise element pun. Strategi balas dendam pun tak power mana. Lebih kepada tayang body dan asset je dalam movie ni.


Visual and audio not bad lah tapi tak cukup impressive pun untuk angkat movie ni walaupun ada lagu hit yang dinyanyikan semula dan diberi nafas baru, Aashiq Banaya Apne dalam movie lakonan Emraan Hashmi.


So far antara semua movie dalam franchise Hate Story, movie Hate Story 2 yang boleh pergi jauh baik dari jalan cerita ataupun lagu. Tengok banyak kali pun tak bosan. Memang betul punya balas dendam sebab kejahatan manusia.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought 0 = 4.8/10

4 comments

  1. tak pernah layan lagi movie2 dari franchise Hate Story ni..

    ReplyDelete
  2. mcm best jer cite ni.. hehehehe

    terima kasih sudi komen kat blog ejulz
    http://ejulz.blogspot.com/2018/05/senarai-pengomen-tegar-mei-2018.html

    ReplyDelete
  3. First time dengar siri hate story ni. Dah sampai 4 haa.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.