Movie Review : Hanja - New Trial

Monday, 21 May 2018


Director : Kim Tae-yoon
Cast : Jung Woo, Kang Ha-neul, Kim Hae-sook, Lee Dong-hwi, Lee Geung-young, Han Jae-young, Kim So-jin , Min Jin-woong , Lee Jung-eun, Kim Young-jae
Producer : Idioplan
Genre : Drama/Crime/Law
Running Time : 119 minutes
Release Date : 15 February 2017
Trailer :


Movie New Trial diadaptasikan dari kes sebenar pembunuhan pada tahun 2000 di mana mahkamah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara kepada seorang remaja lelaki atas kes pembunuhan di Iksan. Hukuman diringankan kepada 10 tahun penjara bila dia mengaku dan meminta maaf kepada detektif dan hakim kerana membunuh pemandu teksi tersebut.

Related image

Lee Joon-young (Jung Woo) seorang peguam yang hilang pekerjaan dan keluarga kerana kegagalan dia dalam beberapa kes dan tak seperti peguam lain, dia sorang peguam yang money-driven dan tak peduli langsung tentang klien dia berada di pihak benar ataupun salah asalkan dia mendapat bayaran yang tinggi.

Selepas hilang kerja, dia meminta bantuan rakan baiknya, Mo Chang-hwan (Lee Dong-hwi). Nasib dia agak baik bila dia diterima masuk ke syarikat Themis walaupun dia secara lantangnya menyatakan prinsip mata duitan. Kerana kesungguhan dia untuk bekerja, peguam Goo Pil-ho (Lee Geung-young) memberikan tugas mencari satu kes secara percuma.

Image result for new trial korea

Di situ dia berjumpa dengan ibu kepada Jo Hyun-woo (Kang Ha-neul), Soon-im (Kim Hae-sook) yang buta tapi tak pernah putus asa mencari keadilan untuk anaknya walaupun setelah keluar dari penjara Hyun-woo terpaksa membayar kembali 40,000 won sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Untuk mengelakkan membayar 40,000 won, Joon-young meminta perbicaraan kes pembunuhan dibuka kembali sebelum tarikh perbicaraan pembayaran semula 40,000 won. Kalau terbukti kes pembunuhan tersebut dilakukan oleh orang lain dan Hyun woo tidak bersalah, bayaran pampasan akan terbatal dan nama Hyun woo akan dibersihkan. Tapi mampu atau tidak Joon-young membuka kembali kes Hyun-woo bila dia terpaksa berdepan dengan system kehakiman dan pihak berkuasa yang terlibat dalam kes tersebut. Taruhan yang agak besar kepada Joon-young dan juga kepada syarikat guaman dia, Themis.


Jalan cerita yang menarik bila seorang peguam biasa mengalahkan sistem besar dan berkuasa dalam negara tambahan pula bila diadaptasikan dari kisah benar di Korea. Ada satu scene di mana Joon-young dari seorang mata duitan berubah kepada seorang yang menjaga klien dan nekad nak buktikan kebenaran pada negara. Walaupun scene ni agak cliché tapi gaya olahan dan lakonan Jung woo buat scene tu jadi beremosi. Lakonan Kang Ha-neul dan Kim Hae-sook, anak beranak yang berbeza bila seorang dah putus asa dengan dunia tapi ibu dia sentiasa cari peluang dan bantuan untuk keadilan anaknya. Emosi tengok dua beranak ni nak pula bila scene saksi ditangkap oleh polis secara sengaja supaya kes dibatalkan.

Visual is great, suka bila tengok view rumah Hyun woo sebab tepi laut terutama scene Hyun woo putus asa dengan perbicaraan semula kes pembunuhan dia lepas dia dah buat semua yang dia mampu untuk membantu Joon-young. Happy betul duduk rumah tepi laut, pepagi dah turun korek siput atau kepah. Makan mi segera pun berlaukkan ketam bunga. Fuhhhh asyikkk!


Movie ni memang worth to watch sebab jalan cerita yang bagus, rating dekat Viu pun tinggi 9.9/10, lakonan yang bagus dari semua pelakon either leading or supporting. Walaupun tentang peguam dan perbicaraan tapi tak banyak pun focus dengan sidang perbicaraan, banyak focus kepada kekeluargaan, persahabatan dan kekejaman yang diselewengkan oleh pihak berkuasa seperti Detektif Baek Chul-gi (Han Jae-young).

Masa layan movie ni guna khidmat sub Melayu, ada la beberapa part yang tergelak sebab dia translate ‘mak kau hijau’ and several words bahasa melayu. Dalam movie ni pun ada scene comedy so movie ni tak lah berat sangat, tak lah ringan sangat. Just nice, sesuai ditonton semua.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought =1 = 9.5/10

8 comments

  1. Dari review awak nie, nampak macam berat aje jalan citernya dan mesti banyak kisah duka dalam movie nie..

    ReplyDelete
  2. Akak dah tengok tapi separuh jalan.. Kena tengok bagi habislah..

    ReplyDelete
  3. Dah tengok movie ni. Kesian habis dekat hyun woo... knapa la byk crite kang ha neul sedih-sedih ja.

    ReplyDelete
  4. I watched this because of Kang Ha Neul! Memang best :D

    ReplyDelete
  5. ejulz suka tgk cerita kisah penyiasatan camni. hehe

    ReplyDelete
  6. suka citer Korea tapi yang comel comel.. ehehe tapi suka Kang Haneul hehe =D

    ReplyDelete
  7. Kalau saya jadi pengarah, saya nak buat movie kisah benar ala2 najib songlap 2.6 bill. Mesti hits!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.