Gegar Vaganza 4 : Minggu 5 - Senarai Lagu Minggu 6

Saturday, 2 December 2017

Image result for gegar vaganza 4

Makin lama makin rama yang dah tersingkir and this time around its Elyana bila kurang berjaya membawakan lagu Sepi nyanyian Yuni Sahara tapi yang lebih mengejutkan bila Elyana buat ucapan sebelum mengakhiri konsert GV minggu ke5, turns out Elyana merupakan pesakit kanser limfoma tahap 4. Bila dengar tahap 4 tu terus rasa simpati membuak sebab betapa sakitnya menanggung azab & menunggu masa untuk pergi. But she's a strong woman indeed! Rasanya malam ni fan club dia buat solat hajat supaya Elyana dapat sembuh dari kanser. Praying the best for her. 

Kalau nak diikutkan persembahan masing-masing untuk minggu ke5 agak hambar actually. Bila dah masuk 5 minggu, semua persembahan sama je padahal dah kena tegur pun sebelum ni tapi takde perbezaan atau perubahan pun kecuali Elyana yang suka main dengan props. Yang lain berdiri dekat tengah & menyanyi. I mean, semua orang pandai menyanyi tapi kreativiti peserta tu still tak nampak.

Takut jugak tengok M.Nasir jadi juri. Teruk Tok Ram bagi komen, teruk lagi M.Nasir bila komen persembahan peserta. Nampak macam dia tak ambil port tapi bila dia bukak mulut berjela komen dia bagi. No wonder lah dia legendary. Better kena komen dengan Tok Ram rather than M.Nasir. Huhu

Throughout the show, happy sangat tengok Tok Ram backup Nabil & Jihan lepas kes Chef Wan kata Nabil penyebab masalah sosial remaja sekarang. The accusation was heavy to bear tho. Plus, nak compare perangai Nabil suka menyampuk dengan Chef Wan gigih menggedik dengan Vida rasanya Chef Wan lagi bawa menyumbang banyak kepada masalah sosial. Nasib dah tak datang ke GV dah. Geli nengoknya.

Anyway, here goes the song list for week 6 dengan tema Jangan Kata Tak Tahu :

Aishah – Projector Band – Nabil dan Jihan Muse. 

Tergantung Sepi- Haqim Rusli – Aisyah.
Jampi- Hael Husaini- Hazami
Terakhir- Sufian Suhaimi - Firman
Warkah Untukmu -Ara - Liza Hanim
Pahit Akan Manis Akhirnya-Uk’s - Lan Solo (Kristal)
Kau tetap dalam Anganku Azie- Syura
That Why You Go Way, Michael Learn To Rock – Aqasha
Bayang- Khai Bahar- Tia Jimbara.

Tak sabar nak tunggu sebab semua lagu best tapi harapnya ada la kelainan untuk minggu ni & seterusnya sebab yang tinggal pun memang tahap vokal cun melecun dah.

For those yang belum tengok persembahan minggu ke5, here goes the video :)


3 comments

  1. Minggu ni plg nk tgk lan bawa lagu ukays. Setiap minggu tertunggu persembahan liza hanim, aisyah dgn firman. Last week suka tgk firman bawa lagu salim walaupun juri bg komen xbest. Hehe.

    ReplyDelete
  2. itulah, saya pun terkejut dgr pasal elyana tu. dia yang selalunya menceriakan stage gv ni dgn keunikan persembahan dia.

    ReplyDelete
  3. Terkejut gak dengar pengakuan Elyana tu.. Semoga beliau tabah melalui ujian Allah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.