Cast : Nicolas Cage, Selma Blair, Anne Winters, Zackary Arthur, Olivia Crocicchia, Brionne Davis, Samantha Lemole, Lance Henriksen
Genre : Thriller/Horror
Running Time : 83 minutes
Trailer :
Dah lama tak tengok dark comedy and Mom And Dad ni not bad
lah. Sambil iron baju bolehlah nak layan. MAD mengisahkan tentang pasangan
Kendall (Selma Blair) & Brent (Nicolas Cage) yang fedup dengan kehidupan sebagai ibu bapa kepada dua
orang anak mereka, Carly (Anne Winters) & Josh (Zackary Arthur). While Brent already giving up with his
life, Kendall still hoping things turn out to be different but Carly & Josh
keeps making it hard. So one day, dalam kelas Carly ada dua orang classmate kena
panggil ke bilik pengetua tanpa sebab. Tak lama lepastu kereta polis datang thus ramai yang curious apa jadi dekat sekolah sampai polis datang.
Nobody knows the reasons why. Tiba-tiba semua kena suruh keluar berkumpul di
dataran sekolah tapi tak dibenarkan keluar dari pagar sekolah.
Di luar pagar sekolah ramai parents berkumpul dengan muka
ganas dan dikawal ketat oleh polis. Parents di luar pagar akan panggil nama anak
diorang tapi polis sedaya-upaya halang. Memang confuse sangat scene ni.
Bila ada student beria nak pergi dekat parents dia walaupun polis larang, dia
dibunuh oleh parents dia depan semua orang. Memang menggelupur lah semua orang
bila tengok and parents pulak makin mengganas bila tengok anak-anak diorang
lari. Maka bermula lah episode pertarungan antara anak dan parents. Tak
kisahlah anak baik ke patuh solehah dengar cakap ke semua kena bunuh dengan
parents sendiri. Tapi parents ni akan bunuh anak sendiri je, tak kacau anak
orang lain. Ha’ah guys takde episode makcik bawang dekat sini.
Carly dengan bff dia, Riley lari balik rumah Riley sebab
rumah Riley kosong so selamat lah nak berlindung tapi silap tekaan diorang bila
mak Riley ada dalam rumah dan bunuh Riley. Berlari Carly balik rumah nak
selamatkan adik dia, Josh. Dengan bantuan pakwe dia, Carly berjaya selamatkan
Josh tapi tak lama bila parents diorang balik rumah untuk bunuh diorang. Second
half memang penuh dengan strategi peratrungan between Kendall, Brent, Carly
& Josh & some flashback. Tambah teruk bila grandparents diorang datang
untuk bunuh parents diorang tapi dalam masa yang sama lindungi diorang berdua.
Chaos much? I know.
Since movie ni dark comedy, scene pembunuhan tu tragis betul
la. Ada yang belasah anak dengan kayu besbol sampai mati. Ada yang cekik sampai
mati, ada yang tikam dengan pisau. Merata-rata bersepah dengan darah. Muka
memasing pun takde perasaan. Tak tahu siapa yang mulakan revolusi ni Cuma diorang
kaitkan virus ni dengan perangai babi bilamana babi akan membunuh anak-anak dia
bila anak-anak dia ni menyusahkan dia.
Movie ni kreatif la jalan cerita dia tapi jadi horrible bila tertanya-tanya apa punca, siapa yang mulakan revolusi ni, apa penawar dia
sebab tak adil lah semua anak-anak kena bunuh sedangkan yang buat perangai tu
bukannya semua lagipun parents yang beria bunuh anak-anak tu pun, dulu sama jugak pernah buat
silap dengan parents sendiri. Lagi sakit hati bila baby pun kena bunuh jugak.
Geram jugak dengan Brent beria nak mengamuk geram dengan
kehidupan sebagai bapa bila stamina tak bagus macam dulu, fizikal pun tak
semenggah & penat dengan perangai anak-anak dia sedangkan dia masa muda pun
sama teruk jugak. Kenapa perlu salahkan anak-anak dia bila fizikal dia berubah
padahal kalau dia amalkan gaya hidup sihat, perut takkan buncit pun. Lagipun
apa yang dia expect? Kulit dia akan sentiasa tegang sampai mati ke? Revolution
ni somehow empty-minded and emotional due to mid-life crisis. Diorang punya
marah tu as if anak-anak diorang memang teruk sangat sampai tak pernah bagi
kebahagiaan langsung dalam hidup diorang padahal diorang yang decide nak settle
down and have kids. Doltish American parents.
But its great to watch Nicholas Cage in a different avatar. Selalunya dia berlakon watak ayah penyayang, suami penyayang, manusia suci murni je tapi dalam movie ni memang ngeri betul tengok kegigihan dia membunuh tu. Sama jugak dengan Selma Blair bila dia mampu berubah karakter dari ibu penyayang kepada ganas dan saiko. Its fun to watch but it turns out to be annoying with pointless story.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 0.3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 6.4/10
Jalan cerita ini sangat unik. GV confirm akan tgk cite ni nanti. Wah, tadi cite pasal boleh bau sampai 2km, dan ini midlife crisis. Oh, GV baru tahu khinzir akan kill piglet sendiri kalau piglet tu cannot go with the situation. huhu.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
alright.. this on the list
ReplyDeleteatie tak baca review.. just tgk genre horror.. i love it already ^^ sankyuu
tetiba rs cm seram laa plak nk tgk cite ni ;-)
ReplyDeleteFatin pon sukaa tengok citer yang genre horror. Even ada penakut sikit. Hahaaa
ReplyDeletelain mcm nye cite dia ni
ReplyDeleteJalan cerita ini sangat unik. GV confirm akan tgk cite ni nanti. Wah, tadi cite pasal boleh bau sampai 2km, dan ini midlife crisis. Oh, GV baru tahu khinzir akan kill piglet sendiri kalau piglet tu cannot go with the situation. huhu.
ReplyDeleteAduh.. byknaksi Ganas ni..mama x suka
ReplyDelete