Laksa Utagha Yang Simple & Sedap

Saturday, 13 January 2018

Dah berhabuk teruk rasanya labels resipi ni sebab masak pun malas. Kalau masak pun resipi tu je lah ulang-ulang sampai bosan. Tapi kali ni saja buat laksa sebab ikan kembung murah je, 8 hengget sekilo. Besar pulak tu. Kalau besar ni senang nak asingkan tulang nanti. 

Buat laksa utagha ni paling senang sangat dalam dunia ni cuma part asingkan tulang tu rasa renyah sikit. Tapi kalau dah suka makan, takde maknanya kesusahan itu. Untuk kuah laksa, I've noticed ada orang letak stok udang, ada yang letak belacan untuk sedapkan kuah. Untuk pekatkan atau tambah isi kuah ada yang tambah tisu. Ehhhhh?

Image result for laksa penang

Untuk resipi ni tak ada yang beza pun dengan resipi biasa korang jumpa. Cuma untuk tambah isi kuah tu since ramai yang mengomel ikan kembung dah mahal so laksa tak boleh nak buat. But my mom ajar kalau nak tambah kepekatan kuah tu masukkan sengkuang. Tak kacau pun rasa kuah laksa tu. I boleh masak satu periuk besar tu cukup untuk 10 orang makan since my first time try masak laksa was back in my uni days dekat Segamat. 

Resipi ni tak guna udang ataupun belacan tau sebab my family allergic with these 2 ingredients. Kang naik jerawat pulak muka campur gatal-gatal lagi. 

Okay untuk bahan-bahan laksa utagha ni :

Bahan A
- Ikan kembung 1 kg 
- Asam keping 4 keping
- Garam 1 sudu
- Air 3 liter

Bahan B
- Bawang besar 3 biji
- Cili kering 30 biji [dipotong & direbus]
-  Sengkuang 1 biji

Bahan C
- Bunga kantan 3 kuntum
- Daun kesum 1 ikat
- Garam [ikut tekak masing-masing]
- Minyak masak 3 sudu

Bahan D
- Laksa
- Lada Hitam

Bahan E 
- Telur [direbus]
- Timun
- Salad
- Limau Kasturi
- Cili padi [dipotong halus]


Cara-cara:

1. Rebus Bahan A

2. Sementara tunggu Bahan A, prepare Bahan B kemudian blend. 

3. Dah siap rebus Bahan A, asingkan isi dengan tulang ikan kemudian blend isi ikan dengan air rebusan ikan tu tadi. 


4. Kemudian blend tulang ikan dengan baki air rebusan yang ada tadi. Dah siap blend, tapis untuk asingkan tulang yang tak hancur. 


5. Panaskan periuk, masukkan minyak dan Bahan B. Masak sampai kering minyak. 

6. Masukkan Bahan B kemudian gaul sampai sebati. Kalau rasa air kurang, tambah la sikit. Lepastu masukkan Bahan C. Sementara tunggu kuah laksa masak, rebus Bahan D. The reason why masukkan lada hitam sekali sebab laksa ni sejuk. Kalau yang jenis urat tak tahan tu mula la kembung perut. Kalau masukkan lada hitam ni, makan 3 kali tambah pun boleh relaks je lagi. 


7. Dah siap, hidangkan and makan dengan Bahan E!


Senang je kan? Sekejap je dah siap boleh makan satu family. Yang tak pandai masak pun boleh campak je bahan ni semua lepastu siap. Tak payah pergi kedai sebab dekat kedai memang kedekut bab kuah. Buat sendiri makan satu periuk pun takpe. Selamat mencuba!

9 comments

  1. not a fan of laksa utagha but pernah makan n it taste good

    ReplyDelete
  2. Memang part nk asingkan tulang ikan tu agak bercinta lah. Tapi sebab fav punya pasal ku gagahkan jua. Dah siap masak, bertambah makan.

    ReplyDelete
  3. Even tahu bahan tp mmg xnak masak.haha.. sbb suka air tangan org lain..mmg peminat laksa utara..

    ReplyDelete
  4. Nice sharing..Terliur..Fevret kite nih..Huhu

    ReplyDelete
  5. Good resepi kak Farhanna. Kak mmg pandai masak ni. Laksa utara mmg sodap. Hihi. :D

    ReplyDelete
  6. Wah, laksa utara, mesti awak terror masak masakan nie, kan.. hihi sebab daripada gambar tue nampak sedap jea..

    ReplyDelete
  7. Fuhh saja tauuu. Semalam nak beli dekat pasar malam tak sempattt!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.