Book Review : Projek Seram – Hotel

Saturday, 5 May 2018



Penulis : Ninie Othman/Naim Tamdjis/Eqbal Mohaydeen/Aziah Zainal
Penerbit : Buku Prima
Helaian : 4 cerita/503 mukasurat
Tahun Cetakan : 2016
Harga : RM23

Sinopsis :



Review :

1) Bell-Boy – Ninie Othman

The story is just nice, mencari rahsia hantu bell-boy yang tersembunyi di bilik 302 di tingkat 3 oleh dua sekawan. Rasa seram tu ada cuma menyampah dengan perangai Farish yang berlagak berani tapi rupanya penakut. Kalau ketuk pintu pun dah takut kenapa datang tempat berbahaya macam tu? Kesian bila baca kisah Airil dengan Suraya jadi mangsa kekejaman Kamal dan konco-konco dia. Menyampah juga dengan perangai Suraya tak mampu nak utamakan keselamatan diri dan Airil sedangkan dia tahu level bahaya Kamal tu macam mana.

2) Gentayangan – Naim Tamdjis

Plot cerita dah cantik bila Ekmal start beli hotel Gentayangan sampai lah dia berjaya buang semua hantu yang ada dan korek semua punca cerita seram di hotel tu tapi bila masa cerita badut, Darius dan Robert plot dah mula merapu. Tak perlu ada pun tak apa sebab cerita hantu di hotel Gentayangan tu sendiri dah cukup kuat. Kalau penulis nak panjangkan kisah pun, better panjangkan dekat geng orang kampung yang datang dekat situ dengan hantu cantik bunuh diri tu.

3) Hotel Sans Devily – Eqbal Mohaydeen

Cerita hotel ni terlampau padat and for me, its better if penulis buat satu novel untuk Hotel Sans Devily dan bukan cerita pendek sebab penulis compress semua cerita dalam beberapa bab. Kesian dengan Eric sebab tak berhenti kena torture dengan semua hantu dekat situ and the plot twist pun dah boleh agak bila hantu kanak-kanak tu cuba tolong dia untuk keluar. Cliché tapi still nak teruskan bacaan untuk tahu Eric dengan Faiz berjaya ataupun tak keluar dari hotel tu. Its great kalau cerita ni diadaptasikan kepada movie ataupun telefilem.

4) Tamu Tak Diundang – Aziah Zainal

Mengisahkan tentang Dali dan Akid yang pergi ke Hotel Sri Malam untuk projek fotografi diorang tapi berubah jadi tragedi bila Dali hilang dan Akid pula diganggu makhluk halus. Cerita ni pun nice jugak layan walaupun tahu cause and effect bila ambil barang orang sembarangan. Quite cliché but it has plot there.

Keseluruhan novel ni ambil masa yang lama juga nak habiskan sebab menyampah dengan karakter masing-masing – ego dan saja cari pasal. Dah tahu tempat berhantu nak pergi jugak sudah tu tak nak berkerjasama pulak tu dengan rakan-rakan sampai bahayakan nyawa orang lain kecuali cerita Hotel Gentayangan.


Seram tu tak sangat lah sebab kebanyakan cerita lebih kurang sama je dengan gangguan biasa cuma curious diorang mampu selamat ataupun tak di hujung cerita. Kalau ikut carta ada aksi tapi aksi tak banyak pun macam percentage penerbit bagi. Lebih kepada reflex manusia bila ada ancaman dan bukannya diorang betul-betul berlawan dengan musuh.

Overall, biasa-biasa je lah novel ni.

8 comments

  1. Inilah novel yang menyebabkan kak sha terjebak dengan genre seram Malaysia.. Memang berhantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha byk ekk baca buku seram. Aida ni x rajin baca novel. So tak tau feel nyer hi hi hi

      Delete
  2. Good review Farhana 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. novel seram yg kite bace smpai habis bertajuk "jangan baca novel ini"
    and mungkin buku yg awk review ni next buku kite nk bacaa hee

    ReplyDelete
  4. Ika suka karya Naim sebab dia ada sambungan dekat Barongan which is bagi ika. Mungkin itu strategi Naim untuk tarik perhatian pembaca utk dptkan Barongan since ika rasa curious dgn badut tu. Hee

    ReplyDelete
  5. Mmg faberet buku2 camni tapi dh lama sgt tak baca buku, masa shari tak pernah cukup

    ReplyDelete
  6. Belum try lagi novel seram selain penerbit FIXI.. boleh masuk wishlist la sebab macam tertarik nak tau cerita yg ketiga tu.

    ReplyDelete
  7. Macam best je..nanyi nak pergi cari la

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.