Raya Haji ni tak beraya sangat sebab pergi bercuti dulu since raya jatuh Hari Jumaat so tak ramai yang menyembelih hari Jumaat. Tak sempat katanya. So, kita pergi mandi pantai dekat Teluk Senangin.
Kalau ikutkan plan nak stay dekat guesthouse/homestay/chalet/resort yang ada dekat Teluk Senangin tapi semua pun dah penuh. Ramai jugak tak beraya dengan kitorang huhu. So cari lah dekat Agoda hotel apa yang available dekat sana. Maka terjumpa lah Sfera Hotel & we took Deluxe King sebab ramai & itu je lah pun yang available. Nasib ada promo so RM600 per night dapat lah half jadi RM300 je.
Ada je rumah kawan mak nak dibuat tumpang tapi malas lah nak kacau orang nak beraya hewhewhew
Due to Raya Haji, jalan memang sesak so makan masa 4 jam jugak lah nak sampai walaupun sebenarnya 2 jam lebih je dari rumah. Sampai je terus check in dekat Hotel Sefera.
Being a guest in here, boleh mandi swimming pool lah tapi yang menyampahnya pool dia open pukul 7 pagi sampai 7 petang je. Malam is totally unbearable sebab pekan Manjung mati waktu malam. Ada bowling tapi dia punya penuh tu ya tuhannnnn. Bad luck pulak bila cinema dekat Aeon Manjung pulak tayang movie hambar.
Sama lah jugak dengan sauna pun. 7am-7pm je. Reading rooms je lah open 24 hourse with wifi. Kalau stay dekat Teluk Senangin waktu malam pun nothing you can do apart from BBQ which is quite boring.
Lepas check in, solat semua terus pergi ke Teluk Senangin which is 20 minutes from hotel sebab takut tak sempat pulak nak mandi sebab dah lambat dah. Sampai sana, quite suprised jugak lah sebab penuh. Raya pun penuh wei tapi tak banyak lah gerai bukak. Nasib dah bawak bekal dari rumah sebab dah baca review dekat TS memang hambar bab kedai/gerai.
Even bawak bekal pun, lupa pulak bawak tikar. Ada pondok dekat situ tapi penuh dengan monyet. Diorang get ready je nak attack. Nak sewa tikar pulak cecah RM10 + deposit RM10. Ada pondok untuk disewa pakej dengan pelampung, RM20. Sudahnya duduk je lah atas pasir tu makan sebab pondok tu kuat sangat bau tahi kucingnya.
Thank God petang tu tak hujan so boleh lah mandi. Even the view is so nice. Masa tengah mandi tu menggelupur jugak sebab nampak sirip macam sharks, ye Malaysia takde jerung tapi kalau dah nampak sirip tu kau tahu nak lari je rupanya sekawan dolphin huhu boleh pulak diorang buat prank. Tak sempat nak ambil gambar, we're just enjoying the view.
Stay sampai maghrib sebab nak tengok sunset tapi hambar betul sebab kena lindung dengan awan so misi gagal. Balik tu dah gelap dah. Nak keluar dari TS kena guna highbeam sebab jalan dia memang gelap gelita. Street lights are not provided luckily waze functioning well. Balik hotel, mandi semua lepastu keluar nak jalan-jalan tapi apa pun tarak so we're just heading to Tesco buy some Maggi & ice-cream hehehe
Actually nak makan dekat restoran seafood tapi raya khennn semua kedai tutup.
Esoknya turun dekat restaurant hotel ni untuk breakfast. Disebabkan kitorang terlebih muatan, so kena charge extra per head. adult RM25, children RM20. Breakfast dia agak hambar. Tak banyak pun menu tapi dalam tak banyak tu pun dua jam jugak melepak sana.
Lepas dah kenyang makan, pergi mandi dekat swimming pool sampai tengahari. Habis mandi terus checkout pergi dobi baju. Dekat hotel tu ada laundry service tapi menangis lah tengok harga sebab satu helai baju RM1. Lepas mendobi pergi makan lepastu solat & heading to Lumut Waterfront.
Dekat sini even raya bersepah jugak orang melepak. Yang ada pakai baju raya pun ramai. Nak shopping tapi malas sebab cash takde. Dah 2017 tapi destinasi pelancongan kita masih lagi guna sistem tunai padahal kita dah ada debit paywave. Tssskkk
Dah habis jalan-jalan, tengok kapal haruslah balik. Tak tahu nak pergi mana dah pun dekat area ni. Otw balik tu ada nampak Taman Paya Bakau. Ramai jugak yang pergi tapi tu lah, balik pun dah nak maghrib dah. Malas lah nak menyinggah. Next time lah kot kalau rajin.
Teluk senangin memang hambar.. Tapi kalau just nak mandi or santai still lagi okay..
ReplyDeleteBesar dan cantik nampaknya bilik tu.
ReplyDeleteBosan juga ye kalau malam dah xboleh nak buat apa dah. Duduk bilik je lah gayanya ye.
Wah ada dolphin ye kat TS. Bestnya.
Bilik besar dan cantik. Pantai pun bersih je...Boleh lah baeak fmly jalan jalan lpas nih
ReplyDeleteSaya orang Perak pun tak pernah p sini lagi
ReplyDelete