Drama Review : Repeat – 10 Months Which Change Fates

Saturday, 24 March 2018


 Image result for repeat 10 months which changes fate

Director : Masatoshi Kurakata, Hiroaki Yuasa, Kenji Katagiri
Cast : Shihori Kanjiya, Kanata Hongo, Gori, Haruka Shimazaki, Kei Shimizu, Satoshi Matsuda, Yumi Adachi, Seiji Rokkaku, Hiroki Ino, Satomi Tezuka, Tenkyu Fukuda
Genre : Mystery/Romance
Running Episodes : 10 episodes
Trailer :

Dapat peluang kembali ke masa lalu memang impian kebanyakan orang tapi tak semua ada pendirian yang bersyukur seperti Ayumi (Shihori Kanjiya) yang selesa dengan kehidupan sederhana dan kekasih hati yang mencintai dia walaupun serba kekurangan. Tapi disebabkan Kazuki (Satoshi Matsuda) curang, pendirian dia berubah dan menyertai 7 lagi ahli Repeat yang terpilih untuk kembali ke 10 bulan lepas dengan bantuan lelaki misteri, Kazama (Seiji Rokkaku).

Setelah bersetuju dengan syarat-syarat Kazama, 8 orang ahli Repeat dibawa pergi ke gua dan kembali ke 10 bulan sebelum untuk perbetulkan kembali kehidupan diorang menggunakan kekuatan ingatan masing-masing sebab tak boleh bawa sebarang memo ataupun alat semasa merentas masa.

Image result for repeat 10 months which changes fate

Walaupun dapat mengubah kehidupan masing-masing, tapi seorang demi seorang terbunuh selepas Repeat. Ayumi, Mouri (Kanata Hongo) dan Tendo (Gori) pada awalnya mengesyaki Kazama kerana dia seorang je yang tahu tentang Repeat dan bersifat misteri tapi telahan demi telahan yang dibuat semuanya salah. Jangan kata yang berlakon, yang tengok ni pun tak mampu nak crack the codes! Memang power director simpan sampai episode hujung siapa pembunuh misteri tu dan jawapan dia memang woaaaa! Thanks Tiara buat review drama ni!

But I cannot say this is the greatest drama sebab kalau genre fiction ni dia ada kekurangan sikit. Dan almost drama/movie memang macam tu lah. Dia akan sembunyikan kelemahan dia dekat fiksyen tu. Macam drama Repeat ni, Tendo setuju untuk join sebab nak selamatkan nyawa anak dia walaupun Kazama dah larang untuk jangan kacau aturan hidup mati manusia. Bila Tendo buat jugak, ada manusia lain yang mati menggantikan nyawa anak Tendo. Tapi kalau ikutkan tak perlu ada dah nyawa lain yang terkorban sebab ada 2 kematian terjadi sebelum kematian anak Tendo yang sepatutnya tak terjadi.

Lagi satu hal bila Ayumi dengan Mouri argue nak buat atau tak nak buat Repeat lagi sekali lepas diorang diburu polis sebab nanti akan kehilangan memori berkasih diorang sedangkan nanti  boleh je bawa sekali memori ke 10 bulan yang sebelum tu bukannya vanish terus.

Image result for repeat 10 months which changes fate

Yang tak tahu nak layan drama apa tu boleh try layan drama yang diadaptasikan dari novel Repeat hasil karya Kurumi Inui tahun 2004. Based on rating memang drama ni antara kegilaan ramai. Apart from storyline, visual and editing memang cantik cuma drama ni slow pace sikit since I guna video speed 1.5 nak pulak kalau Ayumi keluar sebab sendu sangat. Kazama pun sama sebab annoying sangat T.T
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4, Storyline +0.7, 5. Casting +0.4, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

9 comments

  1. bila dia reveal pembunuh tu memang power sbb langsung tak boleh nak pikir benda tu tapi lepas tgk last episode rasa mcm nak maki je, penat tgk ending mcm tu.

    ReplyDelete
  2. bestnya lah kalau dpt kembali ke masa lalu

    ReplyDelete
  3. nak tau sape pembunuh dia boleh? haha..

    ReplyDelete
  4. Wahh rasa macam nak layan sekarang ja haha thank u for the review kak FJ >_<

    ReplyDelete
  5. Macam mesin masa doraemon kan... Tapi kalau nak repeat, zumal nak dari zaman sekolah... Nanti nak tengok la citer nie...

    ReplyDelete
  6. Eh lama tak layan korea nii. Mskkn dlm to watch list! Yeah!

    ReplyDelete
  7. Macam menarik la pula.. Masuk list dulu..

    ReplyDelete
  8. Macam menarik!! Nak tau siapakah pembunuh tu hmm masuk list la

    ReplyDelete
  9. mcm menarik je cerita ni.. :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.