Pembikinan movie memang sesuatu
yang besar kepada seorang pelakon tapi yang membuatkan movie tu berjaya di
panggung haruslah audience. Di Bollywood 75% faktor tarikan terletak pada
strategi promosi dan marketing sebabtu
ada movie yang content melalut pun mampu dapat kutipan tinggi.
Kalau kutipan tak tinggi pun at
least balik modal supaya semua yang terlibat dalam pembikinan filem tu tak
rugi. Berbeza dengan dulu, promosi movie cukup dengan poster je tapi sekarang
public appearances sangat penting.
1. Hebahan Radio/Media Cetak
Radio dan media cetak memang main
peranan utama untuk promosikan filem baru sebab keberkesanan dalam menyampaikan
maklumat adalah tinggi even reach out ke kawasan pedalaman atau kampung. Biasanya
pelakon utama dalam movie tersebut yang akan involve dalam promosi ni.
Terpilih sebagai magazine cover
pun salah satu strategi jugak sebab majalah hiburan macam Filmfare, Femina,
Vogue, GQ, Elle akan temuramah pelakon utama dan buat photoshoot session tapi
tak semua pelakon dapat peluang ni.
2. Trailer Launch Event
Launching event untuk setiap
movie memang wajib ada untuk tarik semua wartawan dan penulis blog untuk hebahkan
tentang movie yang bakal ditayangkan. Selalunya yang hadir pengarah, barisan
pelakon utama, pengarah muzik dan penyanyi latar utama.
Masa ni trailer akan didedahkan kepada umum,
pengarah akan ceritakan serba sedikit konsep movie diorang, production house
mana yang terlibat, tarikh movie ditayangkan, jumlah lagu dan penyanyi latar, berapa
cinema yang akan tayang movie domestic dan antarabangsa dan sebagainya.
Kemudian akan ada sesi soal jawab between media dan barisan pelakon.
Ada juga movie yang buat Poster
Launch Event ataupun Songs Launch Event tapi production house yang kaya je lah
macam Dharma ataupun YRF sebab launching event ni makan kos. Ada juga movie yang bergabung trailer launch event macam movie Secret Superstar dengan Baahubali 2.
3. Social Media
Makin ramai pelakon yang guna
medium ni untuk promote movie baru diorang sebab lagi pantas dan Nampak lagi
dekat dengan fans. Antara social media yang wajib ada haruslah FB, Twitter dan
Insta. Selalunya barisan pelakon utama akan buat FB atau Instagram live session dengan fans
untuk sesi soal jawab ataupun #Ask di Twitter.
Ada juga yang gunakan challenge
untuk promote movie macam Dubmash Challenge, selfie, video yang related dengan
movie. Sebelum ni Salman Khan pernah buat poster digital untuk diberikan kepada
sesiapa yang letak hashtag movie Jai Ho.
4. Public Places
Muncul di tempat awam memang
antara yang wajib barisan pelakon utama buat untuk promosikan movie baru.
Sometimes ada pengarah yang join tapi boleh kira dengan jari je lah. Selalunya
promote di IPT, taman rekreasi ataupun shopping mall.
Pernah juga yang promote dengan
cara unik macam Anil Kapoor promote TV Series, 24 India dengan menaiki keretapi
bersama peminat ataupun Vidya Balan yang bergerak menggunakan rickshaw sambil pegang
poster missing untuk movie Kahaani. SRK pun pernah promote movie Raees di setesen keretapi. Penat tapi berbaloi.
5. TV Show
Appearance dekat TV show macam
Kapil Sharma Comedy Show, Koffee With Karan, Dance India Dance, Big Boss, Who Wants To Be A Millionaire India ataupun drama memang bagi exposure tinggi kepada movie.
6. Award Function/Pre,Post Party
Appearance pelakon di parti
ataupun award function memang penting sebab networking antara selebriti dan VIP. Ramai
selebriti yang datang masa tayangan perdana movie nanti dan bagi good review
terutamanya dari #TheKhans (Aamir, Salman & SRK) memang bagi pengaruh
tinggi sebab lain selebriti lain fans wave dia. VIP pula selalunya kalangan investors untuk bantu dana movie tersebut.
7. Charity Event
Charity event ni selalunya untuk
movie yang sarat dengan mesej social kepada masyarakat and approaching them
will attract positive review. Contoh macam team Padman bagi pad percuma di
sekolah dan kampung. Salman Khan buat jualan amal untuk yang memerlukan.
Tapi ada je pelakon yang gunakan
tempoh promotion ni untuk buat charity walaupun movie tak berkaitan sebab masa
ni je yang diorang ada untuk dekat dengan masyarakat. Contoh macam Deepika
Padukone launch awareness campaign untuk pesakit depression. Rani Mukherjee join awareness campaign untuk promote
movie Hichki.
8. Blind Item/ Gossips
Strategi ni walaupun nampak macam
negatif tapi sedikit sebanyak membantu jugak untuk movie. Selalunya strategi ni
untuk movie genre rom-com so jangan terkejut kalau pelakon bertukar pasangan
setiap kali movie baru keluar. Muka yang selalu sebarkan gossip tak lain tak
bukan, Karan Johar. Ratu Gossip Bollywood.
9. Sports
Kriket antara sukan yang paling
famous di India da nada beberapa selebriti yang mempunyai team kriket
tersendiri macam SRK, Preity Zinta, Aamir Khan and during match ada persembahan
dari pelakon so appearance dekat sini kira peluang emas. Tapi setakat datang
pun bagi exposure jugak kepada fans di stadium.
10. Music Album
Some movies memang bukan content-driven so tugas untuk buat
movie tu jadi bualan terletak pada pengarah muzik movie tersebut. Selalunya
movie Emraan Hashmi bukan pilihan utama di kalangan penonton tapi disebabkan
lagu-lagu yang best, movie dia mendapat perhatian.
Trend sekarang lagu cuma untuk promotion strategy tapi tak
masuk pun dalam movie. Kalau masuk pun berbeza dengan masa promotion macam lagu
Afghan Jalebi dari movie Phantom.
11. Fashion Show
Fashion show seperti Lakme Fashion Show ataupun Indian Jewellery Fashion Week pun bagi exposure juga kepada movie baru since di Bollywood pereka fesyen dan kostum turut main peranan penting dalam pembikinan filem so walk on their ramp can increase goodwill of the movie.
Banyak kan strategi untuk promote movie di Bollywood sana? Nampak macam mustahil nak buat tapi yang ni la yang selebriti buat setiap kali movie baru keluar. Selalunya promotional event akan berlangsung selama 2 hingga 3 bulan. Unlike in Malaysia, hebahan cuma di media sahaja. Mungkin industri kita boleh guna cara ni untuk promote movie.
Kadang-kadang geram bila pelakon Malaysia malas promote movie tapi salahkan penonton tak support movie tempatan. Bukan taknak support tapi tak tahu langsung movie yang bakal tayang. Yang tahu cuma kontroversi artis je lepastu mula la gigih membawang. Hihu
Rasanya kat sana Pelakon yang kena ambil hati fan terbalik dekat Malaysia, Artis pula yang rs diva walau tak semua la
ReplyDeletegempak la promotion dorang
ReplyDeleteFuhhh memang gempak la promosi diorang
ReplyDeleteMenarik kan cara diorg promosi. Rasanya kita pon kne buat camtu kalo ianya mndatangkn kbaikan. Blh ceduk ni ilmu baru ni. Sesiapa yg ada business tu blh la tu kaut sikit2 ilmu ni, cuma apply kat dlm business laa.
ReplyDeleteKat malaysia banyak guna cara gossips tu..huhu
ReplyDeleteMacam kat Malaysia juga lah kan
ReplyDeletediorg sgt cool
ReplyDeleteade certain yg kite buat esp gosip...kemain ha kat sini
ReplyDeletepeh!gempaknya cara dieorang promote... :)
ReplyDeleteBollywood ni memang strategik kan marketing diorang
ReplyDeleteyup kalau kat bollywood, pelakon utama memang akan rajin turun padang untuk promosi filem baru diorang, berbeza dgn kat malaysia yg kadang kala nak promote kat media pun tak cukup bajet haha, tu belum masuk bab pelakon yg malas nk promote filem / drama lakonan sendiri sampai bergaduh pula dgn penerbit / pengarah hihi.
ReplyDeleteCantiknyaa lah diorang ni kan. Tambah tambah Rani Mukherjee ^^
ReplyDeletesocial media platform paling laris untuk sesuatu promotion.
ReplyDeletelayan naagin.. hahaha
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. A SFRNFZL Giveaway
2. Yaeyyyy.. Menang GA Pokcikblogger
Nampaknya usaha keras mereka ni boleh kita tiru untuk meningkatkan marketing (tak kiralah bidang apa pun).
ReplyDeletehebat betul cara dorg promote movie dorg, kalau kat malaysia rasanya mcm tak nampak sangat dorg buat promosi gempak mcm ni.
ReplyDeleteaida peminat hindustan tegar.
ReplyDeletesgt suka tonton hindustan.
kat malaysia ni kena tgk bajet.
ada citer, kaw kaw promosi. dgn pelakon yg gah-gah.
ada citer, takde bajet, promosi pun takde.