Ha’ah movie ni selalu tayang
dekat TV3 dalam slot Panggung Bollywood, siapa yang selalu layan memang
familiar dengan Lajja. Tak pasti dulu pernah layan ke tak sebab dulu tak suka
Anil Kapoor sebab misai dia. Ha ha ha.
Tapi sekarang entah kenapa,
perubahan hormon kot sejak dua menjak ni rajin pulak cari movie dia. Tak tahan
siap nampak dia handsome pulak tu.
Okay back to this movie, Lajja
mengisahkan tentang Vaidehi (Manisha Koirala) yang membawa diri pulang ke India
setelah Raghu (Jackie Shroff) melayan dengan buruk dan menghalau keluar dari
rumah. Tapi nasib dia malang bila keluarga dia malu dengan perbuatannya yang lari dari rumah suami & mertua walaupun menantu berperangai buruk.
One day suami dia kemalangan masa dating dengan Anita & disahkan mandul. Kalau kahwin lain
pun tak guna sebab dia tak ada pewaris segala kekayaan tapi doctor keluarga
bagi berita gembira bila Vaidehi rupanya tengah mengandung. Kucar-kacir Raghu
call Vaidehi pujuk dia balik ke New York. Vaidehi happy lah sebab Raghu nak dia
balik tapi masa tengah tunggu flight, doktor call larang dia datang ke NY sebab
Raghu dengan ayah mertua dia just nak anak yang dia kandungkan tu je lepastu
diorang akan buang dia. Disebabkan perkara tu, dia terus larikan diri sampai
terjumpa dengan Raju (Anil Kapoor) yang tengah gigih mencuri.
Disebabkan nak lari dari Raghu
& polis, Vaidehi join Raju sampai ke satu kenduri kahwin. Tapi malangnya
keluarga pengantin perempuan, Maithili (Mahima Chaudry) tak mampu nak sediakan
wang hantaran seperti yang keluarga lelaki minta walaupun kahwin atas dasar
cinta. Semua perbelanjaan ditanggung keluarga Maithili sampai habis semua
saving dalam satu hari. Tak ada langsung belas kasihan dari keluarga lelaki.
Sedih dengan keadaan keluarga dia yang didesak & dihina, Maithili halau keluarga belah lelaki keluar
dari rumah & batalkan perkahwinan. Raju pula ditangkap oleh polis dan
menghantar Vaidehi pulang ke kampungnya.
Di sana, Vaidehi berjumpa pula
dengan Jhanki (Madhuri Dixit) dan pemilik studio yang miang dan sentiasa
mengambil kesempatan terhadap Jhanki serta isteri mudanya. Sama seperti
Maithili, Jhanki ditinggalkan kekasih hati & dipukul oleh orang kampung
kerana suarakan hak dia sebagai perempuan.
Selepas Jhanki, Vaidehi bertemu
dengan Ram Dulari (Rekha) bidan di kampung terpencil yang memperjuangkan
kebebasan dan hak wanita di kampung tersebut sebab anak perempuan dianggap
beban dan akan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan. Rekha pun menemui nasib yang
sama apabila dirogol dan dibakar hidup-hidup apabila anaknya kantoi bercinta
dengan anak gangster kampung tu, Gajendra Babu (Danny Denzongpa).
Lucky for Vaidehi, dia terjumpa
dengan Bhulwa (Ajay Devgn) yang menjaga keamanan kawasan kampung dari geng
Gajendra Babu.
Dalam movie ni bukan kekuatan
Vaidehi yang ditonjolkan, dia tak membantu apa sangat pun dengan semua karakter
yang dia jumpa tapi dia sebenarnya belajar dari semua karakter malang ni. Semua
ditindas tapi masih berani bersuara hak kebebasan diorang and that’s the beauty
and strong message dalam Lajja. Dan tak semua lelaki yang ada semuanya jahat.
Masih ada yang bagus seperti Raju & Bhulwa yang menjaga perempuan kerana
atas dasar hormat dan sayang.
Walaupun storyline dia cantik
tapi ada part macam terjongket kening juga sebab Vaidehi tu dekat first
trimester tapi sekali je dia morning sickness dan sepanjang dia lari tu
bukannya dia makan sangat pun. Tidur pun tak cukup sangat. Belum masuk part dia
jatuh sana sini lagi. Kebal betul.
Raghu pun boleh tahan jugak bila
dia dari New York ambil flight hari yang sama ke India boleh sampai dengan
cepat dan jayanya hari tu jugak padahal jauh kot jarak perjalanan dua negara
ni. Tapi dua perkara ni just a minor glitch lah sebab kekuatan mesej movie ni
dah tutup kekurangan yang orang perasan tak perasan ni.
For visual its not that great lah
sebab movie lama but still good to watch even after decades. Soundtrack hasil
kerja Anu Malik pun biasa je actually but I fall in love with Badi Mushkil
song. Nak pulak lagu tu scene Madhuri menari memang nampak cantik je onscreen.
Its really recommended for those
yang mencari great movie content sebab movie ni diinspirasikan dari kisah benar
yang berlaku di India bilamana seorang gadis kasta rendah dirogol oleh kasta
atasan dan juga hal-hal lain yang berlaku di negara India. Cast yang berlakon
dalam movie ni pun semua bagus belaka bukan yang tayang muka semata. Even
director antara yang terbaik di Bollywood.
Movie Lajja ni flop di box office
India sebab mesej dia yang menyindir kaum lelaki tapi diangkat tinggi di
negara-negara luar macam British contohnya sampai tersenarai dalam 14 movie
asing wajib tonton. So tak rugi pun layan movie feminist pertama di India ni. Highly recommend!
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes
+0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
dulu ada vcd lajja ni n kat tv pun slalu tyg, cast die meletup, jalan cerita pun ada mesej..yup lagu badi mushkil tu mmg layannnn :)
ReplyDeleteAla.. tak tengok pun filem ini hari sabtu hari tu..
ReplyDeleteTak dpt tgk citer ni masa haritu. nampak cm best. dah la ada mahima chaudry hehe. 🙊 Actress cantik masa dulukala hee
ReplyDelete