Tertinggal Barang Di Giant

Saturday, 3 March 2018

Khamis lepas gaji dengan jayanya dah masuk dalam akaun. Maka, rutin pertama bila gaji dah masuk haruslah pergi shopping barang dapur dan beli segala yang dah dirancang mengikut bajet yang ada lepas dah tolak dengan utilities. 

Tapi tak pergi jauh mana pun, shopping dekat Star Avenue je sebab sini senang nak cari parking. Free pulak tu. Lagipun tujuan utama nak pergi Mr. DIY lepastu beli barang basah sikit dekat Giant. Tapi sebelum menapak ke Giant, singgah dulu ke Aeon Wellness sebab nak beli serum acne scar Garden of Eden, Rosa T. Ni gara-gara terjebak dengan review dekat Twitter lah ni. 

Dah usha dekat Guardian dengan Watson takde, nasib baik dekat Aeon Wellness ada tapi satu je tinggal. Guess my luck lah kot dapat beli yang last one. Ambik sikit face mask sebab ada promo dengan compact powder. Dah settle terus letak dekat kaunter barang Giant. At first nak letak dalam kereta terus takut nanti terlupa ambik tapi yakin pulak takkan terlupa tapi terlupa jugak. Haihhhh

Malam sebelum tidur masa nak pakai serum tu baru teringat tertinggal dekat kaunter. Menjerit nokkss dengan kegagalan diri sendiri. Esoknya lepas kerja terus menapak ke Giant nak collect tapi yang jadi masalahnya resit dalam paper bag Aeon tu. Nombor rak Giant pun tercicir masa beli barang. Yang ada cuma bukti dalam phone, sms dari bank untuk transaction via paywave. 

Sepanjang perjalanan berdoa boleh dapat balik barang tu sebab membazir lah kalau burn plus takut ada yang panjang tangan pulak kan. Kalau dah sampai tahap tu redho je lah bukan rezeki. 

Dah sampai dekat kaunter bagitahu ada tertinggal barang semalam terus dia suruh isi borang claim barang. Dah siap isi, tunggu staff dia bawa dari office. Lega sangat bila nampak semua barang ada dalam paperbag tu. 


Tapi bila balik rumah ternampak ada satu barang extra. Entah siapa punya. Nak kata free gift, barang ni khas untuk orang asma je. Dah satu hal kena pergi sana balik hantar barang ni. 


Tapi takpe lah, yang penting semua barang dapat balik. Lepasni memang kena makan kismis minda banyak sikit sebab asyik terlupa je. T.T

20 comments

  1. Huhu kinah pulak tertinggal pampers anak. Malam baru teringat pampers takde. Nasibla cashier ingat kitorg..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah~ nasib baik dapat balik barang :)

    ReplyDelete
  3. Fuhhhh untung barang semua still selamat jaa semua. Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  4. Nasib baik dpt... ada sesetengah tempat abaikan je kalau brg tinggai..huhu

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/letih-masa-pregnant.html

    ReplyDelete
  5. Tu laaaa.. Mse memula tgk gmba tu, cikyan tgk gak.. Ehh awk ada asma ke.. tetiba je ada pulak tulis kat situ bkn awk punya eh. Haha, tkejut mak noksss !

    Terlupa tu biasa la yunk.. Cikyan pon selalu gak terlupa.. Hahahaha..ada mse buat bnda ulang2 sbb takut terlupa punya psl.. Hahaaha

    ReplyDelete
  6. mujur dpt balik. kalau sy selalunya kira jadi rezeki org lain la brg2 tu. sukar nak cari org yg jujur skrg.

    ReplyDelete
  7. azah pernah tertinggal barang kawan dekat ECM kuantan. mujur la dapat call cust service dia, mntak dia simpankan. esok pergi ambik dengan CS, dah basi dah makanan member. balik ke bilik dia, mintak maaf dan gantikan balik harga makanan basi tu. aduhaii

    ReplyDelete
  8. Oh my.. hahahaha alhamdulillah walaupun rajin tertinggal wallet and earphone dalam kereta member, tak pernah lagi tertinggal barang dekat mall. Nasib baiklah dorang tak banyak songeh and you got the stuff you bought.

    ReplyDelete
  9. Mmg meraung la kalau x dpt balik.. fuh mujur dpt dpt ye

    ReplyDelete
  10. suami shu tertinggal hp di meja makan mekdi, alhamdulillah staff mekdi tu laju dan jujur. dia terus call no yang ada dalam hp tu sampailah ada yang maklum suami.

    ReplyDelete
  11. Biasalah tu... Hana pun selalu jugak cuai! heheh ^^

    ReplyDelete
  12. fuhhh it's so scary n cemas tau bila trtinggal barang nak2 lg kt supermarket. hiii jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  13. Selamat dpt balik. Kalau x menangis tak berlagu. Kena makan kismis banyak ni. Kak ana pun makan sama sbb selalu lupa juga. Hehe

    ReplyDelete
  14. fuh... rezeki... rezeki.. klu x... xde rezeki la kan..hmmmmm

    ReplyDelete
  15. alhamdululah nasib dapat balik barang tertinggal

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah... Mujur dapat balik..

    ReplyDelete
  17. mujurla dpt balikkan, sha pun dulu 2x pnglaman ttgl brg dkt kedai, rezeki xpernah slh alamat, ttp dpt balik brg tu..hihi

    ReplyDelete
  18. aida pernah tertinggal.
    yg haru nyer, ayam mentah.
    gi la balik kat famili store after 2-3 jam kalau tak silap.
    alhamdulillah. diorang letak dlm peti beku.
    bukti dgn resit la kan... sebab da byr.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.