Kafe Stalkers Fattah Amin, Kota Damansara

Wednesday, 14 February 2018


Dari tahun lepas lagi nak pergi Stalkers Cafe ni sebab kawan ajak plus dekat je dengan rumah. Dan haruslah berpaksikan harapan nak jumpa Fattah sekali tapi jumpa kadbod dia je HAHAHAHA cisss.

Actually nak pergi makan dekat Restoran Grease Seksyen 13 tapi tutup pulak so menapak ke Kota Damansara. Masuk dekat kawasan Sunway Giza ni memang menyampah sikit sebab limited carpark space & pegawai majlis pun rajin buat kerja kalau park dekat tempat terlarang. Nak pulak pergi masa lunch hour, memang orang kata cari nahas lah. Tapi okay je tadi cuma tak berapa nak perasan kafe ni sebab dia satu lot je. Tak besar mana pun. Muka Fattah pun takde dekat bahagian luar so at first macam was-was betul ke tak kafe dia. Bila masuk bersepah muka Fattah so betul lah tu hihu.

 

Image result for stalkers cafe

Menu dekat kafe ni tak banyak pun, ada yang baru kena padam, ada yang baru tambah and I spotted something sweet, Fazlova awwwww #Fattzura vibe guys ❤❤❤ 
  



Since tak pernah baca review pasal Stalkers cafe and takde special recommendation dari cafe ni, I just ambil yang cepat masak plus dah buang masa dekat Shah Alam tadi & we have to go back to office asap sebab ada JKR inspection. So we chose Nasi Butter Chicken, Tempura Fish & Chips, Devils Chocolate, Caramel Macchiato & Caramel Snickers Cheesecake for dessert. 


Nasi Butter Chicken dia sedap guys serious tak tipu cuma ayam keras sikit but it just nice sebab terasa crunchy ayam tu. Kuah dia pulak tak muak maybe guna fresh milk & bukan susu tin macam orang lain suka pakai tu. Ada beza susu tin dengan fresh milk sebab susu tin bersepah gula memang manis yakmatt sampai kembang tekak but this one is perfect for my tekak and my hati hihu. Portion nasi dekat cafe ni banyak tau, ni pun sebab mintak nasi separuh. Tengok akak meja depan tu order menu sama lagi banyak nasi dia sampai kongsi dengan anak. 


Tempura Fish & Chips pun sedap sebab tak bau hanyir ikan macam makan dekat Foodsbury Cafe. Isi pun lembut and kat luar terasa rangup dia cicah pulak dengan tartar sauce memang nyummmm! 

 

Idk the taste of Devil's Choc tapi kawan cakap puas hati minum sebab banyak so does mine. 



And for Caramel Snickers Cheesecake ni pulak, sedap tu sedap tapi manis betul sampai boleh potong kaki. Dah minum air caramel, cake pun caramel habis lidah pun boleh kena diabetes. 

Idk about you guys but for me in term of price memang affordable lah, tak mahal sangat & tak murah sangat, kena lah dengan kesedapan makanan-makanan yang diorang offer. Plus, the service is good and cutlery pun bersih. I memang suka cafe/restaurant yang provide cutlery bersih and berkualiti bukan yang jenis nipis tunggu masa je nak bengkok ataupun patah. Decoration pun cantik, kalau nak bergambar pun bersepah port cantik. Cuma menyampah satu je kenapa takde lagu Fattah Amin ataupun Fazura langsung dekat kafe ni padahal ni kafe dia? Grrrrr 

I will definitely menapak dekat sini lagi and recommend you guys datang sini untuk makan lagipun ada lagi menu yang nak try tadi tapi tangki kecik je so kita behave lah hihu. Yang belum pergi lagi try lah nanti! :)❤🌸

21 comments

  1. bestnyaaa..nampak sedap..kalau berkesempatan saya nak ke sana juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la singgah makan kat sini, mana tahu jatuh hati ;)

      Delete
  2. masa baca tajuk entri, terus terfikir ni nak gi stalk fattah ke ape ni??! hahaha btw nnti aida nak try jugak lah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha nak stalk jugak tapi kadbod je ada. Try lah nanti up review tau :D

      Delete
  3. Jadiklah jumpa yg kadbod je haha.. air dia nampak menawan laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha ikutkan hati nak angkut bawak balik. ha'ah nampak menawan, rasa pun sedap :D

      Delete
  4. Sebelum datang make sure solat hajat dulu hehehe ^^ kalau nak jumpa Fattah Amin lah hahah! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha pun boleh jugak tu asyik terlepas je nak jumpa dia

      Delete
  5. Menu dia nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  6. wow2.klu dkt dah terjah ni..:)

    ReplyDelete
  7. Menu2 nampak macam sedap2.Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  8. Bila la boleh pergi ni hihihi by the way Caramel Snickers Cheesecake nampak sedap yang amat, terliur kita hahaha

    ReplyDelete
  9. my friend every week pegi sana haha

    ReplyDelete
  10. perghh. tak boleh tgk dia nye Devil's Choc tu... adusss..

    ReplyDelete
  11. Bestni.. makanan pun nampak sedap-sedap. Thankz info ni.

    ReplyDelete
  12. Review ini buat sha teringin menjejak kaki disini dan mencuba.. Bukan sebab Fattah (tak minat fattah) tapi sebab makanan tu nampak ohsem..

    ReplyDelete
  13. pernah tgk dlm tv kafe ni.
    tak ingat program pe :)
    masa tu fattah tak glamer cam skang.
    masa tu dia diperingkat awal dgn nilopah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.