Movie Review : Trapped

Friday, 23 February 2018

Related image

Director : Vikramaditya Motwane
Cast : Rajkumar Rao, Geetanjali Thapa
Genre : Thriller/Drama
Running Time : 1h 45m
Trailer :


Apa yang terjadi bila kita terperangkap dalam rumah tanpa bekalan elektrik ataupun air? Untuk satu hari pun dah buat sasau, apatah lagi seminggu? Tu yang terjadi kepada Shaurya (Rajkumar Rao) apabila dia tanpa sengaja terkunci dalam sebuah rumah yang dibeli untuk meyakinkan keluarga awek dia, Noorie (Geetanjali Thapa)  yang dia mempunyai rumah dan kerja yang stabil. Desakan dari awek untuk berkahwin dan dalam masa yang sama mempunyai sebuah rumah membuatkan dia membeli sebuah apartmen baru di bandar Mumbai tanpa fikir panjang kerana harga yang murah. Pelbagai cara dia lakukan untuk meminta bantuan dari dunia luar dan pelbagai cara juga dia lakukan untuk terus hidup dan keluar dari rumah tersebut.

Movie ni ditulis oleh Amit Joshi yang mendapat ilham apabila dia terperangkap dalam rumah selama setengah jam. Bermula dari situ dia berjumpa Vikram di Phantom Film kemudian Vikram menghantar tulisannya kepada Mehta dan Joshi yang kemudian menghasilkan 130 helaian skrip dan jalan cerita yang sesuai untuk movie Trapped. Yang menariknya movie ni walaupun fiksyen tapi masih lagi berpijak di dunia nyata. Ambil jalan mudah bila terdesak, lapar macam mana pun takkan mampu makan lipas untuk survive sebab tak pernah makan. Takkan mampu minum air kencing sendiri walaupun terdesak sebab tak pernah minum. Watak Shaurya cuma manusia biasa.

Related image

Dalam movie Trapped, Shaurya terperangkap di apartment di tengah kota yang pesat membangun. Walaupun dikerumuni dengan manusia tapi semua tak ambil peduli dengan benda lain sebab masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. Tambah pulak bila tak ada siapa pun yang perasan Shaurya dah lama hilang sebab busy dengan life masing-masing. Part yang ni buat rasa emosi sangat sebab terfikir nanti bila kita hilang ada tak yang mencari?

Selalunya movie genre survival ni, director prefer slow-pace but not for Trapped sebab Vikram taknak audience bosan bila tengok perjalanan hidup Shaurya dalam rumah terbiar tu. And yes, the decision is right sebab memang curious sangat apa dia nak buat untuk keluar. Every decision yang dia ambil ada consequences. Even dah hampir keluar tu pun ada lagi ujian dia sampai rasa baik mati je lah senang. Bukannya ada yang peduli pun.

Movie Trapped sebenarnya dah siap pada tahun 2016 lagi untuk ditayangkan di Mumbai Film Festival & terima banyak pujian daripada penonton & juri thus won Best Asian Film Award di Neuchatel International Fantastic Film Festival tahun 2017. Mac 2017 baru ditayangkan di cinema tapi kurang mendapat sambutan sebab genre movie survival. But still you guys won’t be disappointed with Trapped sebab storyline dia memang bagus dengan persembahan mantap dari Raj. Fun fact, Raj dapat penghargaan di Filmfare Award melalui Critics Award for Best Actor tahun 2017 untuk watak Shaurya. Same goes to Best Editing & Best Sound Design.

Walaupun jalan cerita dah dapat agak tapi outcome tu mungkin takkan sama dengan apa yang kita fikir & yang paling penting mesej tersirat dalam movie ni mungkin bagi kesan lama kepada diri.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

5 comments

  1. mesej dia macam nak perli org kat bandar kan? tak ambil berat each other. masing2 sibuk dgn diri sendiri

    ReplyDelete
  2. macam best ceritani! btw follow sini ^^ #278 https://sayesyadiya.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. brapa lah gaknye durasi dia... typical story tapi presentation yg berbeza

    ReplyDelete
  4. Uish.. Macam menarik je.. and my list to watch makin panjang.. Kikiki

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.