Production Company : Nadiadwala
Grandson Entertainment Pvt Ltd
Genre : Action/Mystery
Running Time : 144 minutes
Release Date : 30 March 2018
Trailer :
Sequel Baaghi tahun 2016 muncul
kembali dengan pelakon yang sama, Tiger Shroff tapi heroin berbeza, Disha
Patani dan juga kisah yang berbeza. Maknanya dalam franchise Baaghi ni setiap
movie berbeza macam franchise Raaz dan Hate Story. Bukan tu je, pengarah pun
berbeza juga di mana kali ni di bawah arahan Ahmed Khan.
Movie Baaghi 2 diolah semula dari
movie Telugu tahun 2016, Kshanam yang mengisahkan tentang Neha (Disha Patani)
yang kehilangan anak perempuannya, Rhea akibat diculik oleh 2 orang lelaki
upahan di hadapan taska.
Selepas 2 bulan tiada jawapan dari pihak polis, taska
dan usaha pencariannya, Neha minta bantuan bekas kekasih hati zaman kolejnya,
Ronny (Tiger Shroff) ataupun dikenali sebagai Captain Ranveer Pratap Singh yang
sekarang ni berkhidmat di sempadan sebagai pegawai askar.
Sama macam Neha, Ronny pun buntu
dengan pencarian Rhea. Lagi bertambah pelik bila manusia sekeliling Neha terutamanya
suaminya, Shekhar (Darshan Kumar) beritahu perkara yang sama, Neha tak pernah
ada anak langsung. Even worst, Rhea sebenarnya anak orang lain yang hilang
beberapa bulan sebelum tapi tak pernah diiklankan di mana-mana bimbang nyawa anaknya terancam.
Satu hari Usman Langda (Deepak Dobriyal),
pemilik kereta sewa Ronny beritahu yang dia ternampak kelibat Rhea di tempat
lepak adik Shekhar, Sunny (Prateik Babbar). Dari situ Ronny gali balik semua
bukti yang terlibat dan mencari siapa dalang penculikan Rhea dengan bantuan ACP
Loha Singh (Randeep Hooda).
Jalan cerita Baaghi 2 lebih
kepada misteri dan ada beberapa plot twist di second half movie tapi menyampah
bila action stunt nampak tak real macam Baaghi 1. Tendang sikit dah melayang
sampai terbelah meja, angin dan tali tak payah cakap lah berapa banyak
contribution dalam movie ni. Sayang bila franchise ni ialah brand kepada
martial art skills Tiger Shroff tapi dicacatkan dengan action stunt yang
berlebihan seperti genre masala.
My expectation for Baaghi 2 is
quite high because I love real action stunt but this one is a big disappointment.
We already have enough masala genre movies. Lagi sedih bila heroin langsung tak
ada action stunt dalam movie ni. She is just a helpless and traumatic sick
mother. Boleh kata dalam movie ni watak Disha cuma watak pasu bunga, penyeri
sesebuah movie je. Just jadi cantik sepanjang masa tanpa perlu berusaha sangat
pun untuk tunjukkan bakat lakonan. Sama
jugak lah macam watak Randeep Hooda dan Manoj Bajpayee yang disia-siakan dalam
movie ni.
Walaupun ada beberapa plot twist
di second half tapi tak cukup meyakinkan sangat tambah pula bila banyak part
mengarut terutama di hujung cerita Ronny berubah jadi Rambo dalam hutan di
pulau untuk selamatkan Rhea. Seorang diri. Tambah mengarut bila dialog merapu.
Part Usman Langda jumpa Rony pertama kali di bengkel kereta dan dia boleh agak
yang Ronny dah lalui banyak perkara dalam hidup dia padahal Ronny tak ada
cerita apa pun dengan dia. Tu belum lagi dia bersedih dengan kematian Neha
padahal dia tak kenal pun Neha. Not to mention watak Randeep Hooda sebagai ACP
yang suka buli pekerja bawahan dia sampai menangis. Don’t ask why he cried, he
just did. T.T
Kalau Baaghi 1 ada album
soundtrack yang best, berbeza dengan Baaghi 2 ada 6 lagu dan satu daripadanya
adalah remake dari lagu famous Madhuri Dixit, Ek Do Teen dari movie Tezaab
tahun 1988 tapi gagal mendapat tempat di hati pendengar. Cuma lagu O Saathi sahaja
yang masuk dalam carta nyanyian Atif Aslam.
Baaghi 2 is such a huge
disappointment in story, background music, action stunt and even acting talent but
hey, there’s already have Baaghi 3 on the line. So yupp all the best.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4.
Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4,
9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought =0 = 4.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Owh.. franchise tai tak bersambung ye.. Maksudnya tak tengok satu pun still boleh follow cerita kedua..
ReplyDeleteaksi stunt mesti best ni ...
ReplyDeletewah. ada part 2?
ReplyDeletepart 1 aida dah tgk. best!
lepas dah tgk, baru aida tau yg hero tu anak jacki shroff :) hi hi hi
Baaghi 1 pun tak tengokkk..haahaha!! ketinggalan ketapi sangat gee ni!kiki
ReplyDelete