Warna-Warni Jagung
Thursday, 31 May 2018
Umum tahu jagung berwarna kuning
tapi berapa banyak sebenarnya jagung yang berwarna lain wujud di dunia ni? Sebenarnya ada banyak jagung berwarna selain dari kuning. Warna kuning tu
disebabkan sifat yang senang membiak dan bertahan sepanjang tahun so Pusat Penambahbaikan Jagung dan Gandum Antarabangsa tetapkan standard warna jagung
ialah kuning sama macam pisang ataupun lobak.
1. Jagung Biru
Di Amerika Selatan dan Mexico
terdapat jagung berwarna biru yang bagus untuk kesihatan terutamanya kepada
pesakit diabetes dan kanser. Jagung biru atau dikenali sebagai jagung Hopi juga mempunyai 30% lebih protein
berbanding jagung kuning yang biasa. Warna biru berpunca dari anthocyanin yang
tinggi pada jagung tersebut tapi jagung jenis ni sangat susah untuk membiak. Jagung biru juga berbeza dari segi kelebaran dan ketebalan setiap kernel.
Kebiasaannya jagung biru dijadikan chips, tortilla, roti, muffin ataupun sup jagung mengikut selera penduduk setempat.
2. Jagung Merah
Hidup pada musim panas hingga
luruh, jagung merah mempunyai 20% protein dan 350% antioksida daripada jagung
biasa. Sama juga macam jagung biru, jagung merah bagus untuk pesakit diabetes,
mampu mengurangkan stress dan menaikkan kadar imunisasi badan. Jagung merah
yang muda dijadikan salad atau sayur dan matang lebih awal dari jagung biasa.
Jagung merah hidup di Guatemala, Mexico dan juga Andes, Amerika Selatan. Jagung
berwarna merah dikenali dengan nama Ruby Queen, Strawberry Popcorn, Bloody
Butcher dan Broom Corn.
3. Jagung Ungu
Lebih dikenali dengan nama Morado,
jagung ungu lebih rangup berbanding jagung yang lain dan hidup pada musim panas
sahaja. Jagung ungu dapat membantu masalah obesiti, selulit dan diabetes kerana
tinggi antioksida, phytonutrients, phenolic acids dan flavonoids. Jagung ungu
biasanya hidup di Peru dan digunakan dalam minuman masyarakat Andes iaitu Chica
Morada yang mengandungi jagung ungu, nenas dan beberapa rempah yang diperap.
Penanaman jagung ungu makin meluas dan berkembang ke negara Sepanyol, Eropah
dan Amerika Syarikat.
4. Jagung Hitam
Jagung hitam mempunyai kernel yang berwarna hitam dan tongkol yang keunguan dan pokoknya tumbuh setinggi 3 meter dan menghasilkan buah jagung sepanjang 20cm kebiasaannya. Jagung hitam yang muda berwarna putih tapi berubah menjadi wana hitam bila sudah masak. Bila dipegang, jagung hitam akan meninggalkan kesan warna di jari. Tak seperti jagung lain, kernel jagung hitam agak liat dan tak manis sangat. Jagung hitam cuma hidup pada musim panas di Peru, UK, US dan Amerika Selatan. Antara nama jolokan jagung hitam ialah Black Aztec, Black Mexican ataupun Maiz Morado.
Jagung hitam biasanya tidak dijual di pasaraya tapi dijual di pasar tani berdekatan dengan kawasan penanamannya. Jagung hitam kaya dengan zat besi, thiamin, riboflavin, niacin, magnesium, folate, fosforus dan vitamin A.
5. Jagung Putih
Mempunyai paras gula dan air yang
tinggi, jagung putih sesuai dimakan ketika masih muda sebab rasanya yang manis
dan sesuai dijadikan minuman selain dari minyak, tepung, snek popcorn dan dedak
binatang ternakan. Berbeza dengan jagung berwarna yang lain, jagung putih boleh
hidup sepanjang tahun dan sebab ini lah jagung putih antara tanaman utama di
Amerika sehingga mencecah 12 billion bakul setahun.
6. Jagung Kuning
Jagung kuning sebenarnya
merupakan jagung mutasi dari jagung putih yang menggunakan karotenoid untuk
tampak kekuningan dan kaya dengan Vitamin A. Sama seperti jagung putih, jagung kuning juga
mampu hidup sepanjang tahun dan senang membiak. Kebiasaannya jagung kuning
tumbuh di kawasan Afrika dan Latin Amerika yang diangkat sebagai makanan ruji
lantas mengatasi masalah buta di peringkat kanak-kanak di kawasan tersebut.
Jagung kuning juga sumber makanan utama di Amerika dan hasil pengeluaran
dianggarkan sebanyak 12 billion bakul setahun.
Sebenarnya ada lagi jagung yang
berwarna selain kuning, ada juga campuran warna biru dan merah, campuran kuning
dan merah and even warna pelangi tapi kebanyakannya mempunyai khasiat yang sama
dan cara pembiakan yang sama.
Fun fact, kaum asli di Amerika
menggunakan jagung sebagai sumber makanan utama setiap hari dan warna jagung
mempunyai kegunaan tersendiri. Jagung merah untuk majlis keramaian yang
melibatkan anak dara, jagung putih untuk dibuat roti Najavo kneel semasa pesta
menuai, jagung kuning dihidangkan untuk pasangan pengantin pada majlis
perkahwinan dan yang paling istimewa sekali ialah jagung biru yang dianggap
membawa berkat dan kebanyakan rumah memang akan jemur jagung biru sehingga
kering dan disimpan di dalam rumah.
Najavo kneel bread |
Di Malaysia pula jagung kuning
kebanyakannya diimport dari negara luar dan sekarang UPM sedang berusaha untuk
menghasilkan jagung hybrid supaya kita mengurangkan kebergantungan terhadap
jagung import. Dalam masa setahun, negara kita menghasilkan 10 tan sehektar
jagung dan jumlah import jagung dari negara luar mencecah RM4 billion setahun. Well,
that’s a lot. Meanwhile dekat Indonesia dah pun berhenti bergantung kepada jagung import sebanyak 3 juta tan dan mula menanam sendri bermula tahun lepas.
So you guys ada yang gilakan
jagung tak? Pernah jumpa tak jagung yang berwarna selain warna kuning. Masa
ternampak post tentang jagung pelangi di Twitter nampak juga Americans suka
makan jagung biru sebab lebih sedap katanya dari jagung kuning. Macam nak try
cari dekat online market, mana tahu ada :P