Pencuci Kleenso Stain Remover Pilihan Hati

Tuesday, 20 February 2018


Sejak pindah rumah sewa baru ni tak pernah lagi cuci balkoni sebab dekat situ memang letak segala jenis tanaman so rasa macam tak perlu je nak cuci. Nanti kotor jugak but nope sakit mata pulak tengok kotor cenggitu and yesterday I’ve decided to clean it up. But since tiles melekat dengan kotoran tanah, cat tertumpah, karat apa lagi entah bila cuci dengan Mr.Muscle tak membantu sangat pun.


Masa masuk dulu, owner tak sempat cuci rumah sebab we’re kinda rush, haritu sign agreement, hari tu ambik kunci and hari tu jugak terus masuk padahal sepatutnya owner nak suruh masuk lepas dia upah orang cuci sebab rumah tu baru je lepas siap renovate. So ada la pencuci Kleenso yang berbaki dalam bilik air. Masa tu guna untuk cuci bilik air sebab Mr. Muscle dah habis cuci satu rumah. Masa guna tu macam pandang sebelah mata lah sebab tak tahu pun brand ni wujud and it looks cheap. By cheap I mean tak berkesan sangatlah since pencuci ni ada jual dekat DIY but wowww bila tuang je, sental sikit dah hilang. Since then, memang jadi produk wajib ada.

And yes of course lah guna Kleenso untuk buang segala kotor yang ada dekat balkoni rumah tu. Disebabkan semalam tak larat sebenarnya nak mencuci tapi gagahkan jugak cuci sebab menyampah dah tengok so some parts yang buat ala kadar je. But all in all I’m totally impressed with Kleenso. Tapi Kleenso ni busuk so lepas cuci dengan Kleenso, cuci lagi sekali dengan Mr Muscle sebab bau I Love You tu menusuk hati gittew. But a lil reminder here, Kleenso ni a bit corrosive jadi elakkan sentuhan secara direct. 





Dah siap cuci baru la rasa lega sikit tengok mini garden ni. Actually nak letak bean bag dekat corner tu sebab dekat beranda ni kalau petang memang bahagia lepak minum green tea sambil layan angin sedap je since ada hutan dekat belakang tu. Kadang nampak jugak species burung cantik terbang sana sini. Very peaceful lepas penat balik kerja. Tapi malam very creepy uolllsssss.

And oh, since pokok bendi dah keluarkan buah, gigih pagi tadi kutip dalam gelap sebab balkoni ni takde lampu hihu. Boleh lah campak masuk dalam kari ikan. Bendi ni terbantut ye sebab pasu kecik belaka. 



Finally dapat jugak merasa bendi hasil mini garden sendiri. Yeay! 

18 comments

  1. Habis bersih lantai tu FJ. Cuma bau dia je yg xsedap ye. Wah kalau dpt lepak atas bean bag memang syok dkt balkoni tu.

    ReplyDelete
  2. wahh kasi licin
    bestnye dpt mknan tanaman sndiri..
    xyh beli dah
    done follow sini
    salam perkenalan

    ReplyDelete
  3. wahh seronok nya banyak tanaman... hehehe... segar pulak tu...

    ReplyDelete
  4. tak suka tanam pokok sayur sebab selalu tak menjadi,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aduhhh kesiannya. Dulu pun banyak jugak yang mati sebab tak pandai menanam. Pastu belajar la sikit dari mak, dari penjual pokok ataupun blog :)

      Delete
  5. Wowww... dapat bendi dari mini garden. Terbaik la kak. Hihi. Terus balkoni tu nampak bersih dan segar. hihi.

    ReplyDelete
  6. Yg bawah tu win.. Sedapnya nmpk. Hahhaa fresh.. Cikyan suka bendi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sama lah kita suka makan bendi ni semua gara2 cerita ahmad albab dengan hindustan la ni

      Delete
  7. alahai cantik nya bendi tu..segar ja...

    ReplyDelete
  8. Wah seronoknya pokok dah berbuah..pokok sy tanam asek mati je. Ni ha tgh tunggu pokok carrot pulak mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tanam lagi pokok carrot. Ni pun tanam pokok yang basic & senang jaga je ni

      Delete
  9. Kuat gak Kleenso tu, lepas ni blh cari kat DIY.
    Btw, lampu kat balkoni tu memang xde (x dispasang) or lampu mati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah lampu balkoni memang takde. Nak tambah lampu sendiri pun nak kena tebuk lubang pulak. Kalau rumah sendiri beria la jugak nak pasang tapi rumah orang. Nanti nak kena tampal balik pulak. Costly

      Delete
  10. KAt rumah suka pakai Good Maid. memang terbaik kesan dia tapi bau dia teruk

    ReplyDelete
  11. Tahniah.. mesti seronok makan hasil.tanaman sendiri kam

    ReplyDelete
  12. Wah x sangka Kleenso tuh berkesan hilangkan kotoran.nanti nak beli jugsklah sebab memang guna Mr Muscle jugak

    ReplyDelete
  13. Untung berbudi pada tanah dapat jugak makan bendi.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.