Favorite Place To Eat - Seoul Garden

Wednesday, 25 April 2018

Masa study dekat Segamat dulu kalau nak jalan-jalan release tension confirm turun Melaka sebab situ je yang paling dekat dengan Segamat, dalam 2 jam tskkk. Tak boleh nak kurangkan lagi masa sebab jalan dari Segamat ke Tangkak tu yang extreme sangat. Habis kuat dah la tu habiskan 1 jam dekat situ. Setengah jam lagi dekat highway, setengah jam lagi dekat Melaka sebab zahabedah lama betul dia punya traffic light. Melaka Darul Traffic Light we named it.

Sebab housemate craving nak makan dekat Seoul Garden masa cuti midsem tu, kitorang berdua turun Melaka sebab kitorang je jenis balik awal bila cuti. Dah habis kemas rumah terus pack barang and holiday kejap dekat Melaka. Disebabkan Junaiza lah, kenal Seoul Garden lepastu jatuh cinta. Lagi best dah habis study, dah kerja ni duduk pulak area Subang belakang Star Avenue yang ada Seoul Garden so memang rajin lah makan dekat sini.


Kalau nak compare dengan restoran steamboat yang lain, I prefer Seoul Garden sebab segar, layanan yang bagus, mesra pelanggan, banyak pilihan makanan, selesa dan bersih. Harga memang lah mahal nak bandingkan dengan yang lain tapi kalau berpatutan, memang tak kisah sangat bayar mahal. Selalunya kalau pergi Seoul Garden mesti pergi belah siang sebab nak tunggu part grill tu kan lama so kalau malam memang agak rushing la bila makan. 

Yang bestnya dekat Seoul Garden Star Avenue, customer tak ramai sangat so boleh lah conquer meja besar walaupun datang berdua je. Lepastu boleh lepak lama sikit sebab takkan ada isu customer lain tunggu. 

My rules bila makan dekat Seoul Garden takkan ambil ayam ataupun daging kecuali perapan istimewa sebab ayam dengan daging tu dekat kedai biasa pun boleh dapat. Selalunya kalau datang makan mesti ambil kambing dengan seafood sebab mahal dekat luar tambah pulak fresh. Bau daging kambing dah kena grill makan panas-panas wrap dengan salad segar cicah dengan sos memang terangkat sangat macam makan Samgyupsal baq hangggg!

Favorite Place To Eat - Seoul Garden 

Favorite Place To Eat - Seoul Garden 

Favorite Place To Eat - Seoul Garden



My first time makan sushi sampai jatuh hati dekat Seoul Garden lepastu dah mula pandai makan dekat Aeon lepastu Sushi King. Dulu kalau makan sushi mesti terkeluar balik sebab seaweed hanyir tapi dekat Seoul Garden tak berbau pun even telur ikan pun taste really nice. Tapi Sushi King lagi mantap lah, no doubt. Nama pun King.

 

Favorite Place To Eat - Seoul Garden

Lagi satu sebab suka Seoul Garden ni bila minta staff tukar grilling pan tu, dia okay je tukar tak kisah lah untuk kali keberapa pun tapi kalau dekat tempat lain memang diorang tak bagi. Tak pasti lah kalau ada jugak yang boleh tapi so far most of them tak bagi. Kalau grilling pan dah hangit tu maknanya dah berkerak dah bontot dekat situ. 

Rasanya dah banyak sebab bagi kenapa suka makan dekat Seoul Garden ni. Kang sembang banyak sangat mula la craving padahal tengah on diet ni. Kalau you guys pulak suka makan dekat mana?

7 comments

  1. Ika kalau gi SG , setengah jam je mampu makan. Lebih dari tu kenot. Haha. Rugi betull.Tapi service SG memang ohsem. Hee

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/04/menang-ga-lea-azleeya-review-jali-ohsem.html

    ReplyDelete
  2. Aduuhh tho br last week mkn, tgk post ni trus rasa nak mkn lagi. Daging pgang msuk daun salad, fuhh mabeles! 😁😁😁

    ReplyDelete
  3. Tengok pun dah rasa heaven haha kalau pergi berkemungkinan heaven berganda-ganda agaknya hahah >_<

    ReplyDelete
  4. Pernah makan Seoul Garden sekali je. Itu pun adik yang belanja. Buat masa ni, saya belum cukup suka lagilah dengan Seoul Garden. Mungkin sebab masa tu makan pun gesa-gesa juga sebab pergi waktu malam.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try lagi makan dekat seoul garden..

    ReplyDelete
  6. suka jugak makan seoul garden. kalau daging amik yang apa nama..bulgogi?tu sedap.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya, hanya mampu tengok jer

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.