Hectic Week

Monday, 26 March 2018


Minggu lepas dan kemungkinan minggu ni agak sibuk sikit dengan kerja dekat office. Minggu lepas dari pagi sampai ke petang pergi dekat site check defect setiap rumah sebelum authorities buat inspection. Seminggu jugak lah turun naik 10 tingkat sebab tak ada lif. Memang cecah sangat 10,000 langkah sehari tapi turun berat tak pun. Sekilo pun tak. Naik lagi ada. T.T

Its my first time check defect dekat buildings ni. Selalunya tolong copy list defect hasil dari authorities’ inspection je but this time around I’m the one preparing that list. Kebanyakan rumah belum siap touch up tandas & install cable port for TM. Ada la certain yang ada wall crack, leaking sana sini tapi tak banyak pun. Lampu pun boleh tahan problem jugak. Tapi yang paling menyampah bila masuk tandas yang penuh dengan tahi.




Ni kes pekerja malas nak turun bawah membuang dekat tandas tapi membuang je dekat situ lepastu tak reti flush. Sudahnya satu rumah berbau. Banyak rumah jugak lah macam tu sampai dah jadi lali dengan bau hancing dengan bau tahi.

Apart from check defect, ada jugak pasang hook dekat pintu bathroom setiap rumah lepastu pasang door stopper dekat setiap pintu. Satu rumah ada 2 bilik air, 3 bilik dan ruang tamu. Kaki sampai lunyai dah nak berjalan tapi gigih jugak siapkan sebab nak mendaki ke tingkat 10 lagi sekali memang boleh menangis. 


Yang bestnya buat kerja dekat site sebab view dekat padang golf tu cantik. Layan pulak angin masa panas membahang dengar pulak lagu memang feeling habis. Tapi bila dah balik rumah memang terbongkang lah cerita dia. Penat sangat buat kerja. Minggu ni pulak nak siapkan monthly progress report. Kalau mesin fotostat tak buat hal, dalam sehari dua dah boleh siap tapi dia dah buat dah bunyi tua dia tu, alamatnya seminggu la baru siap.



Anyway, I’ll try my best to do blogwalking and thanks kepada yang rajin berkunjung. Giveaway still lagi berjalan, soon I’ll update participant list supaya senang you guys nak blogwalking semua peserta yang join okay? Have a nice day guys J

9 comments

  1. Cantiknya view.. But 10 tingkat?? Good luck Farhana hahaha

    ReplyDelete
  2. Good luck kak FJ!!! Chaiyok! chaiyok!! >_<

    ReplyDelete
  3. 10 tingkat? Wow really need a gut. Good exercise juga eh 😁

    ReplyDelete
  4. Ayook pengotornya main buang najis merata2.. Apapun, semoga terus kuat & happy dengan kerja tu :D

    ReplyDelete
  5. kerja mcm ni nmpk best tapi letih nyaaa turun naik tangga.. balik uma mesti pengsan tido

    ReplyDelete
  6. nice view.. memang betul busy Farhanna ye..

    ReplyDelete
  7. Memang busy la minggu ni ya. Btw gud luck ye. Kerja camtu nampak je best kan tapi disebaliknya hehe

    ReplyDelete
  8. Cantiknya pemandangan tepi tingkap..tapi bab membuang tak flush tu memang tak boleh nak brain macammana pemikiran orangnya

    ReplyDelete
  9. sape la yg 'membuang' x tentu pasal tu.. eeeee..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.