Movie Review : The Shape Of Water

Tuesday, 13 March 2018


Related image

Director : Guillermo del Toro
Cast : Sally Hawkins, Doug Jones, Michael Shannon, Octavia Spencer, Michael Stuhlbarg, Richard Jenkins, Lauren Lee Smith
Genre : Drama/Fantasy
Running Time : 119 minutes
Trailer :

Upon recommendation from Twitter, ramai sangat yang cakap movie ni best plus TOS menang 4 award di Academy Oscars tahun lepas especially Best Picture & Best Director so its kind of jinx lah kalau tak tengok movie terbaik kan? So I’ve decided to watch it yesterday.

Mengisahkan tentang Elisa (Sally Hawkins), seorang cleaner yang bisu bekerja di sebuah makmal rahsia kerajaan di Baltimore bersama rakan baiknya Zelda (Octavia Spencer) pada tahun 1962. Rutin harian Elsa sama je setiap hari, dan boleh dikatakan membosankan tapi semenjak kehadiran Amphibian Man (Doug Jones) di makmal tu, Elisa mula dekatkan diri untuk berkawan dengan mahkluk unik yang dianggap Tuhan oleh masyarakat Amazon.

Image result for the shape of water

I’m actually tak jelas sangat apa yang diorang nak dengan makhluk ni sebab ada dua pihak yang melabel makhluk ni sebagai asset. Satu pihak dari Rusia, Dr.Robert (Michael Stuhlbarg) nak mengkaji manakala satu pihak dari Amerika, Mr. Strickland (Michael Shannon) lagi nak hantar ke Bulan. Untuk apa? Entah. Yang pasti, Elisa jatuh cinta dengan makhluk unik tu sebab makhluk tu je yang happy jumpa Elisa. Well ada lagi manusia yang happy jumpa dia tapi tu lah kita nak tengok apa kita nak tengok je.

So dari situ bermula lah episod persahabatan kemudian percintaan Elisa dengan makhluk unik. Disebabkan pihak Rusia dapat arahan untuk bunuh makhluk tu, Elisa merancang untuk larikan dia ke rumah. Dengan bantuan housemate Elisa, Giles, Zelda dan Dr, Elisa berjaya simpan mahkluk unik tu di rumahnya and have sex with it.

Image result for the shape of water

Makin hari, makhluk unik tu tak mampu hidup dalam air garam buatan sebab habitatnya dalam air laut so Elisa memang dah cadang nak lepaskan ke laut 10hb sebab ikut ramalan kaji cuaca, waktu tu hujan lebat so air laut akan melimpah dekat pelabuhan. Tapi agenda dia terhalang sebab pihak Amerika nak rampas balik makhluk tu untuk misi diorang sampai membunuh sana-sini.

Ikutkan gaya sembang dekat Twitter, macam best teruk movie ni tapi penuh dengan sexual scenes and slow pace motion. Kalau nak sembang visual memang cantik lah tapi kalau nak sembang content, I think better lagi tengok Beauty and The Beast. Mencintai makhluk lain seikhlas hati cuma bezanya Elisa tak break any curse pun tapi Amphibian Man tu yang bagi keistimewaan dekat Elisa. 

Image result for the shape of water

No wonder lah ada yang geram kenapa movie sejarah negara macam Only The Brave tak dapat tempat tapi movie yang penuh dengan seks diangkat di Oscar. This movie is a bore so you guys tak perlu tengok pun not even bila bosan melanda. Lagi satu hal movie ni ada macam unsur musical sikit so tambah lah bosan yang sememangnya dah membosankan tu. Tak tahu lah nak kata mesej movie ni cinta tak mengenal rupa ataupun percintaan seorang Zoophilia or bestiality. There I’ve ruin a so-called modern masterpiece.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 7.2/10

9 comments

  1. Nasib baik tak tengok.. kikiki.. Bahaya oii.. Kalau banyak sangat seks scene..

    ReplyDelete
  2. Lol takleh bayang orang dengan ikan :P

    ReplyDelete
  3. takutnyaaaaaaaaa. geli jeee ikan jadian tuuu. leeeewww

    ReplyDelete
  4. mula mula baca macam best, tapi bila you mention sexual content tu, undur dirilah

    ReplyDelete
  5. mcm menarik..tp ade part tteettttt tu hehe.. mcm seram pulak..hehehe

    Jom Baca Ni
    Penjagaan Muka Homemade

    ReplyDelete
  6. filem nih ikutkan ramai kata best
    saya baru tengok sekejap tetapi awal2 tu dah ada pula scene heroin tu mandi bogel
    haihhh

    ReplyDelete
  7. GV dah tgk dah. Rasanya ada mesej yang tersirat yang ingin disampaikan melalui cerita ini dan ianya bersifat subjektif. Watak manusia ikan dan wanita bisu itu ibarat metafora kepada isu sosial budaya dulu, kini dan mungkin akan datang. Kompleks orang kata.

    ReplyDelete
  8. maybe it's too heavy for the average crowd...tak tengok lagi, so tak tau

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.