Misi Mencari Remis di Pantai BNO, Sabak Bernam

Sunday, 31 December 2017

Dah lama tak menapak ke BNO walaupun dekat je dengan rumah sebab jarang balik rumah. Kalau balik pun tak sempat nak pergi sebab banyak hal lain. Ni ada cuti lebih sehari boleh lah bawak family menyinggah sana. 


Tak plan pun nak cari remis sebab nak pergi ambil angin layan blues je dekat BNO & makan mee udang tapi bila sampai je sana nampak orang lain gigih cari, dia mula la nak join sekali. Sebelum ni kalau datang memang dah spare dah besen dengan pengorek sekali. Kalau gigih cari memang penuh besen tu. Tapi sebab datang melenaggang je tak banyak sangat lah dapat. Lagipun pergi hujung bulan memang tak berapa nak ada lah. Kalau ada pun yang kecik je nak makan pun kesian. 

Lepas habis breakfast terus start cari remis dekat bahagian laut sebab air dah surut. Boleh lah ke tengah sikit. Ada la dapat lokan seketul dua tapi remis tak banyak sangat. Even tak banyak, boleh lah dapat yang besar. Tension dah habis korek dalam pun tak dapat remis, try cari dekat kawasan batu. Rupanya banyak sembunyi dekat situ. Memang khusyuk lah memasing mengorek. 

Tips cari remis : Cari di bawah batu sebab dia sembunyi bawah batu. Ada batu yang boleh alih tu memang kitorang alih je. Dekat satu batu boleh dapat 5 atau 6 ekor remis. Sejam je dah penuh bekas tapi tak banyak sangat lah sebab bukan waktu dia. Banyak anak2.

Dah habis mengorek, pergi lepak makan mee udang pulak. Dah berzaman tak makan. Dari harga 5 hengget dah naik jadi 9 hengget dah haaaa.


Mee udang dia puas hati lah makan sebab banyak, boleh makan 2 orang. Udang dalam 6 ataupun 7 ekor.


Nasi goreng udang pun sama, RM 6


Laksa dia RM 5 tapi yang tak bestnya laksa ni dia letak pes udang. Laksa udang pun ada dia jual tapi harga mahal sikit lah, RM7. 


Tapi ABC agak hambar sebab kosong. Tak banyak pun bahan lain, yang tingginya ais kisar je lah. 

Habis je makan terus menapak balik sebab dah makin panas dekat pantai tu tapi segala jenis gerai jualan, layang-layang semua start aktif waktu tengahari sampai petang. Angin pun start kuat masa tu so best lah kalau main layang-layang. 

Dulu dekat pantai ni takde tebing tinggi ni pun tapi since air laut naik tahun lepas diorang dah bina nak elakkan banjir. Ada some parts dah cantik diorang buat mural. Tak lama nanti makin cantik lah kot Pantai BNO ni sebab pantai ni memang nampak terbiar. Beza betul masa first time datang dulu. Tapi tu lah, dulu-dulu dah habis bro :P


4 comments

  1. Kak ana pernah sekali je ke BNO ni. Saja layan view tepi laut dan try pekena mee udang. Not bad juga.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.