Director : Sanjiv
Puri
Cast : Jimmy
Shergill, Sameer Dharmadhikari, Shamita Shetty, Rahul Dev, Divya Dutta, Richa
Pallod, Kiran Kumar
Genre : Historic Drama
Running Time : 130
minutes
Since movie Hindi tahun lepas tak
banyak, saja korek movie lama yang tak pernah tengok lagi dekat Youtube.
Terjumpa lah movie ni, tak pernah pulak tahu sebab pelakon baru era 2000.
Mengisahkan tentang kerjaya
tentera udara yang menjaga sempadan India-Pakistan di Kashmir disamping menjalani
kehidupan seharian. Sidharth (Jimmy Shergill) merupakan pilot yang terbaik
sepanjang karier dia dan dalam masa yang sama bersaing dengan Samir (Sameer
Dharmadhikari ) dan Anjana (Shamita Shetty). Dalam diam Anjana menyimpan rasa
kepada Samir tapi cuma approach sebagai kawan baik.
Disebabkan Samir merupakan anak
kepada kawan baik , Lt try jadi matchmaker antara Samir dengan anak perempuan
kesayangannya Surbhi (Richa Pallod) tapi Samir tak berjaya menawan hati Surbhi
yang memang bencikan pilot disebabkan kehidupan nomad dan jarang meluangkan
masa bersama keluarga tambahan kerjaya yang agak merbahaya. But everything’s
changed when Surbhi met Sidharth.
Samir yang dah pun jatuh hati
dengan Surbhi rasa geram dengan percintaan Sidharth-Surbhi sampai sanggup korek
rahsia lama Sidharth supaya diorang putus. Usaha dia berhasil sampai Sidharth kecewa
dan tak fokus dengan kerja sehingga menyebabkan Vishal (Rahul Dev) yang baru
berkahwin dengan Nupur (Divya Dutta) terkorban semasa bertugas. Sidharth
digantung tugas tapi tragedi berlaku dalam pangkalan bila perisik Pakistan
berjaya masuk dan mulakan rusuhan.
First half movie ni lebih focus kehidupan
drama cinta bersegi antara Sidharth-Samir-Sirbhi-Anjana tapi lagi bahagia
tengok kehidupan Vishal-Nupur sebab Vishal ni kaki puisi. So puisi dia memang
buat hati ni angau kemain. Bila dia mati tu memang tak boleh terima langsung
diorang matikan watak Vishal tu macam tu je.
Lagu dalam movie Agnipankh pun
layan jugak nak pulak masa Sidharth tengah syok bercinta dengan Surbhi.
Second half baru tekankan rusuhan
India-Pakistan tapi tak ngeri sangatlah sebab movie ni ringan je. Diorang seksa
tentera India pun takat kurung dalam reban je tanpa makan. Ditambah pulak
dengan dialogue memasing tak power mana untuk timbulkan rasa patriotic tu. Ada
tu ada tapi tak strong mana. Ada jugak some scenes yang macam terjongket kening
tapi kalau layan santai kadar terjongket tu tak tinggi mana lah.
Agnipankh okay jugak lah nak
layan tambah pulak ada Jimmy yang sekejap handsome, sekejap comel tu. Terubat
jugak lah bila Samir yang kayu tu muncul. Kalau nak layan ada dekat Youtube
siap dengan English subtitles sekali J
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4.
Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9.
Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 =7.7/10
macam best jer :D
ReplyDeletebest lah film ini kapan kapan pengen nonton juga film ini..
ReplyDeletecerita cinta drama hindi ni seronok. hahaha sebab main perasaan. hihihi
ReplyDeleteHero yang berlakon Mohabattein kan? Rupanya ada juga dia berlakon filem lain kat India. Tak tahu. Hii
ReplyDeleteMesti layan habis bab puisi cinta antara Vishal-Nupur tu kan.. kikiki..
ReplyDeletehero dia macam familiar..hmmmm
ReplyDeleteHaha siap full movie kt ending tu. Ni yg terjebak nk tgk pukul 2 pagi ni, hahaha.
ReplyDelete