Biskut Mamee Monster Biskidz

Saturday, 13 January 2018

Siapa pernah makan biskut dari Mamee Monster ni?


Masa shopping barang dapur untuk rumah mak, pergi section biskut sebab adik-adik suka makan biskut and by chance ternampak la Mamee Monster Biskidz ni. Tak pernah try, tak pernah tengok iklan dia tapi dia terletak dekat eye level so it must be doing great at market. Ke tak? Hihu

Lama jugak lah berfikir depan rak tu nak ambik ke tak sampai orang kedai tu datang tolong berfikir sekali. Dia kata ramai yang beli so terus je lah grab. Penat pulak berdiri lama-lama. 

Balik rumah ambik la dalam 2 bungkus bawak pergi office sebab pukul 10 mesti lapar. Nak makan berat, lunch dah nak dekat, so makanan ringan sangatlah membantu. 



Mamee Monster Biskidz ni ada 3 flavor, susu, coklat & rumpai laut but I chose chocolate lah sebab choc idaman hati. Biskut ni nipis je, sekali masuk je dalam mulut. Kalau masuk dalam mulut budak-budak tak muat lah kot. Perangai sangat kan makan biskut budak-budak. The best thing is, biskut ni crunchy maybe sebab dia nipis kot tapi memang best lah makan. Punya lah best makan biskut ni bila habis satu tarik lagi satu masuk dalam mulut. Sampai naik meroyan sebab dah habis satu bungkus. 

Since biskut ni untuk kanak-kanak, biskut ni tinggi dengan khasiat untuk tumbesaran kanak-kanak antaranya vitamin A1, B1, B2, B3, B5, B6, B12, D dan E. Banyak kan? So tak payah runsing nak cari makanan ringan apa yang bagus untuk budak-budak. Nak pulak ada DHA untuk perkembangan otak. Sesuai lah sangat dengan diri ini yang selalu termakan semut. 

Yang mana belum try, you guys have to try this sebab biskut ni sedap, berkhasiat & berbaloi. Beli 1 pek tak cukup, kena buat dalam tin besor gittewww. Tak sure harga 1 bungkus berapa since beli banyak-banyak masa tu. Maybe around RM4. Try lah, mana tahu jatuh hati jugak :)

2 comments

  1. tried this once and sedap gila. hahahah i love it

    ReplyDelete
  2. Dah try jugak. Okaylah tapi kalau budak budak mesti lagi suka kot.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.