Movie Review : Golmaal Again

Saturday, 30 December 2017

Image result for golmaal again

Director : Rohit Shetty
Cast : Ajay Devgn, Arshad Warsi, Parineeti Chopra, Tabu, Kunal Kemmu, Shreyas Talpade, Tusshar Kapoor, Sanjay Mishra, Johnny Lever, Mukesh Tiwari, Vrajesh Hirjee, Neil Nitin Mukesh.
Genre : Comedy
Running Time :
Trailer :


I'm not a fan of Rohit Shetty's films so Golmaal Again is not my choice but I watch this merely because of Kunal Khemu. Susah tau Kunal nak muncul onscreen, so bila dia berlakon mana-mana movie memang nak kena tengok even dah tahu dah Golmaal ni cerita mengarut.

5 sekawan, Gopal, Lakshman, Laxman, Lucky & Madhav membesar di rumah anak yatim, Jamnadas Orphanage. Satu hari diorang terjumpa baby depan gate JO & namakan baby tu Khushi. Since then diorang berlima ni jaga Khushi dari baby sampai berumur 5 tahun. Tapi satu hari diorang bergurau sampai jadi gaduh sampai Gopal dan Lakshman ambil keputusan untuk keluar dari JO dan mulakan kehidupan sendiri. Sama jugak macam Madhav, Lucky & Laxman. Tinggallah Khushi sorang-sorang dekat JO. Lucky for her, tak lama lepas tu ada keluarga datang ambil Khushi sebagai anak angkat. Lepas 20 tahun, diorang berlima bertemu balik di majlis pengebumian pengasas JO. Diorang ingat mati sebab terjatuh dari bumbung rupanya tak, dia kena bunuh so dari situ diorang berbaik & selesaikan misteri pembunuhan pengasas JO.

Dengar je nama Rohit Shetty dah tahu dah macam mana jalan cerita dia buat. Dia ni sama level je dengan Farah Khan, logik kelaut. Lagipun movie masala macamni memang tak expect banyak. Cuma pelik kenapa boleh meletops dekat panggung, mana tahu best macam Chennai Express rupanya tak. Dalam banyak scene lawak tu ada some parts je yang betul-betul lawak. Johny Lever pun buat lawak merapu. Entah apa benda entah.

Lagu-lagu pun tak best, lagi menyampah bila dengar lagu Neend Churai Meri remake tak best langsung. Tapi cinematoghraphy cantik lah, nak pulak bila tengok scenery dekat Ooty memang cun kemain. Ni memang forte Rohit Shetty kalau bab visual memang top notch tapi visual je lah, bab lain kelaut.

Twist yang Rohut Shetty and his team harapkan memang tak nampak twist langsung. From the first moment pun dah boleh baca 'rahsia' movie ni. Disappointed big time. There's nothing new pun dalam movie Golmaal Again except new actors macam Tabu, Parineeti Chopra & Kunal Khemu. Itu je lah. Yang lainnya seksa nak tunggu sampai habis. Hancur.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio 0, 4. Storyline 0, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 4/10

1 comment

  1. LZ cuma kenal Ajay Devgan, lain macam tak berapa familiar..
    Sesekali layan Hindustan best juga...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.