Domino’s Pizza Beef Samyang Subang Perdana

Tuesday, 27 March 2018


Minggu lepas punya cerita baru ada can nak update hari ni sementara tunggu mesin rehat. Disebabkan ramai sangat yang kata sedap, adik pun gigih ajak pergi Domino’s nak try flavor terbaru yang katanya pedas sangat tu.

Untuk promosi Samyang ni ada 3 jenis, Tuna Samyang, Chicken Samyang ataupun Beef Samyang and we decided to try Beef Samyang with extra cheese and thin crust. Yang extra cheese ni sebab ada promo 2 regular pizza with extra cheese harga RM33. Kira berbaloi jugak lah sebab satu regular pizza Beef Samyang tu harga RM27. Beza RM6 je kot. Lagi satu regular pizza tu ambil flavor Aloha Chicken.

Expectation : 



Reality : 

Beef Samyang

Aloha Chicken Cheese

Samyang ni famous sebab tahap pedas zahabedah tapi pizza Domino’s tak pedas pun even makan panas-panas baru keluar dari oven. Serious tak pedas tapi rasa dia agak turn off jugak sebab terasa cili kering tu. I tak suka cili kering, cili boh tu. Kalau pedas cili api baru la kaw sampai bingit telinga. But this one is a no-no. Pulak tu beef dia sikit je. If you guys nak makan edisi Samyang ni better pilih selain dari thin crust sebab gravy dia agak banyak. Basah crust dia memang turn off habis lah. Gravy dia pulak rasa macam kicap campur cili kering je.


Ada yang kata beef tak sedap sangat compared to Tuna & Ayam. Since hari ni hari Selasa boleh beli personal pizza harga RM3.90 je. Beli 3 flavor terus baru RM 11.90 kalau rasa nak try semua. But there’s no next time for me kot sebab rasa cili kering tu. Dok sebut Samyang sangat ni rasa nak pergi beli megi Samyang. Nyummm!


Image result for beef samyang dominos

12 comments

  1. Gitu je rupa pizza diaa.. Duk tengok blogger-blogger lain update pasal pizza samyang bukan main lagi dekat blog and fb.

    ReplyDelete
  2. Ada kata ok...ada kata kurang....citarasa masing-masing...kak PC belum mencuba...

    ReplyDelete
  3. uishh sedap nmpk..mngkin sbb x lunch lg..hahahh..rindu arh subng perdana..tmpt ulang alik msa dip dlu

    ReplyDelete
  4. dalam gambar promo nampak cantik, bila tengok realiti biasa biasa saja.. tp dr segi rasa tu, well lain org lain taste kan .. kat sini teda dominos so mmg tak boleh nak merasa la nampaknya...

    ReplyDelete
  5. baru nak try , tapi nmpak macam biasa pulak hmm

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. Iklan yang menyiksakan segala usus perut ni >_< hehe
    .
    Thanks for sharing kak FJ

    ReplyDelete
  7. Pedas ye? Samyang megi pun saya tak pernah makan sebab takut pedas..huhu

    ReplyDelete
  8. waaaa.. best.. rindu dominos pizza ni. dulu selalu order online. hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.