Book Review : Gantung

Sunday, 11 March 2018



Penulis : Nadia Khan
Publisher : Buku Fixi
Genre : Misteri/Horror/Remaja
Helaian : 293 muka surat/45 bab
Sinopsis :

“Musketeer Code – no all for one, one for all”

Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code: peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.

Sehinggalah peraturan itu dilanggar…dan seorang awek psiko mencetuskan tragedy yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian-

I have fun time reading Gantung bcs its only took me a day to finish this. Boleh jadi setengah hari je kalau straight baca tanpa buat kerja. Susah nak habiskan novel dalam masa singkat ni. Sampai rasa nak baca Gantung 2 tapi tak dapat sebab tak sampai lagi. So kena hold dulu and buat review dulu. Hihu.

Like most of reviews stated Gantung is the best, yupp I admit, it is the best book for fixi genre. Kandungan cerita, watak yang ada – Gibbs, Ray, KJ, Troll, Deepa, Fara semua memang cantik diceritakan. Same goes to Jeremy, Lina, Khalil and Cikgu.

Dalam buku Gantung ni you guys ken abaca 2 cerita yang berjalan serentak which will messed up your head tapi disebabkan karya santai ni cantik digarap so you guys tak ada masalah untuk enjoy the story. Cuma ada sedikit confusion bila dah sampai dekat part ending tu. Walaupun banyak persoalan yang terurai tapi masih ada lagi yang berbelit sebab timeline dia tu sendiri. Nadia tutup kelemahan cerita ni dengan plot twist dia.

But talking about plot twist, kalau dah selalu sangat layan cerita genre mystery, plot twist Nadia ni sekejap je korang dah boleh snap jari. Dari pertengahan cerita sampai ke ending tu you guys dah boleh tahu dah apa yang Nadia simpan tapi just follow the flow sebab nak tahu apa kisah disebalik misteri tu. Dan misteri tu tragedi yang menimpa Sekolah Menengah Cemerlang, Gemilang, Terbilang (SMCGT) 10 tahun lepas.

Sembang pasal tragedi 10 tahun lepas, ada macam tak logik sikit bila Thangakaliswaran boleh masuk dalam asrama sekolah tu untuk balas dendam. Tapi cerita fiksyen kan, so terima je lah walaupun ketidakadilan pada watak Gibbs, Fara dan Ray. I’m glad Fara finally boleh move on lepas 10 tahun dan bina keluarga macam manusia lain.

Even genre horror tapi tak seram sangat lah. Biasa je sebab cuma cerita sampingan. Standard sekolah asrama lah ada hantu tu. Genre novel ni lebih kepada persahabatan sebanrnya. Emosi jugak lah baca nak pula bila part Khalil recall balik kenangan dia dekat sekolah tu dengan cikgu. 

Can’t wait for the sequel and yupp, nak cari novel Kelabu jugak lepas ni sebab genre cerita lebih kurang sama dengan Gantung ni.

7 comments

  1. love fixi. Tetiba rasa mcm nak baca buku ni. sebelum ni dah pernah jumpa buku ni, tp x dak masa nak baca. so x beli. Mana nak dapatkan buku gantung2 tu ? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ada dijual di bookstore sebab permintaan meledak lepas drama Gantung :)

      Delete
  2. Dah baca keduanya.. menarik walaupun a bit dewasa ceritanya..

    ReplyDelete
  3. i can not wait to get my book... nak bacaaaaaa...
    atie jumpa online free read tapi they rewrites back in english.. so atie tak sureeeeeeee

    ReplyDelete
  4. fixi genre okay la. santai je kan baca

    ReplyDelete
  5. Buku fixi berjudul Kacau mmg seram kalau baca tgh malam. Buku gantung ni GV sendiri tak sempat abis baca lagi. huhu.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.