Movie Review : Along with The Gods : The Two Worlds

Monday, 19 February 2018

Image result for along with the gods

Director: Yong-hwa Kim
Cast : Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun, Ju Ji-hoon, Kim Hyang-gi, Kim Dong-wook, Do Kyung-soo
Genre : Fantasy/Drama
Running Time : 139 minutes
Trailer :


Lately banyak sangat tweet pasal movie AWTG ni sebab ramai yang kata best. Tengok dekat Pencurimovie pun dah keluar HD so try lah tengok. Tak sangka betul movie ni bagus. Rasa insaf betul walaupun garapan ikut kitab agama lain tentang Hari Neraka dan cara diorang hisab amalan si mati. Tapi gambaran diorang ni tak seteruk gambaran kitab kita lah but still insaf hoi. Tapi kejap je lah. Manusia kan. Hihu

AWTG mengisahkan tentang roh mulia, Kim Ja-hong (Cha Tae-hyun) yang meninggal selepas selamatkan seorang budak perempuan dari bangunan yang terbakar. Diiring oleh 3 penjaga, Gang-rim (Ha Jung-woo) sebagai ketua penjaga, Haewonmek (Ju Ji-hoon) penjaga keselamatan dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi) dengan keupayaan untuk melihat semua amalan si mati menemani di setiap perbicaraan iaitu di Neraka Pembunuhan, Neraka Kemalasan, Neraka Penipuan, Neraka Pengkhianatan, Neraka Ketidakadilan, Neraka Keganasan dan Neraka Keluarga.

Dalam setiap perbicaraan akan ada 2 orang pendakwa yang akan menilai setiap tindakan si mati semasa hidup di dunia dan sehabis boleh akan membuatkan si mati jatuh ke dalam neraka sekiranya dewa/dewi membuktikan dia bersalah. Tapi disebabkan Kim Ja-hong ni roh mulia so ada beberapa neraka yang dia boleh skip dan perbicaraan dia pun tak lama sebab orang baik. Ada sebab kenapa dia diiring oleh 3 penjaga sebab penjaga-penjaga ni pun ada dosa diorang tersendiri pada masa lampau yang perlu ditebus. 

Image result for along with the gods

For first half memang menarik tengok konsep Hari Akhirat dan perbicaraan diorang tapi masuk second half ada masalah yang berkait dengan Kim Ja-hong. Ada dosa dia yang buatkan dia tak boleh dapat kelahiran semula dan impian dia untuk berjumpa ibu dia dalam mimpi akan ditarik balik. Sebelum Kim Ja-hong meninggal dia tak sempat nak berjumpa dengan ahli keluarga so harapan nak berjumpa dengan ibu dia untuk minta maaf memang tinggi sangat sampai dia sanggup buat apa saja supaya dia dapat jumpa ibu dia kali terakhir. Tapi satu demi satu dosa besar dia tersingkap melalui Cermin Karma. Mampu atau tak Kim Ja-hong berjumpa dengan ibu dia dan minta maaf? Betul atau tidak dakwaan dia roh mulia? Tu semua kena tengok sendiri lagipun tak rugi you guys tengok sebab dekat Korea sekarang movie ni adalah movie kedua yang tertinggi jumlah kutipan di box office dalam sejarah perfileman Korea. 

Image result for along with the gods

Ditambah pulak dengan visual yang cantik memang power part Gang-rim kejar roh jahat yang berdendam dengan Kim Ja-hong, scene ribut pasir sebab roh berdendam & ada banyak lagi scene yang lain memang wow sangat onscreen. Ini semua hasil kerja tenaga 300 pereka seni grafik dan technician yang dilantik untuk menghasilkan visual sinematografi cantik dibawah kelolaan salah sebuah VFX studio yang terbesar di Asia, Dexter Studios. Even the background music buat tambah feels tu. Intense betei part Neraka Penipuan tu. 

Disebabkan kisah Kim Ja-hong ni berkisar tentang kehidupan dia bersama ibu dia yang bisu dan seorang lagi adik lelaki yang dibesarkan dalam kehidupan yang serba daif so its filled with emotion. Nak pulak bila masuk part terlerai misteri kenapa Kim Ja-hong ni roh mulia walaupun banyak dosa besar yang dia buat. Menangis berjejer air mata tak boleh nak tahan sebab tengok dengan family malu lah kalau nangis tapi tetap nangis jugak sebab sedih wei part hujung tu masa dekat Neraka Keluarga. Yang lain pun sedih jugak tapi boleh cover macho lagi tapi dekat Neraka Keluarga tu padu betul director buat kerja. Kalau korang hati tisu, jangan tengok ramai-ramai. Tengok sorang-sorang tapi kalau korang homesick, better jangan tengok sebab rasa nak mintak maaf dengan family, dengan Tuhan, dengan pets ah semua lah kalau boleh sebab perangai tak semenggah. 

Related image

Disebabkan movie ni power, tak sabar nak tengok sequel, Along With Two Gods : The Last 49 Days sebab sequel actually diorang dah siap dah, diorang berlakon serentak dengan yang first chapter ni. Kalau ikut schedule dalam pertengahan tahun keluar lah sequel. I recommend you guys tengok movie AWTG ni. Tak rugi & rasa insaf tu memang menusuk teruk. Lepas tengok movie ni solat taubat terus baq hangggg.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

19 comments

  1. Wah. Macam best. Memang ada tgk org dok sebut pasal movie ni. Thanks farhanna.
    Malam karang boleh la layan citernya :) Tak sabar hehe.

    ReplyDelete
  2. suka Cha Tae-hyun tapi tak suka citer camni...

    ReplyDelete
  3. Dulu zaman study wajib maraton movie sbb banyak masa terluang. Now dah tak sempat nak melayan. Hahaa

    ReplyDelete
  4. Rajin betul akak review movie! ^^ heee :3 it's a nice review but Hana layan Barbie je hahaha ^^

    ReplyDelete
  5. Ramai tau suggest suruh tengok movie ni. Macam tunggu kat tv je nanti. Or kat website.

    ReplyDelete
  6. Husniey suka tengok movie ni.. Menangis part last yang dengan mak dia tu..
    Deep sangat movie ni ada nilai murni

    ReplyDelete
  7. nampak menarik tapi tak rajin nak tgk movie skrang..hihi

    ReplyDelete
  8. dah tgk movie ni 2 hari lepas, mmg best n rasa insaf plak especially part last tu

    ReplyDelete
  9. Nak sangat tengok movie ni tapi tak sempat T_T

    ReplyDelete
  10. x igt dah tgk ke belum cter ni..
    mcm dah pernah tgk...

    ReplyDelete
  11. 2 kali sy baca title... saya sebut 'along' hahahahaha

    ReplyDelete
  12. siyes la da kuar
    kene tgk ni'member kate filem wajib tgk

    ReplyDelete
  13. 10/10. Cite ni mmg best sangat. GV tgk banyak kali. Part Neraka Keluarga tu mmg tacing abis. Menangis tgk movie ini. Rasa puas abiskan masa 2 jam lebih tgk cite ni. Tak sabar nak tunggu sequel movie ini. :D

    ReplyDelete
  14. Macam best cter ni tapi xde masa nak tgk..aish

    ReplyDelete
  15. Kreatif nya org yg buat cerita ni

    ReplyDelete
  16. Belum tengok lagi. Kena tunggu the next days off baru boleh tengok movie ni.

    ReplyDelete
  17. serius.. movie nie memang best dan memberikan keinsafan.. terutama sekali part yang dia tegur mengenai media sosial tu.. Sha tengok dan enjoy.. Mana yang baik kita follow..

    ReplyDelete
  18. tak sabar nak tengok cerita nih

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.