Dilan 1990 mengisahkan tentang
cinta remaja antara Dilan (Iqbal Dhiafakhri Ramadhan) dan Milea (Vanesha Prescilla) di salah sebuah sekolah di Bandung. Movie
goes viral due to strong love quotes from Dilan. Walhal movie Dilan 1990 ni tak
lah strong mana pun jalan cerita dia. Ada part macam terjongket kening jugak
sebab tiba-tiba masuk, tiba-tiba ada tapi sebab Dilan, dia cecah lah 6 juta
kutipan.
Movie Dilan 1990 diadaptasikan
dari bestseller novel karya Pidi Baiq dari tajuk yang sama, Dilan 1990. Since
tak pernah baca buku dia, so kita sembang based on movie je. Baca review dari
Indonesian, macam mana padu ayat Dilan dalam movie, macam tu lah padu ayat dia
dalam novel. Memang Pidi Baiq ambil sebijik macam dalam novel dia. And its
awwwww
“Jangan rindu. Berat. Kamu nggak
akan kuat. Biar aku saja.”
“Kamu cantik Milea. Tapi aku
belum mencintaimu. Nggak tau nanti sore. Tunggu aja”
“Maaf aku buat kamu khawatir. Kamu
harus tahu, aku tidak mahu membuatmu cemas, aku saja mencemaskanmu.”
“Kalau Milea marah itu bagus!
Ujian buat aku. Bisa nggak aku bikin kamu nggak marah. Tugasku untuk membuatmu
senang Lea.”
“Tidak mencintai bukan berarti
membenci kan?”
"Kalau aku jadi presiden yang harus mencintai seluruh rakyatnya, aduh, maaf, aku pasti tidak bisa karena aku cuma suka Milea."
"PR-ku adalah merindukanmu. Lebih kuat dari Matematika. Lebih luas dari Fisika. Lebih kerasa dari Biologi."
And lots of them!!!
Nak sembang pasal jalan cerita
Dilan 1990 ni, movie ni tersangatlah santai. You guys takkan jumpa konflik
teruk sangat pun dalam kehidupan Milea dan Dilan walaupun Dilan ni bad boy
sekolah. Dengan cikgu sekali dia tapau. Kira semua orang takut dengan Dilan
tapi Dilan takut kehilangan cinta Milea. Kenapa Dilan syok sangat dengan Milea?
Entah. Kenapa Dilan sayang sangat dengan Milea? Juga entah. It just happened.
Love happens. Gittewwww
Sakit hati jugak bila tengok
Milea buang Benny walaupun Benny sweet jugak sanggup datang dari Jakarta bawa
kek untuk birthday Milea. Ye memang sebab apa yang Benny buat tu menyakitkan
hati, marah Milea dekat public, panggil pelacur tapi Benny tu insecure kot.
Awek cantik semua orang usha. Dah lah Milea ni tak reti say no, tak reti
bertegas. Dia melayan je semua lelaki yang nak dekat dia.
Cuba bagitau, pakwe mana yang tak
insecure? Dah lah Long Distance Relationship. Betul cakap Benny, dia ada
kekurangan, jadi Milea kena lah terima. Milea pun tak suka Benny sebab suka
copy paste puisi dari majalah, tak macam Dilan pandai buat puisi walaupun puisi
dia macam nak mintak penampar je. Sembang dia sebab dah suka kan, semua benda
nampak indah je. Tang Benny semua nampak buruk.
Tapi hadiah Dilan walaupun rasa
nak penampar, rasa awwww jugak sebab bagi crossword puzzle je kot. Murah tapi
out of the box. Rare! Siap dengan ayat
“Selamat ulang tahun, Milea. Ini
hadiah untukmu. Cuma TTS, tapi sudah kuisi semua. Aku sayang kamu. Aku tidak
mau kamu pusing karena harus mengisinya. Dilan”
Kekuatan movie ni bukan dekat
storyline tapi sebab chemistry Dilan dengan Milea. Bila tengok movie ni memang
tertunggu-tunggu scene Dilan dengan Milea. Kalau character ni dalam screentime
asing, agak bosan jugak. Tapi part Anhar (Giulio Parengkuan) tampar Milea tu memang excited sangat
sebab nak tunggu Dilan keluar & belasah Anhar. Bukan sebab scene bergaduh
tu walaupun terserlah kejantanan Dilan tapi ayat Dilan masa dalam bilik guru
besar tu,
“Jangankan Anhar. Kepala Sekolah
nampar Lia, KUBAKAR SEKOLAH INI!”
Belum masuk part Dilan datang
bawak tukang urut untuk Milea. My expression sebijik kot dengan nenek tukang
urut bila Milea salam cium tangan Dilan.
Ending movie ni habis macam tu je
sebab nanti ada Dilan 1991 pulak. Can’t wait for sequel sebab nak dengar ayat
cinta Dilan je sebenarnya. Tak pasti lah movie ni target audience dia siapa
sebab dah habis tengok movie pun angau lagi dengan Dilan. Ugghhh walaupun
cringe, walaupun Dilan cuma cakap Assalamualaikum, walaupun Dilan cuma sebut
nama binatang boleh happy berbunga. Tengok keropok pun jadi happy. Ya
aulohhhhhh bantuin Nabilaaaaaa.
Cinematography movie Dilan 1990
ni cantik nak pulak bila tengok suasana tahun 1990 tu rasa happy lah sebab
zaman childhood kan era 90-an tu. Koyak buku bahagian tengah buat surat cinta,
bergayut dekat public phone, dating dekat kantin haihhh zaman remaja sangat. Bab
soundtrack movie Dilan 1990 ni biasa je, tak berhantu pun except lagu Dulu Kita Masih SMA karya Padi Baiq.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes
+1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +1 = 7.2/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Baca review Farhanna nie je dah buat kak sha berbunga-bunga.. Sweet habis.. kikiki
ReplyDeleteIni memang satu filem yang sungguh menarik. I sudah beberapa malam tidak cukup tidur sebab tonton sampai lewat malam.
ReplyDeletehehe now on baru faham kenapa citer ni viral sangat haha
ReplyDelete.
Thank u for the review kak FJ ^^
macam menarik plot cerita movie ni..kena tonton ni.
ReplyDeleteAmboi ayat si Dilan tu memang boleh mencairkan hati tu..
ReplyDeleteMovie paling sweet hehe. nak beli buku dia. tapi so expensiveee em
ReplyDeleteReview paling sampah. lepas ni panggil orang, pelacur kat public tu normal lah? sebab insecure. shame on you fat piggy!
ReplyDelete