Jalan-Jalan Di PBAKL 2018

Saturday, 26 May 2018


Ikutkan hati tak nak pergi pun dekat pesta buku tahun ni tapi disebabkan Bawang keluarkan koleksi komik terbaru, saja la try nasib pergi sana sebab tahun lepas pergi takde luck sebab dah sold out. Kecewa jugak lah tapi nasib jumpa dekat carboot sales.

Tahun ni bawa adik-adik berjalan dekat pesta buku sebab school trip yang sepatutnya pergi PBAKL tu dianjak maka taknak ada yang berduka lara bawa la merasa suasana pesta buku tu. Nasib memasing bawa hasil tabungan masing-masing. Selamat sikit duit poket :P


Ikutkan hati nak drive sendiri je pergi sana tapi sebab diorang tak pernah merasa lagi naik MRT maka perjalanan hari tu agak panjang sikit. Bila naik tren ni memang tersasar habis lah bila salah jalan, salah masuk platform, tren delay segala jenis dugaan berkaitan tren ada hari tu. Keluar rumah pukul 12 tengahari, sampai dekat pesta buku pukul 4 petang. Risau jugak tak sempat nak round semua level sebab dah sampai lambat. And total cost that day, RM44 untuk 4 orang – Bas, MRT, KTM, LRT.

Sampai je dekat sana nampak bunting Khai Bahar and kitorang terlepas peluang nak jumpa Khai Bahar, Izzue Islam & Shahrul Ridzwan. Tapi bila pergi dekat booth Penulisan2u rupanya Shahrul Ridzwan dekat situ. Beria beratur depan sekali nak tengok dia sudahnya tak tahu nak sembang apa bcs I’m not a fan. Kenapa entah beratur. I am so weird.


Lepas dah settle tengok SR terus naik tingkat atas berbalik kepada misi utama untuk cari komik Bawang. Berjaya jugak jumpa terus grab walaupun mahal jugak wei harga senaskhah. RM15.90 tapi demi kebahagiaan cinta hati kan, tutup mata je lah beli. Pergi PBAKL ni barang yang wajib dibawa haruslah backpack sebab nak memborong terutamanya buku indie.

Tengah busy layan adik yang nak beli komik ternampak Kak Neddo dekat booth Peanutzin. At first segan nak pergi tegur tapi dia tengah bosan main warna sana sini dekat buku terbaru dia. Takde orang pun yang datang situ. Takut nak minta bergambar kalau tak beli buku dia so beli jugak lah walaupun tak minat pun baca puisi. Dapat la kenangan setempek dua.

Lepas dah bergambar ternampak Ikmal Amry call dia tanya dekat mana. My luck lah dapat jumpa Ikmal hari tu. Tanya Kak Neddo Ikmal datang sini ke, Kak Neddo suruh tunggu dekat booth Buku Fixi. Berdesup pergi naik tingkat 3 balik walaupun dah borong sakan dekat atas. Sanggup okay tunggu sampai setengah jam dekat booth tu sebab Ikmal punya pasal. Dalam hati bersyukur teruk tak pergi pesta buku dengan pakwe sebab tahun lepas nampak Syed Saddiq tapi mampu pandang dari jauh je hihu.

Lepas tunggu lama dekat booth tu finally Ikmal datang dengan Kak Neddo. Ya Allah comelnya lah Ikmal ni depan mata. Dah la cakap pun sopan je, muka flawless macam dalam Insta selalu stalk lah. Terus mintak bergambar sebelum dia kena hurung dengan orang lain. Ambik gambar dengan dia sekejap je sampai dia tanya ‘Eh dah ke? Tu je’. Eh dia ni berdiri sebelah dia pun dah berdebar teruk lemah lutut. Lupa nak minta autograph dia haihhh brain freeze masa tu kes happy sangat.


Dah habis shopping, dah boleh dah nak balik tapi sebelum balik nampak SR bosan dekat booth tu terus pergi bergambar dengan dia sebelum dia balik. Adik yang kemain posing padahal tak kenal pun. Katanya nak show off dekat kawan-kawan dia dapat bergambar dengan pelakon. Ya tuhannn perangai kau dik.


Balik tu naik Grab je sebab takut sampai lambat kalau naik tren and guess what, tambang Grab pun RM44 je dalam masa setengah jam. Nasib lah nawaitu awal tu nak bawa diorang jalan-jalan naik tren, kalau tak menyesal jugak tak guna khidmat Grab.

Dah sampai rumah kumpul semua hasil memburu, total semua dalam 200 ratus lebih jugak lah tapi tak sebanyak tahun lepas since tak memborong novel English kes tak habis baca lagi. Ada satu rak lagi tak baca so sebelum kena bebel dengan dia, baik kawal diri.

 

Tahun depan maybe nak pergi lagi sebab murah rupanya memborong dekat pesta buku ni tambah bila dapat kupon free dari publisher macam Buku Fixi ataupun Roman. Harap pesta buku tahun depan ada kenangan lain pulak.

17 comments

  1. seronok borong buku ... mesti rambang mata nak pilih ni...

    ReplyDelete
  2. Seronok nyaa dapat borong buku ≧ω≦

    ReplyDelete
  3. Fewiit SR kot! >_< Nak jeles boleh tak? Hahaha :3
    .
    Tapi lagi jeles tengok gambar last tu T^T

    ReplyDelete
  4. U are so weird. Betoi sangat la tu..haha

    ReplyDelete
  5. Saya pun kalau pergi Pesta Buku mesti habis beratus. Nasib parents faham :D

    ReplyDelete
  6. Wah, seronoknya dapat borong buku, tahun nie akak takde kesempatan nak pegi ke sana... harap2 tahun depan adalah peluang untuk akak..

    ReplyDelete
  7. Kak ana dah ke pwtc hari tu utk attend Baca world. Tapi tak sempat nak shopping buku. Takpe next year ada lagi.

    ReplyDelete
  8. Syoknya borong buku...banyaklah tu aduhhhh jeles kita...

    ReplyDelete
  9. Adoi.. dengki pula tengok entry nie.. kikiki..
    Tapi memang berbaloi-baloi memborong time pesta buku.. Harga sangat gempak, dengan diskaun dan kupon bagai tu..

    ReplyDelete
  10. saya pun borong banyak juga dekat pesta buku terutamanya buku indonesia. bila kira-kira memang pesta buku ni dapat diskaun yang lebih berbaloi dari beli online. hehhe

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak pergi pesta buku. Tp itulah, nak pergi ke usung askar 4 org tu. Dh sampai situ, askar terus berbesar, waduh buku ke mana. Last2 balik tgn kosong. Haha..

    ReplyDelete
  12. untung la jumpa artis.. hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.