Musim bunga telah tiba di Jepun, dan Tokyo serta Kyushu telah
menyaksikan kemunculan bunga sakura yang pertama untuk musim ini. Sakura mekar
lebih awal tahun ini, terutamanya di wilayah Kanto, Koshin, Tokai dan Kinki,
dan lebih 700,000 tetamu Airbnb berpusu-pusu ke Jepun sepanjang tempoh ini.
Musim sakura bergerak ke arah ke Utara, dan
bunga ceri yang putih bersih dengan sedikit sentuhan merah jambu ini akan
memeriahkan musim bunga di serata negara dari hujung minggu ini sehingga minggu
hadapan, sebelum tiba di Hokkaido pada awal bulan Mei.
Lokasi popular untuk melihat bunga ini
termasuk di Tokyo, Osaka, Okinawa dan Fukuoka. Jika anda cukup bertuah untuk
melawat Jepun semasa musim sakura ini, pastikan anda meraikan keindahan
bunga-bunga kecil ini sambil menyertai Pengalaman yang diterajui oleh peminat
sakura tempatan.
Tokyo
Parti
Memasak Bento dan Melihat Sakura
Parti melihat bunga sakura tidak akan lengkap tanpa bento Hanami! Kotari akan
memimpin anda dalam mencipta sushi dan kek cawan Sakura anda sendiri. Anda
boleh bawa kotak bento anda sendiri, bungkuskan hidangan kegemaran anda,
kemudian nikmati keindahan sakura di kawasan berhampiran.
Kamakura
Sakura
& Sake di Kamakura, Ibu Kota Purba Shogun
Ini satu lagi peluang menikmati keindahan
bunga sakura, kali ini bersama pakar Ikebana, Anton. Di ruang mewah yang diatur
oleh Riho Miyamoto, yang dipenuhi kuntuman sakura, anda boleh menikmati menu
padanan yang lazat dan disediakan dengan teliti oleh cef. Kamakura juga tidak
kurang hebatnya dengan pilihan tempat melihat bunga sakura, jadi jangan
ketinggalan!
Memetik Teh di Perkampungan Teh Wazuka di Kyoto
Ini khas untuk penggemar-penggemar teh hijau di luar sana. Daiki,
seorang peladang teh Uji di Uwajima, akan membawa anda ke rahsia yang kemas
tersembunyi di Kyoto, Wazuka, untuk mencari daun teh yang terbaik.
Perjalanan
meredahi selekoh-selekoh tajam dan mendaki cenuram akan membawa anda ke ladang
teh organik di atas gunung. Nikmati keindahan alam semula jadi di wilayah penuh
mistik ini, merasa sencha dalam musimnya, dan berehat di kafe sambil menghirup
matcha atau teh hijau kegemaran anda. Kalau bertuah, anda juga mungkin
berpeluang melihat bunga sakura liar!
Terokai dunia Geisha & Kyoto sebenar
Kyoto terkenal dengan kekayaan susur galur
sejarahnya. Apa yang anda perlukan untuk menyelami sepenuhnya kekayaan masa
lampau dan budayanya ialah seorang pemandu pelancong yang cukup mesra dan
berpengetahuan seperti Kentaro. Lawatan ini memberi tumpuan kepada budaya
Geisha, tempat-tempat suci dan kuil. Kehadiran sakura yang memeriahkan suasana
membangkitkan lagi keindahan dan aura klasik kepada lawatan anda.
Pendakian Panoramik dan Memasak Di Luar
Osamu mempunyai pengalaman mendaki lebih 40+
tahun di serata dunia, termasuk Nepal dan Alaska. Bersama-sama dengan Nami,
beliau membimbing anda merentasi Gunung Kizan, yang dahulunya merupakan tapak
Istana Kii yang dibina pada tahun 665 sebelum Masihi oleh Maharaja Tenji untuk
melindungi Dazaifu.
Sepanjang pendakian ini, beliau juga akan menerangkan
herba-herba liar dan kegunaannya dari sudut perubatan. Pemandangan yang memukau
dari puncak serta mi udon yang lazat akan melengkapkan hari anda.
POst ni buatkan saya rindu nak pergi Jepun!
ReplyDeleteMenariknya.. Berkelah sambil melihat bunga sakura..
ReplyDeleteTeringin nak pegang bunga sakura T^T Hehe someday soon Inshaallah... :3
ReplyDeleteAlahai, teringin juga nak pergi suatu hari nanti
ReplyDelete