Cast : Ji Sung, Kwon Yuri, Eom Ki Joon, Oh Chang Seok, Uhm Hyun Kyung
Genre : Crime thriller/Mystery
Running episodes : 18 episodes
Trailer :
Sekarang ni tengah viral pasal drama Defendant ni best untuk tahun 2017, and yes I do admit this drama worth all the attention. Not sure drama ni underrated ke tak since genre mystery ni tak ramai yang minat but I love this piece.
At first masa adik recommend drama ni semuanya sebab Ji Sung since lakonan dia power dalam Kill Me Heal Me & Secret Love. Drama lain tak tengok lagi so jangan tanya. Bukan sebab dia handsome tapi sebab dia berlakon power. 9 character berbeza dalam satu movie dia buat cantik je. I'm a fan!
So back to this drama, a bit of synopsis for this drama :
Park Jung Woo, prosecutor hebat di Korea mengalami amnesia sementara setelah dijatuhkan hukuman mati selepas membunuh anak dan juga isterinya di apartmen mereka tanpa motif. With solid evidence and his confession in murdering them, mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada Park Jung Woo. Ramai yang susah nak percaya Jung Woo yang lakukan jenayah tu sebab dia sayang keluarga dia plus there's no ulterior motive at all. Sepanjang tempoh dia dipenjarakan, dia mencari motif dan ingatan yang hilang semasa kejadian ngeri tu berlaku. Dengan bantuan peguam dia, Eun-hye, adik iparnya, Tae Soo dan kawan-kawan penjara yang lain, Jung Woo mencari ingatan yang hilang & selesaikan misteri pembunuhan keluarganya.
Based on first episode, geram jugak lah sebab ada resemblance movie Shawshank Redemption, lelaki yang membunuh isteri sebab curang tapi hilang ingatan masa kejadian tu berlaku & jatuh hukuman penjara seumur hidup. Dengan bantuan kawan penjara, dia berjaya lari dan mulakan hidup baru. Ground base hampir sama tapi disebabkan character development, storyline, watak antago and plot twist buat cerita ni best. Habis satu episod eager to watch another episodes sampai lah habis. Since hero amnesia & evidence pun tak berpihak pada dia susah jugak nak percaya yang dia sebenarnya tak bersalah. Only he himself can prove it. Even dah tahu pembunuh siapa but still nak tahu macam mana dia bunuh and other unexpected things happened lah.
For acting chop, Ji Sung proved again he is the scene-stealer nak pulak dengan dua karakter berbeza which him in past and him in present time. From a strong character turns into vurnerable and sick. Supporting cast macam Yuri pun not bad lah. At first macam doubtful jugak mampu ke tak Yuri berlakon tapi lepas Yoona pun dah improved dalam drama K2, I guess she did improve cuma tu lah banyak lagi kena asah lakonan dia especially emotional scene. Tbh watak dia sedikit lemah dalam drama ni. Jadi peguam tapi slow, no wonder lah selalu kalah. Malang betul Jung Woo dapat peguam macam dia T.T
Even Um Ki-joon berlakon sebagai kembar dalam Defendant tapi screentime untuk watak yang berbeza tu tak lama pun. Dia antara salah satu watak besar dalam drama tapi antara salah satu benda tak logik yang wujud selain dari duit dia. Cha Sun-ho dengan Cha Min-ho berbeza karakter, yang seorang pendiam, yang satu lagi kaki parti. Dah lah tu dia tak pernah ambik port langsung hal business ayah dia tiba-tiba bila kembar dia mati & dia ambil alih tempat kembar dia amboi kemain jadi perfect copy. Perfect 100%. Even weakness & perbezaan dia keluar pun hampeh takde langsung yang perasan. The thing is dia tak fokus pun dengan business dia, tapi lebih habiskan masa untuk tutup jenayah dia sebelum ni. With heavy baggage he carry with him all the time, ada pulak masa dia untuk focus jadi perfect copy Cha Min-ho. But I must say lakonan Um Ki-joon sama level bagus dengan Ji Sung dalam drama ni. And that's what makes this drama compelling enough to watch.
Drama Defendant ni macam sinetron pun ye jugak sebab hilang ingatan lepastu watak orang kaya memang berkuasa teruk dengan status & duit dia. Semua dia suap guna duit. Mungkin sesuai lah kot dengan tema drama ni, corruption tapi overdoing it might kill the story? Tapi geram tu tak lama lah sebab ada jugak yang berjiwa murni sanggup gadaikan nyawa tegakkan kebenaran. Tapi mengah jugak lah nak tunggu sampai 18 episod. Nasib lah tengok guna video speed 1.5, boleh lah habis cepat. Kadang tu kalau penat sangat naikkan sampai 2.
Cinematography, editing and audio pun bagus dalam Defendant. Its not memorable macam soundtrack and cinematography Goblin but it is enough to spellbinding the drama. Nak pulak bila keluar instrumental ni, rasa saspen tu mencanak lah walaupun dah dapat predict apa jadi.
All in all, drama Defendant ni best untuk fans Jisung dan fans genre mystery thriller. If you guys aren't in both, mungkin lepas dapat hint siapa yang bunuh, terus tekan pangkah & layan drama lain since drama ni slow pace. Actually Defendant ni 16 episod je tapi director tambah lagi 2 episod sebab rating meningkat. That's why ada part yang nampak draggy.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +1 = 7.2/10
hehe suka Jisung. tengok Kill Me Heal Me pun awesome dia main brapa watak memang best. citer ni menang award kan.. layak la tu bagus2. tapi tak minat genre ni.. sokong Jisung dari jauh jela ngeh3..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
banyak sgt tengok drama pasal prosecutor sebab tu drama ni tak masuk dalam my list..hehe btw nice review :)
ReplyDeletemacam best je. tp tak boleh tgk, takde tv kat rumah sewa. huhu
ReplyDeletesedih sbb x smpt tgk lg
ReplyDeleteReview best.. Sis suka tengok drama berunsur jenayah dan undang-undang mcm ni..
ReplyDeletehehe suka Jisung. tengok Kill Me Heal Me pun awesome dia main brapa watak memang best. citer ni menang award kan.. layak la tu bagus2. tapi tak minat genre ni.. sokong Jisung dari jauh jela ngeh3..
ReplyDelete