Kalau bulan Mac dah agak cantik tapi bulan April ni makin merudum pula performance blog ni. Tak sempat nak blogwalking antara punca utama lah selain busy dengan kerja. Kadang tu balik rumah lepas makan malam memang dah tak larat dah nak buat apa. Ke katil lah jawabnya padahal bukannya penat sangat pun dekat office.
Bulan 5 ni tak tahu lah apa cerita, mungkin lagi teruk performance sebab makin busy dengan handover plus nak cari kerja baru lagi, PRU lagi. T.T
1) PV April
PV bulan April tak cecah 10,000 macam bulan Mac. Makin hujung makin jatuh sebab makin hujung bulan makin busy dan makin malas nak buka blog. PV paling tinggi, 469 visitors pada 5 April sebab 4 entry cecah views 100 lebih antaranya Movie Review : Ready Player One. 17 April pun tinggi jugak, 466 visitors dan entri paling banyak views untuk hari tu ialah entry App MySPR Semak Kawasan Mengundi.
2)
Post
Bilangan views untuk April yang paling tinggi pun 200 je unlike March or Feb boleh cecah sampai 300. Tapi sama macam bulan-bulan sebelum ni, entry Movie/Drama Review mesti ada dalam carta which means this blog is doing fine for now sebab objektif tercapai walaupun tak banyak update.
3) Keywords
Keywords antara part yang bahagia nak tengok setiap hari sebab bahagian ni makin bertambah setiap bulan. Tapi yang paling best bila ramai yang mencari tentang kisah mitos Padmaavati dengan Sultan Alaudin Khilji dekat blog ni sampai 3 carian untuk bulan April. Tbh carian tentang kisah mitos ni dari bulan Disember tahun lepas lagi. Yeayyy!
4) Bilangan Entri
Walaupun busy dan malas tapi bilangan entri banyak juga bulan ni sebab banyak Giveaway/Segmen dari rakan blogger. Rasanya bulan Mei pun akan banyak juga entri sebab dah nampak ramai yang nak buat Giveaway/Segmen untuk Hari Raya nanti. Tapi tahun ni much better dari tahun lepas sebab bilangan entri dah lebih berbanding tahun lepas and that too in second quarter of the year. So tahun ni boleh cecah kot 300 entri setahun. Kalau cecah, well another thing to celebrate kot.
5) Audience
Sama macam bulan-bulan sebelum ni memang majoriti dari Malaysia and second place dari US. Tak banyak berubah pun cuma bila tengok audience dari negara ni rasa macam nak tukar bahasa kepada English tapi tu lah, malas. Nak buat dual language lagi lah malas. Sebab tu buat bahasa rojak supaya tak sakit sangat nak translate. Relate tak? Hihu
6) Ranking Alexa
Compared to last month, ranking Alexa naik untuk bulan ni walaupun tak banyak sangat tapi okay lah daripada jatuh kan. Tapi global ranking jauh jugak beza dia, dari 2 juta turun jadi 1 juta. Yeayy!
Untuk bulan Mei ni tak boleh nak sembang apa akan jadi dengan performance blog ni sebab tengah bermuram durja bab kerja jugak ni. But anyway, terima kasih sangat kepada yang rajin datang singgah dan tinggalkan komen dekat blog ni terutamanya Top 10 Pengomen Tegar. I'll put you guys dalam bloglist tetap blog ni.
Yang silent reader pun terima kasih juga tau sebab datang berkunjung dan baca tapi kalau ada suggestion or any request jangan segan drop any comments.
Saya jarang tengok blog stats saya. Lepas baca post ni baru teringat nak tengok :D
ReplyDeletewow..tahniah..:)
ReplyDeleteWahh kak byak sgat peningkatan.. sy suka baca performance blog yg begitu detail mcm nie ..keep on blogging :)
ReplyDeleteokay lah tu
ReplyDeletebanyak tu
tahniah dan teruskan berblog
wahh bestnya.. tak mampu lagi nak lawan..hukhuk
ReplyDeleteTahniah dan teruskan usaha untuk lebih baik....
ReplyDeleteHebatnya ranking alexa Pana. Mai 3juta & dalam Malaysia pun 35k. Adoi teruk sgt awat ni....
ReplyDeleteteruskan ber blogging yer..hehehhee..
ReplyDeleteBlogging relax. Then u'll achieve what u aimed for.
ReplyDeleteAida ada la terselit sbg top komen. Aida ni suka blogwalking.