Rasa Murung atau Kemurungan Klinikal?

Thursday, 21 December 2017

'Rasa murung lah hari ni'
'Dah all out dah tapi hasilnya hancur jugak, down lah macamni!'
'Sedihnya rasa hari ni. Tak rasa nak buat apa pun. Nak stay dalam bilik je. Taknak jumpa orang lain'

Selalu kan dengar orang cakap macamni? Ataupun diri sendiri yang cakap perkataan macamni ataupun rasa macamni? Before you jump into a conclusion that you have been hit with Depression, let me tell you it is not. Rasa down, rasa murung, rasa sedih memang penyebab kepada kemurungan tapi tu cuma mood depression. It is normal for people to have it bila kita di tahap kesedihan & manusia normal akan bangkit balik macam biasa, teruskan kehidupan macam biasa sebab mood depression cuma satu stage kesedihan yang biasa manusia akan tempuhi. Biasanya akan berlarutan sehingga seminggu. Itu normal, bukan penyakit. Kalau lebih dari seminggu go seek medical help. 

Image result for kemurungan

Meanwhile, kemurungan klinikal pula akan membuatkan sistem otak manusia terjejas dan boleh menyebabkan fizikal terjejas dan interaksi sosialnya. This is because bila manusia murung yang berlanjutan, dia akan mengalami insomnia, selera makan terganggu, cara berfikir terganggu, emosi tak menentu, kurang fokus dan sukar untuk buat keputusan, sakit kepala, loya, sakit sendi, semput ataupun sakit belakang. Kemurungan klinikal ni biasanya akan berlaku selepas 2 minggu dalam keadaan murung yang berlanjutan. 

Kemurungan klinikal cuma boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor psiaktri je bukan wild thoughts yang manusia selalu buat. 'Oh I've got all the symptoms so I'm a person with depression!' No babe, it doesn't work like that. Dan semestinya bukan boleh dirawat dengan baca Al-Quran sebab lemah iman dan jauh dari Tuhan. Chill? Even brain scan pun berbeza kot. 

Image result for brain scan depression

Most of the cases, yang murung ni nampak lagi happy, lagi bahagia dari manusia biasa berdasarkan kajian dari penyelidik2 di Universiti of Rochester Medical Centre. Mungkin itu caranya untuk sembunyikan penyakit since masyarakat pandang serong kepada pesakit mental. Dan sekarang ni jadi trend pula untuk dapatkan perhatian di social media. Lagi lah orang yang ada depression ni taknak bagitahu sakit diorang. 

If you happen to know someone yang ada masalah kemurungan, pujuk dia pergi jumpa doktor psikatri since most of them resist medical help. Or the least you can do lend your shoulder to them. Tapi kalau kau rasa nak azankan pun membantu kau buatlah tak pun baca satu kitab terus. Whatever you can do to help them, just help them before we lose them.

6 comments

  1. Kemurungan ni salah satu silent killer orang kata. Boleh sampai membunuh diri mcm kes idol korea baru2 ni. Fizikal nampak sihat tapi dalaman berkocak bercampur baur semua. Orang sekeliling kena alert dan pantau bila tgk ada keluarga atau sahabat handai dah ada ciri2 Kemurungan ni. Support mereka seadanya.

    ReplyDelete
  2. Bahaya rasa murung berlebihan ni. Dia dah xboleh berfikir panjang. Kesian yang ada penyakit macam ni. Kita orang sekeliling tak boleh nak bagi aura negatif dekat diorang.

    ReplyDelete
  3. bila zmn univ mmg susah nak lari dprd kemurungan,,either dia bepanjangan atau tidak je,

    ReplyDelete
  4. Sangat bahaya bila kena kemurungan ini.. Tambah bila tak dapat bantuan..

    ReplyDelete
  5. Honestly, depression is true! Sy pernah mengalami major depression masa zaman remaja dulu hampir setahun. Org x taupun sy depress sbb org sekeliling hanya kenal yg sy nie pendiam. Bukan senang nak atasi depression lgi2 bila xda sepa yg ada dgn kita bila kita nak meluah huhu Alhamdulillah skrg dah sembuh.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.