Pokok Cili

Saturday, 30 December 2017

First entri untuk mini garden sendiri. Actually dari tahun lepas lagi dah start tanam itu ini tapi semua banyak yang mati sebab tak kena panas sangat. Noob lagi satu hal. Tahun ni usahakan jugak sampai jadi. Dulu dah pernah beli dah pokok cili dekat nursery tapi mati. Dah lah mahal aiyooo

Sudahnya ambik biji cili campak je ke tanah. Naik elok je haa tak payah labur ringgit banyak sangat. Cuma labur sikit lah untuk hilangkan kesan putih dengan semut dekat pokok tu.


At first tu macam mau tak mau je nak hidup sebab dia naik melidi je, daun pun tak merimbun sangat. Musykil mampu keluar ke tak cili dia tu.


But then bulan lepas nampak berbuah dah. Excited teruk sebab sebelum ni banyak kali mati so this time lepas gigih sikit jaga, alhamdulillah ada hasil. Walaupun tak banyak tapi syukur lah nak. Lepaslah buat sambal belacan makan sorang tapi dia punya pedas fuhhhh kebas lidah bingit telinga. Mak kata kalau tanam cili ni ikut tangan yang tanam. Kalau jenis garang, cili dia pedas lah tapi mak kata, jangan percaya k? Sebab cili memang pedas hewhewhew




Makcik pesan suruh rajin cantas & gembur so lepas dah kutip semua ni memang cantas beria lah. Gembur tu memang selalu pun tapi berpada lah sebab taknak kacau akar dia. Harap yang kali kedua ni subur elok lah. Ada semai lagi satu pasu pokok cili sebab kuat sangat makan cili so biar tanam beria sikit. Nanti nak buat sambal jawa senang. Petik je. 

Kalau tak mati la hewhewhew

5 comments

  1. Wahh bestnyaa. Lepasni nak makan tinggal petik jeaa.

    ReplyDelete
  2. bestnya tanam cili sendiri!bagus la hanna..nk juga mini garden sendiri

    ReplyDelete
  3. Moment paling indah bila kita tanam-menanam ialah pokok membuahkan hasil tak kira bunga atau buah.. LZ ada beberapa pasu pokok cili hasil dari semai biji cili yang dibeli.. Lama-lama hidup dan beranak-pinak.. Alhamdulillah setakat ni stok cili tak pernah putus. Selain cili, LZ suka tanam pokok bunga ros..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.