Cantik Atau Gila?

Wednesday, 2 May 2018


Makin lama makin banyak produk yang muncul di pasaran Malaysia and even worst, all harmful products ni dipromosikan oleh selebriti yang mempunyai beribu atau berjuta pengikut di media sosial. Kalau dulu bila produk berbahaya ni dijual merata, kita boleh percaya bulat-bulat sebab reference sangat sikit tambah pula akses internet bukan untuk semua tapi zaman sekarang, rujukan ada dimana-mana tambah pula bila geng doktor sendiri yang beri penjelasan tentang sesuatu yang berkaitan dengan medik.

Tapi makin dilarang makin menjadi penggunaan produk berbahaya ni. Yang melarang dikecam, yang mempromosikan disanjung tinggi. What kind of madness are happening now I can’t even tell. So here is the list for each madness for getting perfect beauty they lust for :

1) Krim Kilo

Related image

Yang paling popular dari dulu hingga sekarang dan mungkin tak akan pernah surut walaupun banyak kali ditegah dan banyak kali juga kes muka rosak disebabkan produk-produk yang tinggi merkuri dan bahan kimia berbahaya. Ayat paling kerap pengguna produk ni guna ialah 'Saya pakai okay je'. Lain manusia lain body endurance level dan berbeza kesan dia. Mungkin muka dia rosak sampai melepuh tapi muka awak mungkin dapat kanser kulit. Lagi satu hal bila orang pukul rata kelulusan KKM untuk semua produk walhal setiap produk perlu ada kelulusan. You guys can always check at KKM 's website. 

2) Ozon Terapi Darah

Image result for terapi ozon darah malaysia

Entah siapa yang mulakan trend cuci darah di rumah ni sebab tiada kajian yang mengatakan perlunya kita buat ozon terapi darah sebab kita ada buah pinggang yang sihat sebab itu fungsi utama buah pinggang. Memang pernah wujud terapi ni pada zaman dahulu tapi tiada kajian yang tunjukkan keberkesanan terapi ni. Lagi bahaya bila dilakukan oleh yang bukan pakar, makin menambah kesan buruk kepada badan bila bakteria dan kuman yang masuk dan bukannya darah bersih seperti yang dicanang.

3) Suplemen

Image result for suplemen

Suplemen is good for our body BUT only when your body lack of certain vitamins. Cerita dia sekarang badan elok sihat je tapi makan suplemen macam makan nasi. Dalam satu hari boleh cecah 10 jenis. Sudahnya pergi hospital kena buat pembedahan hati sebab dah rosak.

4) Pendakap Gigi Palsu

Image result for fake braces

Gigi kalau jenis tumbuh balik boleh la buat eksperimen pakai pendakap gigi palsu di rumah. Ada sebab kenapa pendakap gigi mahal dijual, kalau buat promosi pun harga tak lari jauh sangat pun dari harga asal. Sekarang makin ramai yang pakai fake braces sebab murah tapi sebenarnya bahaya sangat sampai boleh tercabut gigi kalau salah pasang.

5) Salin Kulit/Bleaching



Yang ni mungkin trend terbaru or maybe I’m the one yang baru discovered tentang produk ni. Tak tahu macam mana boleh salin kulit semudah tu sedangkan kulit kita bukan fitrah salin kulit macam kulit ular. Kulit kita rosak atau kering, ada produk yang hidupkan sel kulit baru bukan tukar yang lama macam ni. Sangat berisiko untuk kulit nipis sebab bila terdedah, iritasi kulit akan terjadi or maybe worst.

Bila tengok doktor update tentang pesakit mostly berpunca dari produk berbahaya macam ni sebab mudah sangat terpengaruh dengan kata-kata orang. People spread awareness pun dikecam even worst doktor pun dilabel orang jahat bila terangkan berdasarkan ilmu medik. Orang yang jahat ialah orang yang mengaut untung di atas kesakitan orang lain. 


Subsidi kesihatan dikurangkan, penderma organ di tahap paling minima di negara ni so better take extra care of your health sebab apa yang ada dekat badan kita bukan boleh dibeli di pasar plus menjaga nyawa tergolong dalam Maqasid 'Ammah dan Dharuriyyat maka jangan pandang enteng hanya sebab kebahagiaan yang berbolak-balik sifatnya. 

10 comments

  1. gila betul..kenapala diorang suka sangat guna produk yang tak dapat kelulusan dari KKM, nampak sangat bangang dia tu.
    Salin kulit??? Apa benda laa tu..tengok pun scary hahaha
    Malaysia bertambah pelik T_T

    ReplyDelete
  2. menakutkannya tengok produk2 yang kita tak tau apa chemical yang dimasukkan dlm produk2 tu semua. aduhai semoga semua sedar tentang bahayanya produk2 yang xdpt kelulusan KKM ni T_T

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  3. Yang no 5 tu first time dengar.. Gilalah diorang nie.. Ingat ular ke nak salin-salin kulit..

    ReplyDelete
  4. senang-senang je nak salin kulit..aiyooo macam-macam hal la sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. Macam-macam orang sekarang. Takut saya bila tengok dan baca benda-benda macam ni.

    ReplyDelete
  6. Kekadang sesuatu yang diviralkan kita nampak ia macam bagus walaupun ianya sebaliknya, sebarang perkara untuk kesihatan, hidup dan mati ni kena rujuk pada yang pakar (bukan yang ada kepentingan)

    ReplyDelete
  7. Apalahh depa fanatik nak cantik sampai tanggung risiko yang tak munasabah macam semua tu.

    ReplyDelete
  8. erghhh ni gila namanya ni.. yg salin kulit tu sumpah scary..

    ReplyDelete
  9. Nak cantik cepat. Itu yg jadi buta. Aduhai...
    Benda gini berlambak di pasaran sebab ada permintaan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.