Tersangatlah kecewa dengan Half Girlfriend. This is a piece from my fav director, Mohit Suri. Kalau tengok movie Aashiqui 2, Ek Villain, Hamari Adhuri Kahani, Murder 2, semua movie menusuk ke hati. Nak move on confirm makan masa seminggu lebih sebab dia punya script, dia punya emosi tu fuhhhh tapi Half girlfriend ni jangan cakap emosi, movie pun hancur. Pelakon pun hancur, dialogue lagi lah nak mintak kena sepak.
What happened Mohit Suri? Rasanya ni kegagalan epik dalam hidup Mohit. I feel sorry for him. Maybe movie happy ending bukan makanan dia kot.
I took 3 days to finish this movie. Serious takde mood nak tengok. Dah lah setiap kali tengok mesti menguap besar lepastu tertidur. Maybe sebab mata Arjun layu sangat kot dalam movie ni sebab nak hidupkan watak melankolik. I just cant.
Shraddha being Shraddha, kayu as always. Emotionless. Dia punya scene nangis & trauma dengan masalah family dia pun rasa macam tak kesian langsung dengan hidup dia sebab tak boleh nak differentiate dia tengah gelak ataupun nangis. Of course this is a sarcasm.
Before we go any further, let me tell you bout the story. Okay, so basically Madhav Jha (Arjun Kapoor) masuk ke St. Steven's College sebab Riya Somani (Shraddha Kapoor) and ended up berkawan mesra lepastu Riya takut nak commit dengan Madhav so dia mintak jadi half-girlfriend Madhav. Madhav yang angau teruk dengan Riya ni okay je half ke suku ke asalkan Riya tu hamak dengan dia since Riya ni cantik, top student, popular, kaya ha'ah semua lah dia.
Tapi roommate Madhav ni entahlah suka betul emosi bila Madhav sembang pasal Riya. Tak cerita pulak dia ni suka Riya ke apa sebab dia tak pernah pun confess ke tunjuk minat ke apa. Yang dia tahu dia hangin je bila Madhav cerita pasal Riya. Dia suggest dekat Madhav ajak Riya keluar tengok wayang, ajar Madhav tidur dengan Riya. He is such a bad influence for Madhav I swear.
But tragedy happened bila Riya taknak tidur dengan Madhav. Lol siapa je nak tidur dengan dia, baru kenal berapa bulan dah ajak tidur, dah lah tu dekat hostel pulak tu. Dekat luar bersepah siswa lain intai diorang buat apa. Told you, roommate Madhav ni bad influence.
Poor Riya, kena tolak sampai jatuh, kena marah dengan Madhav & malu dengan satu hostel siswa dekat situ sebab masuk hostel lelaki. Riya memang totally avoid Madhav and Madhav being a creepy stalker siang malam ikut Riya macam dia takde kerja lain nak buat padahal pergi kolej bawa harapan satu kampung.
Turns out Riya drop college & kahwin lepastu bercerai sebab suami dia suka belasah dia then balik ke India sebab nak cari Madhav since dia nak habiskan waktu yang tersisa sebelum dia mati sebab kanser. Ha'ah kanser je lah penyedap cerita untuk tambahkan emosi dalam movie ni. Sama je macam Ae Dil Hai Mushkil.
Yang tak boleh blahnya, dia cari Madhav sebab moment dengan Madhav lah moment paling bahagia sekali dalam kehidupan dia like really? Madhav nak have sex masa kau sakit, lepastu tolak kau sampai jatuh, maki hamun sebab tak dapat have sex then malukan depan semua orang & he's the happiest moment in your life? REALLY?!!! Wei Madhav dengan suami kau takde beza pun lah. Oh god this woman!
I wonder why dia tak hidup dengan mak dia since dia dah nak mati. Kesian betul watak mak Riya dalam ni. Dah lah kena pukul dengan suami, anak pulak asyik nak lari padahal bonding Riya dengan mak dia okay je. Rasanya takde bonding scene between Riya & her mother except dekat birthday party Riya itupun cakap biasa je.
Fast forward, turns out Riya takde pun kanser, dia saja je tipu Madhav sebab Madhav deserves someone's better than her (janda + a college dropout). I guess kalau Riya tak menipu, Madhav tu tak payah pun buang masa lari satu New York cari dia.
Diorang dua ni hidup macam happy betul dekat dunia ni. Diorang cuma stress dengan masalah cinta je. Hal kerja, hal tanggungjawab, hal lain semua tak penting. & yes lepas Madhav jumpa Riya lepas setahun cari dekat New York, malam tu they have sex. Yeayyyy lepastu diorang balik India & kahwin. Happy ending.
Seriously this is not Mohit Suri's style, I wonder who influenced him at the first place. T.T
Movie ni ada banyak women issues tapi entahlah dia tak deliver strong social messages pun. It just an add up untuk panjangkan cerita nak bagi nampak tragis tapi hambar jugak. Madhav nak jadi ala Majnu + Devdas moden tapi emosi dia tak sampai pun. Dia punya la sayangkan negara & bahasa kebangsaan dia sampai dalam interview pun sembang Hindi padahal interview in English ONLY.
Tu belum masuk part dia present depan Bill Gates dalam Hindi padahal takde translator English. Lagi rasa nak hantuk kepala tengok dia merayu dengan guard hotel nak masuk jumpa Riya beria tau membebel dalam Hindi. Jangan tanya kenapa dia dapat masuk lepas dia membebel cenggitu. Ni movie Hindustan, just put your logic away. Dah 2017 dah wei.
VFX & Bollywood memang ya tuhannn bila lah nak improve. Ingatkan untuk watak Bill Gates diorang nak cari pelakon muka lebih kurang sama rupanya diorang tempek muka Bill Gates dekat muka pelakon tu nokharom nak tersembur air tengok haaa
Nasib music album dia best. Lagu Baarish dengan Phir Bhi Tumko Chahunga tu best nak layan. At least ada la juga penghibur masa tengok movie ni. But anyway, here's my rating :
1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0, 5. Casting +0, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.2/10
try la baca baru ada 6 chapter.and I promise it will worth your 30 minutes for reading this :) tnank you :D http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/11/im-writing-my-first-novel-thanks-for.html
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
wah mesti sedih nie
ReplyDeleterajin betul kan review movie. haha bagus lahhhh
ReplyDeletetry la baca baru ada 6 chapter.and I promise it will worth your 30 minutes for reading this :) tnank you :D
ReplyDeletehttp://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/11/im-writing-my-first-novel-thanks-for.html
riview yang ohsem..
ReplyDelete