Movie Review : KL Special Force

Wednesday, 14 March 2018

Related image

Pengarah : Syafiq Yusof
Pelakon : Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Bashah, Sabrina Ali, Shaharuddin Thamby, Esma Danial, Puteri Balqis, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla, Siraj Al Shagoff & Ruzzlan Abdullah
Genre : Aksi
Durasi Tayangan : 106 minit
Trailer :


Dari minggu lepas dah start nampak review untuk movie KL Special Force ni dekat social media. Some of them good while some of them are average. My review? Tskkkkk

Geng Anarkis yang diketuai oleh Asyraff (Shamsul Yusof) dan 4 orang lagi anak buahnya dikepung oleh Lan (Rosyam Nor) dan pegawai polis yang lain dalam sebuah bank, Damofa Bank di KL. Dengan kereta kalis peluru, baju kalis peluru, perisai, machine gun Geng Anarkis Berjaya tumpaskan sepasukan polis dan mengajak Lan untuk menyertai kumpulan mereka dan menerima habuan besar setiap kali Lan melindungi mereka. The offer sounds great but not for Lan.

Image result for kl special force

Biarpun bergaji rendah & selalu tak cukup duit nak bayar bil setiap bulan, Lan tetap dengan pendirian dia untuk membanteras jenayah profil tinggi seperti Geng Anarkis. Hidup Lan makin lama makin huru-hara ditambah pula dengan kedatangan Zul (Fattah Amin) yang mematahkan rancangan dia untuk menangkap Geng Anarkis. Zul mengesyaki Lan, Lan mengesyaki Zul and that goes on and on sampai dah nak hujung cerita. How tired I am? Very exhausted one lah you know watching them fighting and arguing for a stupid thing. Benda boleh settle kalau Lan bagitau je chief tentang undercover plan dia.

Movie ni memang banyak loopholes ditambah pulak dengan script dia yang cringe teruk. I’m not sure plot masa dia berapa lama dari kejadian Asyraff jumpa Lan untuk pertama kali dengan plot masa kemunculan Zul. Kalau tempoh masa ni agak lama, sakit hati juga tengok kedangkalan Lan sebab Geng Anarkis cuma target satu bank je dekat KL ni, Damofa Bank. Punya ramai team member dekat belakang Lan tapi sorang pun tak nampak pattern Geng Anarkis. 

Image result for kl special force

Memang boring ye first half sampai kemunculan Fattah and he cracked up some patterns, show his skills and stunt, smirk a lil bit in this team. I am sorry to break this news but ermm Fattah did overshade Rosyam Nor in this movie and he did justice to Zul character and yes this movie lies on his shoulder. Big time. Idk which class he went to but that class did a spectacular job for his career. Mungkin bab emotion tak jauh pergi lagi tapi tak wujud istilah kayu and perlu bergantung dengan karakter lain untuk tonjolkan persembahan dia. Yet the best part haruslah ayat

‘Aku dah pilih jalan yang benar tapi kenapa jalan ni perit?’

Sembang pasal Skop Productions, kelebihan dia dekat visual untuk movie action but I feel sorry for all vehicles in this movie sebab mesti meletup. Tembak sekali dah meletup, apatah lagi tembak banyak kali. Plus, tak tahu lah siapa punya idea setiap kali orang mengelak peluru, mesti ada slo-mo dia landing. Be it the villain, civilians or police force. Sorang dua best lah nak tengok ni sampai semua yang landing dia nak tayang, habis masa dekat situ je. Dah lah semua polis tak reti berlindung and suka habiskan peluru. Nak pulak part SWAT kepung gudang lama tu. Asyraff tak keluar pun lagi diorang dah menembak beria. Masalahnya tak aim pun dekat gudang tu. Kalau diorang bertiga sandar dekat dinding tunggu Asyraff keluar lepastu tembak, dah jimat banyak dah peluru but nahhhh make it rain fellas.

Image result for kl special force

I bet dekat hujung cerita director nak highlight scene Asyraff dengan Zul berlawan and it did amuse me for that scene tapi yang menyampahnya part Asyraff nak tembak Mia tu dah kena kepung dengan SWAT and police force, takde ke yang terfikir nak tembak je tangan Asyraff? Siap bawak mak bagai sudahnya yillek.

If you guys looking for intense moment, this movie don’t have any. Entah siapa punya idea mesti kena ada part menjerit. Bingit jugak lah movie ni semua orang nak sembang nada lantang.Dia mesti ada part ugghhh, arrgghh, egghhh segala lah bunyi dia nak keluarkan padahal boleh je kurangkan dialog & bunyi. Dia macam tengok penyanyi nak buat gaya tangan untuk semua lirik dia masa perform atas stage. Tak boleh chill langsung.

Back to awful script I’ve mentioned earlier and yes that team yang tracked down Geng Anarkis, ada scene Zul dengan Dino tengok CCTV untuk kaji balik kejadian rompakan bank.

Dino : Lepas rompakan tu semua hilang tak dapat dikesan di CCTV kawasan tu.
Zul : Mungkin diorang ikut jalan underground.
Dino : Lagi satu, ini footage diorang keluar ikut underground

Another scene bila Zul tengok CCTV & nampak orang kanan Dato’ Meor mati kena tembak dekat rooftop and tanya Dino siapa tu padahal kalau ikut logic cerita supposedly Zul kenal lah siapa orang kanan tu sebab Zul tunang Mia, anak Dato’ Meor. Mana Dato’ Meor pergi orang kanan dia ada sekali. Yet again, tak ada siapa pun kisah pasal orang kanan Dato’ Meor walhal dia watak penting dalam cerita ni.


Part flashback macam mana tertubuhnya Geng Anarkis ni pun sama jugak. Part Asyraff nak sembang kekejaman dan ketidakadilan dunia ni memang cantik dah tapi lagi cantik kalau Asyraff dengan Rizal tu takde dosa & memang teraniaya dengan kuasa dan harta Dato’ Meor. Kalau jadi macamtu baru rasa berbelah hati nak menangkan Asyraff ataupun stay dengan polis.

But Asyraff did earn some brownie points sebab tindakan dia memang tak dijangka. Ada part nampak macam dia simpati tapi dia jadi kejam. Ada part dia jadi kejam tapi rupanya dia just chill. Upredictable.In a nutshell, kalau you guys peminat Fattah Amin, you can enjoy the whole show but if you guys are action movie freak, this one is a disaster.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5.Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

8 comments

  1. Nice review kak FJ ^^ Hana tak tengok lagi... hehe tunggu astro first ja kot huhuh

    ReplyDelete
  2. tak sempat lgi nk tgok filem ni.

    singgah sini dri https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Tak tengok lagi.. Nice review Farhanna..

    ReplyDelete
  4. GV dah nampak gambaran cite ni cmner. Nampaknya Fattah Amin dan makin hebat berlakon.

    ReplyDelete
  5. Walaupun tak berapa faham baca review (sebab tak tengok lagi) tapi boleh buat satu je conclusion kat situ, Fattah tak kayu lagi..erm, tapi kensel dulu la nak tengok movie ni lepas baca review

    ReplyDelete
  6. aida tunggu astro first la, farhana.
    tak minat tgk citer ni kat wyg :)
    bukan sebab review ni...
    tapi memang tak mina tpon.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.