Pelakon : Fedi Nuril, Tatjana Saphira, Chelsea Islan, Dewi
Sandra, Nur Fazura, Pandji Pragiwaksono, Arie Untung, Bront Palarae, Dewi
Irawan, Cole Gribble, Mathias Muchus, Millane Fernandez, Nino Fernandez, Dian
Nitami
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 125 minit
Trailer :
Finally after 9 years AAC2 keluar walaupun sebenarnya dah
tak payah keluar dah pun sebab yang pertama pun tak ada la best mana tapi tak
lah selompong sequel ni. Sayang lah movie yang penuh dengan casting yang bagus,
cinematoghraphy cantik tapi sia-sia sebab jalan cerita dia agak mehhh.
Movie AAC2 bermula dengan Aisha bergelut di Palestin
bilamana kawasan tu dibom oleh IDF. Since then tak ada khabar berita dari Aisha
dan Fahri tetap menunggu Aisha balik ke Edinburgh. Sementara menunggu tu, Fahri
tetap dengan keteguhan ibadah dia menjalankan kehidupan harian sebagai
pensyarah dan seorang jiran yang baik kepada Keira, Jason, Brenda & Nenek
Cristina walaupun berbeza agama dan gaya hidup.
Bila tengok kehidupan Fahri ni rasa macam tengok movie
Hindustan zaman 90-an pun ye jugak. Pergi mana pun semua orang sembang bahasa
dia. Even mengajar dalam kelas pun guna bahasa Indonesia padahal pelajar
Indonesia 3 orang je pun. Pengetua pun Indonesia. Kalau pengetua tu local,
mungkin tak timbul isu tolong kroni antara pengetua dan Fahri. Tu belum masuk
part debat di university pun guna bahasa Indonesia padahal yang faham dekat
situ Fahri, Baruch, Nenek Christina dengan Hullya je. Not to mention diorang
punya effort untuk cari point punyalah teruk sudahnya satu quote je Fahri
kemukakan lepastu Nenek Christina potong dengan cerita melankoli dia dan Fahri
dilabel malaikat. Tssskkkk
Dalam AAC2 ni Fahri dan Aisha memang kaya tau. Kaya sangat, mungkin
sama level macam Vida or even greater sebab soal duit tak pernah jadi masalah
walhal Muslim agak dibenci di kawasan tu sebab kes terrorist attack. And yes,
Keira & Jason mainkan peranan penting untuk isu ni. Emosi tengok Jason
minta tolong dengan Fahri kes Keira jual badan sebab tak ada duit dah.
Banyak sebenarnya adegan entah apa-apa dalam AAC2 ni tapi
kalau nak sembang dah boleh jadi thesis dah tajuk kenapa perlu keluar sequel
padahal prequel dah cantik. Belum sembang part Aisha menyamar jadi Sabina berkerja
jadi orang gaji dekat rumah Fahri tapi sikit pun Fahri tak kenal Aisha padahal
penampilan sama je. Even cara lilit shawl pun sama. Even pashmina pun sama ya
tuhannnn kenapa Fahri goblok amat sih! Tiba-tiba Nenek Christina yang tak
pernah kenal Aisha tu boleh kenal.T.T
Belum masuk part Aisha bakar tangan semata sebab taknak buat
visa dengan Brenda. Belum sembang Hullya cari chamomile tea satu dapur tak jumpa
padahal buka cabinet dah jumpa dah. Tu tak cakap pasal face transplant lagi.
Tak faham langsung kenapa Aisha kena buat surgery sebab nak Umar ingat Hullya
sedangkan gambar Hullya ada. Lagi bagus kalau Fahri larang, tak la nampak
sangat Fahri ni suka dengan perempuan cantik je buat bini. Lagipun kecacatan
muka Aisha tu tak teruk mana pun lah. Tak sampai tahap Phantom Of The Opera
pun.
Soundtrack movie ni pun tak sehebat soundtrack AAC nak pulak
lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa dulu sampai level berhantu. Dalam sequel ni
soundtrack utama ada la sikit tune macam lagu AAC tapi entahlah tak best pun.
Sekali dengar je macam angin berlalu.
Kalau bosan sangat ataupun nak tengok lakonan Fazura dengan
Bront bolehlah layan movie ni. Ataupun nak hidup berpaksikan fantasi kehidupan
Fahri boleh la kot layan. Kalau ada AAC3 harap Brenda kahwin dengan Fattah Amin hihu
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9.
Social Message +0.3, 10. Personal Thought 0 = 5.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Masa memula keluar cerita ni kat pawagam teringin juga nak pi tengok.. Sekali dapat tau orang cakap macam tak berapa best.. Tak jadi laa.. Huhu 😂
ReplyDeleteAAC yg first tu pun cikla xpernah tgk. Sebab mcm dh tahu jalan cerita agak meehhhh
ReplyDeleteOoo..macam tak best sangat je hehe tapi ciktie tak pernah tengok pun AAC yang mula-mula tu
ReplyDeleteomg banyaknya isu dalam filem ni macam mana dorg sumbat semua benda tu utk 2 jam..lorh
ReplyDeleteDah baca komen orang sebelum ni kata cerita ni macam ala-ala cerita syok sendiri, terus tak minat nak tengok..
ReplyDeleteblm tgk lagi cerita ni.. hehe
ReplyDeleteaida x tgk aac2 ni.
ReplyDeletetak sangka plak sebegini.
hmmm sayang nyer lah ekk.