Pelakon : Sharifah
Sakinah, Marsha Milan Londoh, Isa Khan, Zain Hamid, Azhan Rani, Azhar Amir, Azmi Pak Teh, Fared Ridzwan, Sean Lee, Haiza, Afiq Azhar, Raja Afiq, Fatin Afeefa
Genre : Komedi/Drama
Jumlah Episod : 24
episod
Tarikh Tayangan : 14 Mac 2018
Production Company : Hyper Pictures
Trailer :
Lepas Girlfriend Aku Dari Neraka
telemovie & Girlfriend aku Dari Neraka drama Sharifah Sakinah sekali lagi
muncul dengan watak gadis bimbo dalam drama Bimbi & Bonni Misi 007 walaupun
dia dah bagitahu penat nak berlakon watak bimbo ni. Disebabkan ada beberapa
klip diviralkan di Twitter, saja luangkan masa tengok drama ni dengan speed 1.6
sebab drama ni panjang and quite draggy. Hah kau awal lagi dah kritik.
Bimbi & Bonni Misi 007 ni
mengisahkan tentang dua sahabat baik, Bimbi (Sharifah Sakinah) & Bonni
(Marsha Milan) yang bimbo dan suka shopping. Bimbi anak Datuk Bakhtiar (Azhar Amir) manakala
Bonni anak kepada pemandu Datuk Bakhtiar (Azhan Rani) thus making them close since kid. Rutin
harian Bimbi shopping, party dan main Bigo. Bonni pula cuma temankan Bimbi ke
mana je Bimbi pergi. Mungkin berkawan rapat sangat dengan Bimbi sebab tu Bonni
pun terjebak sekali dengan perangai bimbo si Bimbi but thank God si Bonni ni
reti jugak nak buat kerja.
Nak dijadikan cerita, satu hari
pihak SPRM datang ke pejabat Datuk Bakhtiar atas kes penyewelengan dan pecah
amanah. Nasib Datuk Bakhtiar baik bila dia sempat larikan diri. Tapi malang
pada Bimbi yang ditinggalkan terkontang-kanting tanpa sesen duit untuk makan
ataupun shopping. Sejak dari hari tu, Bimbi tinggal dengan Bonni dan ayahnya.
Tapi makin hari Bonni geram dengan perangai Bimbi yang pemalas dan luangkan
masa bersama Mikael (Zain Hamid) dan Dino yang kaya.
Bimbi pula makin rapat dengan Asy (Isa Khan) yang banyak mengajar Bimbi tentang kehidupan walaupun terpaksa bersabar dengan
Bimbi yang memang tak tahu langsung buat kerja. Datuk Bakhtiar dan Hanif pula
mencari siapa sebenarnya dalang yang merosakkan syarikat.
Walaupun genre drama ni komedi
tapi tak semua part pun boleh gelak. Most of them banyak yang hambar tambah
pula bila scene tu sengaja dibuat-buat. Tbh tak pernah jumpa pun bimbo in real
life so tak tahu bimbo si Bimbi dengan Bonni ni sengaja dibuat teruk untuk
nampak kelakar ataupun memang dekat luar sana memang macam tu lah teruknya.
Kalau macam tu teruknya, memang boleh sakit jiwa nak layan.
Tapi tak kata pun drama ni tak
lawak langsung sebab ada part jugak yang beria gelak berdekah. Lagipun tengok
drama ni dengan expectation paling rendah sekali. Bab dialog tak pasti kalau
diorang spontan ataupun memang betul ikut skrip sebab nampak ada part yang
spontan macam scene ayah Bonni suruh diorang pergi laundry.
Wardrobe Bonni memang cantik
dalam drama ni sebab nak tonjolkan personality bimbo tu tapi tak suka sangat
dengan wardrobe Bimbi walaupun ada baju yang Bonni pinjam dari Bimbi tapi
nampak cantik lagi bila Bonni pakai. Wardrobe Asy dengan Hanif pun nampak style. Semua penaja pakaian yang terlibat dari Jakel, Fashion Valet, butik SchaAwal dengan SAAR.
Nak sembang pasal jalan cerita,
rasanya memang ringan je tapi sayang lah bila pengarah buat Bimbi tu tak ada
langsung kelebihan sedangkan Bimbi dah tunjuk minat dia dekat fashion style.
Ada la part Bimbi tolong Missy Sipi (Haiza) buat fashion show dan selamatkan butik tapi
sampai situ je lah. Bimbi nak buka butik sampai berguling dekat lantai merajuk
dengan ayah dia tapi tak tunjuk langsung effort Bimbi ataupun kreativiti dia
sketch, jahit or anything related.
Lagu latar dalam drama ni pun
main peranan jugak bila lagu keluar ikut scene dalam drama tu tambah pulak ada
beberapa lagu 90-an & 80-an tapi lagu latar utama tu yang macam tak masuk
sangat dengan drama. Entah apa kaitan lagu ‘Pematah Hati’ dengan bimbo sebab
Bimbi tu bukannya suka mainkan hati dan perasaan orang pun. Means dalam
bercinta lah. Mungkin ambil sebab rentak catchy je la kot.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4.
Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 6.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
sha stress tgok cerita ni😌😂😂😂😂😂
ReplyDeletesatu family saya tgok citer ni.. kdg2 sengal lawak dia haha
ReplyDeleteAerill Hassan
mesti lawak ni.. hehe
ReplyDeleteteringin nak tgk.
ReplyDeletedi tayang kan kat warna, kan.
takde peluang ler nak tgk nyer :(
sedeh!
Cerita paling bodoh
ReplyDelete