Movie Review | Coco (2017)

Thursday, 12 April 2018

Image result for coco movie

Director : Lee Unkrich, Jason Katz, Matthew Aldrich, Adrian Molina.
Dubbing Cast : Anthony Gonzalez, Gael Garcia Bernal, Benjamin Bratt, Alanna Ubach, Renee Victor, Jaime Camil, Alfonso Arau
Producer : Pixar Animation
Genre : Musical/Drama/Adventure
Running Time :105 minutes
Release Date : 22 November 2017
Trailer :


Jarang nak layan animation movie sebab tak suka sangat tapi disebabkan ramai sangat yang recommend cakap best sampai menangis, so I give it a try and it’s so worth it!

Coco mengisahkan tentang Miguel Rivera (Anthony Gonzalez) yang ingin menjadi seperti penyanyi pujaannya, Ernesto de la Cruz (Benjamin Bratt) seorang artis terkenal. Moyang lelakinya juga seorang penyanyi dan keluar dari Santa Cecile meninggalkan isteri (Imelda) dan anak perempuannya (Coco). Setelah beberapa lama dia tak pernah pulang ke rumah, Mama Imelda decided to move on and start making shoes. Kemudian bisnes kasut dia diturunkan dari generasi ke generasi sehingga lah kepada parents Miguel.

Image result for coco movie

Kerana moyang lelaki Miguel, seluruh keluarga Rivera bencikan musik. Sebarang peralatan musik tidak dibenarkan langsung berada di dalam rumah keluarga Rivera. Not even hum. Tiada seorang pun yang berani untuk meyimpan hasrat menjadi penyanyi kecuali Miguel yang menyimpan koleksi dan bakat terpendamnya di loteng rumah secara rahsia.

Tapi kantoi akhirnya disebabkan anjing kesayangannya, Dante yang membuat kacau dalam rumah sehingga terbongkar satu lagi rahsia di sebalik gambar keluarga moyangnya. Gambar gitar di tangan moyang lelakinya sama seperti gitar Ernesto. Dari situ dia beranggapan dia adalah cicit keturunan Ernesto.

Plot masa movie ni sekitar perayaan Dia de los Muertos di mana semua roh ahli keluarga yang telah meninggal akan pulang ke rumah jika ahli keluarga yang hidup meletakkan gambar dan mengingati mereka serta memberi makanan dan hadiah. Rumah dan jalan akan dihiasi dengan bunga oren supaya roh akan tahu arah ke mana tujuan mereka.

Image result for coco movie

Disebabkan Miguel mencuri gitar Ernesto, dia terkena sumpahan Dia de los Muertos dan stuck di Land of the Dead dan bertemu dengan semua roh ahli keluarganya yang telah meninggal. And of course he can meet Ernesto! With a little help from Hector dengan syarat, dia akan letak gambar Hector di alam nyata supaya dia dapat pulang tengok anak perempuan dia. Untuk kembali hidup di alam nyata, Miguel kena mendapatkan restu dari roh ahli keluarga sebelum matahari terbit tapi halangan demi halangan serta rahsia keluarga dia yang Ernesto simpan selama ni terbongkar.

Dapat atau tak Miguel pulang ke alam nyata? Betul ataupun tak Ernesto moyang lelaki Miguel yang tinggalkan keluarga demi menjadi artis terkenal? Kenapa tajuk movie Coco bukan Miguel? Semua tu kena tengok sendiri lah hihu.

Not only the storyline interesting but the visual also a something great to offer! The visual are vibrant since the colours used are a palette of fluorescent blues, yellow, green, blue and pink. Festival Dia de los Muertos di alam nyata dah cantik dengan decoration & bunga oren tu tapi lagi meriah dekat Land of The Dead since its really an important date to them. Satu-satunya hari dalam setahun diorang boleh keluar tengok family diorang.

Image result for coco movie

Another great thing in this movie is the music of course! Lagu dalam movie ni memang best macam lagu Poco Loco, Music Is My Language and Remember Me. Ending scene masa Miguel nyanyi lagu Remember Me tu memang lirik dia kena sangat dengan situasi sampai sebak tengok. The one yang composed semua lagu ni adalah team yang sama dengan movie Frozen soundtrack, Robert Lopez & Kristen Anderson-Lopez.

I’m glad they choose Dia de los Muertos sebagai time plot sebab dapat tahu tentang budaya Mexican plus diorang masukkan sekali dialek Mexican such as mijos, vamanos, muchos, mi familia so the vibes are there.

This movie maybe not the greatest but the message it deliver is great to be remembered upon.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

10 comments

  1. sha pun jarang tengok movie macam ni, tapi baca review farhana mcm best je

    ReplyDelete
  2. Wah, best ni. Nak tengok juga laa...

    ReplyDelete
  3. dah baca review hana ne terus rasa nak tengok movie coco

    ReplyDelete
  4. Yayy kak Farhana dah tengokk! Beessst kannnnnnn

    http://mylittlestoryi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Best cerita nii... ada pary bolen ngalir air mata 😜😜

    ReplyDelete
  6. Tengok trailer macam best hehe review Farhana pun best tip top ahh

    ReplyDelete
  7. Tgk half way je hari tu. Kena sambung balik nampaknya.

    ReplyDelete
  8. Ika malas nak layan citer coco ni. tapi nak kena layan sebab bbudak suka sgt tgk hehe. Nak tau kenapa bbudak suka hee

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.