Semalam telah diisytiharkan 9 Mei 2018 bakal menjadi tarikh
bersejarah untuk rakyat Malaysia buat kali ke14 untuk mengundi siapakah Perdana
Menteri negara ni. Kecoh sana sini bila tarikh 9 Mei jatuh pada hari Rabu, hari
berkerja buat pekerja dan pelajar IPT.
Walaupun pihak peguam dah share Akta Pilihanraya supaya
majikan membenarkan tempoh bersesuaian untuk pekerja pergi mengundi tapi belum
cukup meredakan kekecohan rakyat di social media kerana ramai yang terpaksa
balik ke kampung halaman dan akan mengambil masa yang agak lama terutamanya
Sabah & Sarawak.
Lagi parah bila Air Asia menaikkan harga tiket selepas
pengumuman pihak SPR. Makin bertambah ramai yang enggan pulang mengundi kerana
masalah kewangan terutamanya student IPT. Kos pergi balik untuk penerbangan sahaja
dah menelan RM400, belum masuk kos tambahan yang lain. Ramai juga yang mengecam
tindakan Air Asia sehingga pagi ni pihak Air Asia menurunkan kembali harga
tiket kepada harga normal, RM150. Tapi bukan semua, masih ada juga penerbangan yang dinaikkan mendadak macam tiket dari Kelantan ke Kota Kinabalu pada asalnya RM199 tapi naik mendadak ke RM849 oleh pihak Air Asia
Tak lama kemudian, Kementerian mengeluarkan kenyataan cuti
peristiwa bertarikh 9 Mei supaya semua rakyat Malaysia dapat turun mengundi. Walaupun
PH mengeluarkan kenyataan, tarikh 10 & 11 Mei akan menjadi cuti umum tapi
belum cukup kuat untuk meyakinkan rakyat yang turun mengundi sebab cuma andaian. Kenyataan ni keluar lepas satu petition mendesak Kerajaan Sementara mengisytiharkan cuti umum yang ditandatangani oleh 100,00 orang rakyat Malaysia sendiri.
Lega rasa hati bila baca kenyataan ni sebab tak perlu nak
apply cuti dah. Malaysia Airlines pun dah keluarkan statement untuk membantu kepada yang bakal pulang mengundi menggunakan khidmat MAS.
Happy jugak tengok Twitter ramai yang sudi membantu student
ataupun sesiapa yang kekangan dana untuk pulang ke tempat mengundi under
hashtag
#PulangMengundi dan juga
#CarpoolGE14. Well there are silver lining in
everything kan?
Selamat Mengundi semua & say no to #UndiRosak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat mengundi!! Hana lambat lagi nak terbabit sama ni heehehe
ReplyDelete.
Thanks for sharing kak FJ ^^
Kesian juga yg kena mengundi jauh dari tempat tinggal semasa. Sehari cuti tu kak ana rasa tak cukup. Memang kebarangkalian ramai tak turun mengundi tahun ni.
ReplyDeleteSiqah setuju dengan kenyataan Ana. Mana yang duduk jauh tu, mana boleh nak balik hari untuk mengundi saja. Tak boleh cuti untuk hari rabu je.. Rasa macam first time mengundi di hari kerja.
DeleteFirst time Siqah nak mengundi tahun ni. Excited!! :D
ReplyDeleteSelamat mengundi ye..
ReplyDeleteSelamat menjalankan tanggung jawab
ReplyDeleteSelamat mengundi bagi yang layak
ReplyDeleteSelamat mengundi.
ReplyDeleteMeskipun agak sulit menerjemahkan bahasa tapi sedikit mirip dengan bahasa Indonesia, tapi saya dapat makna dari tulisan diatas, salam kenal hehe
ReplyDeleteSelamat mengundi.. =)
ReplyDeleteMa shaa Allah banyaknya naik dari RM800 ke RM200. Ambil kesempatan betul ni
ReplyDeleteSelamat mengundi, semoga memilih yang terbaik...
ReplyDeleteMujurlah diberi cuti.. Mudahlah pada yang jauh untuk balik dan mengundi..
ReplyDeleteSelamat mengundi. Ika first time taun ni nak ngundi. jadi eksited terlebih haha
ReplyDeleteselamat mengundi semua :)
ReplyDelete