Blog Performance May 2018

Friday, 1 June 2018

Tak sangka dah masuk bulan Jun, dah masuk pertengahan tahun. Ada azam yang dah tercapai ke? Tapi azam untuk blog ni masih lagi tak berganjak banyak. Performance pulak makin jatuh sebab bulan Mei tak datang sangat mood nak blog gara-gara cari kerja tak jumpa lagi.


1) PV



Bulan 5 tak berapa cantik sangat pun since tak aktif. Tapi awal bulan ada sekali pernah dapat 700 PV mungkin sebab Product Review : L’oreal Hair Serum dengan post Top 10 Bollywood Starkid. Nak pulak awal bulan tengah semangat waja lagi nak naikkan traffic blog. Masuk pertengahan dah mula lemau. Tapi okay lah nak compared bulan April, tak cecah langsung pun 10k sebulan. Bulan ni maintain 9k-10k. All time stats pun dah cecah 72k. Target bulan ni nak cecah 82k lah kot. Tak boleh target banyak sebab busy beraya nanti kan.


2) Post



Nak compared dengan bulan April, bulan Mei tunjuk peningkatan sebab post paling tinggi 275 views dan yang paling rendah pun 105. 5 post dari movie/drama review so yeahhh blog ni masih berpegang teguh dengan objektif. Walaupun bulan puasa ni ramai cari resipi tapi owner blog masak resipi simple je tu pun hambar sebab tu malas nak update resipi. Resipi Telur Kukus tu pun kebetulan rajin nak update sebab senang sangat nak masak. 


Drama Review Gantung pun tak pernah surut carian. Terkejut jugak dah cecah 689 views siap ada yang cari untuk sahkan drama ni ada scene gay. Rasanya Gantung 2 nanti baru nampak kot gay tu tapi kalau based on drama pun Ray tak tunjuk sangat. Cuma crush je dekat Gibbs. Tak sabar nak tengok Gantung 2! Tak sabar jugak nak tengok entri DR Gantung ni cecah 1k!

3) Keywords




Oh ya, tak pernah lagi selama ni kalau update lirik lagu boleh cecah ratus views. Lagu Sumandak Sabah ni lain macam pergi dia, maybe sebab ada lirik dalam bahasa KadazanDusun so nak nyanyi pun pening nak sebut. Nasib Marsha post dekat Insta & kawan bagitau lirik yang Velvet nyanyi tu, kalau tak sampai ke sudah lompong part Velvet.

Entri Puteri Muslimah Asia pun menyumbang jugak bulan ni sebab wujud carian tapi bukan semata Uyaina, tapi untuk wakil dari Turki. Nak kena korek ni siapa gerangan wakil Turki ni sebab dekat Twitter pun ada jugak yang mention pasal dia.


4) Bilangan Entri


Finally bulan 5 mampu pecah kepompong! Dah mampu capai target sebulan 60 entri and ni semua disebabkan join challenge so setiap hari ada update dan juga giveaway yang banyak sempena Ramadhan. Tak lama lagi nak raya, mungkin berganda Cash Giveaway macam tahun lepas. Tak sabar nak join. Boleh capai ni target 300 entri untuk tahun ni dalam bulan ni je sebab banyak jugak Movie Review dalam list. Tambah pula tengah menganggur ni, memang banyak masa sangat nak update.


5) Audience


Bulan lepas ada visitors dari Filipina tapi bulan ni berganti pulak dengan Brunei. Its a great thing ada negara jiran sampai ke sini nak pula bila sama bahasa dengan kita. Audience dari Indonesia pun dah meningkat mungkin sebab movie review Surat Cinta Untuk Starla dan Dilan kot. Sebelum ni Indonesia di ranking ke4 tapi dah kalahkan audience dari German dah. Ni yang semangat nak update movie review Indonesia ni. Actually dah set target dah tapi movie Indonesia ni tak ada subtitle so susah juga nak faham apa diorang sembang tambah kalau dah masuk dialek yang pekat tu. 

6) Ranking Alexa


Ranking Alexa punca murung juga untuk bulan ni sebab bulan April di ranking 18,001 tapi untuk bulan Mei jatuh gedebuk sampai 31,061. Jauh tu dia jatuh tapi ranking global menaik pulak 4 juta. Target bulan 6 ni boleh kot buang terus juta ni. Misi untuk naikkan balik ranking dalam Malaysia bulan ni. Challenge accepted!

Top Commentator pun tak berubah dari bulan lepas tapi nampak juga ada yang dah nak terkeluar dari carta, ada juga yang makin menaik kedudukan tu. Mungkin bulan depan boleh nampak muka baru? Bulan 6 ni nak kena rajin blogwalking so kepada yang rajin drop comment nanti bakal diterjah. Yang selalu drop comment tu tapi tak dapat balasan, bukan tak baca tapi tak sempat nak reply. Maaf ye kalau terasa. Yang tanya soalan je gigihkan juga reply. 


Terima kasih yang rajin menyinggah dan membaca. Couldn't have done this without you guys. Selamat berpuasa & happy blogging :)

10 comments

  1. Keep it up ana.. Btw, tahniah. Ana terpilih di sini

    http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/06/keputusan-pemenang-giveaway-dan-top-commentator-may.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Tahniah, miza pun belum masuk list alexa lagi hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah Ana..mmg bulan May PV mmg merudum teruk hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Smoga lps ni mkin rajin... heheheeee aku pun mkin slow updet

    ReplyDelete
  5. Tahniah sis.. Keep it up on writing..

    ReplyDelete
  6. keep on writing .... kak pip pun mcm down sikit nak menulis di blog bulan ni,
    mood hilang bila asyik sakit saja ... well, sindorm mommy pregnant la katakan...

    ReplyDelete
  7. blogging ni jgn stress, farhana.
    enjoy it. releks. santai-santai.
    go with the flow aje...
    tahniah. kipidap yer.

    ReplyDelete
  8. wahhh cemburu kita tengok Audience ana ni.. meletup-letup

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.