Movie Review : Bareilly Ki Barfi (2017)

Wednesday, 8 November 2017


Director : Ashwiny Iyer Tiwari

Writer : Nitesh Tiwari, Shreyas Jain

Cast : Ayushmann Khurrana, Kriti Sanon, Rajkumar Rao, Pankaj Tripathy, Swati Semwal, Naila Grewal, Seema Pahwa

Production Company : Junglee Pictures, B R Studios

Distributor : AA Films

Genre : Romance / Comedy

Running Time : 116 minutes

Release Date : 18 August 2017

Trailer :

Diadaptasikan dari novel The Ingredients of Love karya Nicolas Barreau yang diterbitkan pada tahun 2011, Ashwini Iyer Tiwari bersama penulis skrip Nitesh Tiwari dan Shreyas Jain mengolah Bareilly Ki Barfi mengikut selera masyarakat India dan berlatarbelakangkan pekan Bareilly yang terkenal dengan manisan.

Kisah bermula bila banyak lamaran perkahwinan Bitti Mishra (Kriti Sanon) ditolak sebab perangai dia yang agak tomboy. Sentap dengan kata-kata mak dia (Seema Pahwa) bila dianggap menyusahkan, Bitti lari dari rumah tanpa hala tuju. Bosan menunggu keretapi sampai, Bitti beli buku Bareilly Ki Barfi dan batalkan niat untuk lari lepas baca kisah Babli gara-gara watak utama dalam novel tu sama seperti Bitti.

Bitti bagitahu plan untuk cari penulis Pritam Vidrohi (Rajkumar Rao) sebab dia nak tahu macam mana Pritam boleh kenal kenal diri dia walaupun tak pernah berjumpa. Actually lebih kepada excited sebab ada lelaki yang suka dengan karakter Bitti apa adanya. Hakikatnya buku tersebut ditulis oleh Chirag Dubey (Ayushmann Khurrana), owner publishing store yang putus cinta dengan Babli (Naila Grewal) dan semadikan kisah mereka dalam buku Bareilly Ki Barfi.

Chirag jatuh cinta dengan Bitti tapi mak Bitti tak suka penulis buku tu so dia minta tolong Pritam menyamar tapi malangnya Bitti dan keluarga dia pula suka dengan Pritam. Keadaan makin kusut bila Chirag buat cerita tentang status Pritam supaya Bitti batalkan niat untuk berkahwin. Sakit hati sentiasa dibuli buatkan Pritam cabar Chirag untuk rampas Bitti. Berjaya atau tak plan Pritam tu kena tengok lah movie romantic comedy di bawah banner Junglee Pictures dan B R Studios ni.

Dari awal movie sampai habis momentum tak jatuh atau membosankan, semuanya terletak cantik dengan scene komedi yang fresh especially bila Rajkummar Rao muncul onscreen. Walaupun dia hero kedua tapi dia lebih menyerlah dari watak pemalu dan anak mak kepada watak pembuli, berlagak dan over- confidence. Ada masanya Ayushmann tenggelam dalam beberapa scene bersama Rajkummar. Nasib baik screentime dia lebih panjang supaya kita tak lupa yang watak Chirag adalah watak hero.

Dialog dari Nitesh Tiwari dan Shreyas Jain pun cantik dan mengangkat tema feminism melalui watak Bitti. Kalau sebelum ni Kriti cuma jadi cantik dalam movie tapi kali ni watak dia lebih mantap. Ditambah pula chemistry dia dengan Pankaj Tripathi sebagai duo anak beranak, menambah lagi impak pada lakonan dan watak Bitti. Favorite scene Bitti bila dia mengadu dengan ayah dia yang dunia dia lebih indah kalau dia adalah lelaki.

‘Everything would be much easier if I was a boy. No question asked. He smokes cigarette….but he a boy. Wanders out all night….but boys normally do, don’t they? He’s a loudmouth but has a heart of gold. So what if his engagement got cancelled twice….he didn’t like the girl, he just can’t marry anyone. Being a girl is a complete disaster.’

Lakonan Seema Pahwa pun apa kurangnya bila dia jadi mak tipikal yang risau akan jodoh anak perempuan tunggal. Scene dia marah Chirag tak nak minum air teh dia tu on point habis!

‘Why did you ask for tea if you didn’t want it? Don’t you know a litre of milk costs Rs 52?’

Visual dari Gavemic U Ary diambil dengan shot yang cantik ditambah pula dengan props dan costume yang sesuai dengan budaya setempat. Music score Bareilly Ki Barfi pun best especially lagu Nazm Nazm dan Bairaagi dengan lirik yang romantik. My pick is Bairaagi sebab nyanyian Arijit Singh dan muncul pada scene Chirag dah putus asa dan patah hati bila Bitti nak kahwin dengan Pritam. Dah terlambat untuk dia betulkan keadaan. Lirik lagu dan lakonan Ayushmann buat lagu tu jadi beremosi.

Untuk family entertainer dan movie bertemakan kisah cinta tiga segi, Bareilly Ki Barfi patut jadi pilihan. Lakonan, dialog, visual, music score, suntingan semuanya menjadi. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

4 comments

  1. plot dia ala-ala tenggelamnya kapal van der wijck tapi ada bezanya sikit but it sounds good!
    for sure akan tengok filem ni.
    thanks for share this good movie for me 😃🌺

    ReplyDelete
  2. GV dah lama tak tgk movie hindi baru. Cite ni cam best juga. hihi.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.