Drama Review : DOSA

Thursday, 29 March 2018


Pengarah : Ifa Isfansyah 
Penulis Skrip : Salman Aristo, Saniboey Mohd Ismail
Pelakon : Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Hisham Hamid, Shenty Feliziana, Datuk M.Nasir, Daniella Sya,  Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama, Tegar Satrya
Genre : Aksi/Drama
Syarikat Produksi : Arie Zaharie Production Sdn Bhd (AZP)
Penerbit : Astro Shaw
Tarikh Tayangan : 14 Februari 2018
Durasi Tayangan : 8 Episod
Trailer :


Tak sure nampak trailer drama Dosa ni dekat mana tapi dari trailer je macam dah impressed sangat sebab collaboration Indonesia-Malaysia, Singapura campur sekali sebab ada Hisham Hamid dengan Shenty Feliziana if that’s count lol. Secondly sebab cast dia memang talented plus genre action. Dia takde meletup sana sini macam KL Special Force sebab drama ni ketengahkan martial arts and yesssss I’m a fan!


Mengisahkan tentang 4 beradik, Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Farhad (Hisham Hamid) dan Fara (Shenty Feliziana) yang mewarisi kehebatan bersilat dari ayah mereka, Latif (M.Nasir) di Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Tapi ketenangan kehidupan mereka sekeluarga (walaupun tak tenang mana sebab Fuad dengan Farid ni rajin sangat bergaduh) didatangi lelaki misteri dari Jakarta, Arian (Reuben Elishama) yang perlu berjumpa dengan Latif untuk bawa khabar Jaafar sudah meninggal dunia di penjara dan Gerbang Utara dalam krisis disebabkan Marco (Roy Marten) ambil alih dalam diam dengan bantuan Sza Sza (Hannah Al Rashid).


Latif yang dah lama cuci tangan terpaksa membalas hutang budi Bu Ani dan Jaafar kemudiannya menghantar 3 orang anak lelakinya ke Jakarta setelah Fara melarikan diri untuk berjumpa dengan Arian. Lagi parah bila Fara dah diculik dengan Sza Sza dan mengumpan Latif untuk datang ke Jakarta. Dalam masa yang sama, Inspektor Amar dan pegawai Interpol Malaysia, Michelle menjejaki semua yang terlibat dengan Gerbang Utara sama ada di Malaysia dan Indonesia.


Taknak sembang pasal pelakon sebab semua pun tip-top, action diorang memang cantik either martial arts ataupun gun shooting leave me in awe. Fun facts, untuk menjayakan drama ni, 20 orang jurulatih silat dekat set penggambaran selain dari latihan lakonan & martial arts untuk setiap pelakon.

Visual motion pun top notch kudos to the team! 8 bulan untuk sesi editing memang mebuahkan hasil yang cantik. Bab kekeluargaan pun menghidupkan suasana emosi nak pula bila anak-anak Latif tahu apa sebenarnya dosa dia. Scene ending pun emosi teruk menangis tengok beradik ni menangis. 


Even kagum dengan karya produksi Astro, Arie Zaharie Production dan Capitol Entertainment Production (produksi dari Indonesia), rasa geram jugak bila diorang matikan watak Latif awal sangat. Tak banyak pun scene Latif dalam ni. Rasa tak puas tengok Latif fight, itupun dia fight dengan bilis je sedangkan anak-anak dia lawan dengan taiko.

Walaupun ada campur tangan pihak polis dengan Interpol tapi nampak lemah sangat watak diorang sebab hasil carian diorang tahap buku lali dalam kolam jernih je sedangkan Interpol kot. Sepatutnya langkah diorang kena sama besar sebab Gerbang Utara bukan nama kecil dekat Jakarta. Series ni panjang sebab pergaduhan Farid dengan Fuad je, there’s no flashback scenes at all terangkan siapa sebenarnya Latif dalam Gerbang Utara & apa dosa-dosa dia. Persoalan untuk soalan Farhad kenapa ayah diorang boleh cuci tangan dari dosa besar dia pun tak terjawab lagi.


Bu Ani pun macam dah habis lega tinggalkan anak-anak dia tapi lagi risau pasal perkahwinan Fara dengan Arian padahal waktu macam tak sesuai langsung untuk diorang kahwin. Belum sembang pasal Fara yang asyik menggelabah nak selamatkan budak-budak yang kena culik dekat gudang padahal boleh je diorang bunuh Marco dulu lepastu tapau Gerbang Utara.

Dia punya tak boleh chill tu buat rasa geram sangat sebab dia gatal nak lari rumah lah abang-abang dia stuck dalam krisis tu sekali sampai ayah dia pun meninggal. Abang-abang dia dengan Arian dah lunyai dah asyik berlawan dengan orang suruhan Marco sampai makan tidur pun tak terjaga. Luka Arian kena tembak pun belum kering lagi.


Belum masuk part Farid yang annoying tak habis nak membaran dengan strategi Fuad. Ada je tak kena dekat mata dia. Bila dah habis tengok memang faham sangat dah kenapa ayah dia malas cerita apa langsung dengan dia. Memang sejenis yang tak boleh diharap. Elok lagi perangai Farhad dengan Fara.


Walaupun storyline dia macam kucar-kacir tapi lakonan diorang bagus, and all this terlindung dengan action stunt diorang. 8 episod tak puas tengok nak pulak part Fuad dengan Farhad lawan Jerik. Setiap seorang beradik ni ada senjata fav masing-masing so stunt and skill diorang memang berbeza.

Recommended for those yang suka genre aksi tapi tak sesuai langsung lah nak untuk underage kids sebab ada scenes yang agak ganas. Hopefully ada season 2 sebab ada persoalan yang tak terjawab lagi plus Marco cuma permulaan kisah dosa di Gerbang Utara.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

10 comments

  1. Teringin pulak nak tengok. Nice sharing Farhana...

    ReplyDelete
  2. Pelakon kacak + babak action. Omg! Kena cari online jelah sebab takda astro.

    ReplyDelete
  3. Oh inilah latest cerita Ashraf Sinclair tu, macam best je jalan cerita..

    ReplyDelete
  4. Bestnya.lama tak tengok ashraf sinclair blakon.

    ReplyDelete
  5. Menarik ulasan farhanna.. Boleh lah usha nanti..

    ReplyDelete
  6. Bila tengok iklan, rasa macam nak tengok tapi bila baca sinopsis, malas nak tengok drama ni. Siqah tak minat sangat drama pukul2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dgn aida.
      tak brape minat sgt yg byk sgt lawan-lawan.
      serabut!

      Delete
  7. cerita nie mmg npk best, dah lama tak ngk ashraf sinclair sbb dia byk berlakon kt indonesia..

    ReplyDelete
  8. kat astro first kan ni, farhana?
    ke box office. tak ingat aida.
    tak dpt nak tgk la. tak langgan kan.
    hmmm menarik. tapi tak menarik ekk :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.