Semalam nampak iklan Kau Yang Satu dekat Astro so teringat tak buat lagi review movie ni padahal dah lama dah tengok.
Masa tengok trailer movie & introduction 20 minit awal dekat Astro ni tergedik-gedik jugak lah nak tengok full movie sebab casting dia power belaka. Tapi tak lah sampai tengok dekat panggung sebab wei cerita cinta je kot. Movie Melayu pulak tu.
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Winci & Amyra Rosli
Rating : 4.5/10
Trailer :
Judging from the trailer, this movie can give audience a better experience but the reality isn't. Movie ni rasanya elok jadi telemovie je lah kot. Lagi jimat kos. Tapi movie ni boleh je nak layan secara santai sambil buat housechores bagai.
One of my expectation from the trailer sebab based on bestseller novel back then, line-up casting pun power sebab ada Izara which is my fav actress, ada Aaron Aziz & Hisyam Hamid kalau kau bosan dengan movie pun boleh cuci mata tengok pelakon handsome hihu. Bukan Iolls je yang ada expectation cenggitu, Metro pun sembang benda sama.
Tapi tak tahu lah dia kecewa ataupun bahagia tengok movie ni sebab dia tak ada pulak buat ulasan movie ni. Apart from top-notch acting from all cast, chemistry antara Izara dengan Aaron pun best jugak nak layan. Nak pulak bila masuk romantic scene macam scene ikat tie dengan scene shaving tu. Tapi chemistry Izara dengan Hisyam pun power jugak sampai kau rasa nak Izara lari je dekat Hisyam tak payah stay dengan Aaron sebab both of them kahwin secara paksa dalam movie ni atas kehendak keluarga. Ha'ah, storyline dia cliche.
I cannot compare lah between movie & novel which one is better because I don't have time nak baca balik novel tu tapi rasanya tak lari jauh mana pun jalan cerita dalam novel dengan movie ni. But I can assure you its a happy ending. *wink wink*
Walaupun storyline cliche, the emotion is there. Ada scene hiba tu memang menangis jugak lah. Tu lah jadinya bila casting kau bagus, dia boleh tutup kelemahan jalan cerita tu tapi tak banyak lah tapi still boleh hadam lah. But I really love Soo Winci's acting. Jarang nampak dia berlakon so bila tengok dia berlakon bagus memang wow, she's killing it. Part Amyra Rosli, errr semua orang boleh ganti tempat dia actually sebab watak dia tak penting mana pun. So kalau dia kayu pun orang tak kisah but I enjoy lah her presence.
Fyi, semua casting ni ada kelas lakonan selama 3 minggu dengan Ellie Suriati so korang tahu lah macam mana scene sebabak boleh buat orang menangis sebak sebab Kak Ellie ratu ayaq mata kot.
I don't have any problem with cinematography & audio, semua okay je. Tak lah teruk mana tak lah best mana. Just nice sesuai dengan movie. Tak sure diorang shooting dekat mana sebab scene laut cantik kemain & of course scene dekat New Zealand. Tapi rasanya tak perlu pun bazir duit pergi abroad untuk shoot tempat cantik sebab kalau trick penonton guna view yang lebih kurang sama pun dah boleh sebab bukannya director tunjuk pun memorable places. Ada la seketul dua local NZ. Itu pun kalau Mat Dan yang masuk berlakon, orang tak perasan pun.
Costume and set design pun tak lah jerih mana sebab the time plot is 2017 so tak banyak pun nak kena prepare. Since movie ni movie cinta, so dia punya storyline pun kena dengan mood jiwang tu cuma konflik dia tak lah heavy sangat. Kalau nak compare movie Kau Yang Satu dengan Ombak Rindu, movie Ombak Rindu cun lagi. Tapi bab entertainment, I choose Kau Yang Satu sebab Ombak Rindu sangat slow sampai rasa nak terajang skrin.
I really hope Osman Ali can do better than this but since dia sendiri cakap nak maintain produce movie yang klise macam ni sebab nak orang kenal diri dia, so I cannot say more lah. Good luck?
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline 0, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes 0, 8. Editing 0, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 4.5/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
sha tengok dah cerita ni hahahaha slow jugak cerita ni asyik skip je😂 tapi oklah best
ReplyDeleteBoleh lah tgk movie ni nanti. Gigih kak ana baca review awak ni nak tau berbaloi atau tak nk tgk kalau ada di astro First
ReplyDeleteaira dah tengok movie ni. ermm macam boleh la tapi novel best lagi. cerita ni slow gituu
ReplyDeletebeberapa kali repeat jugak tengok cerita ni. Bolehlah..lakonan AA kalau cerita macam ni...lebih kurang macam sama je..hehe
ReplyDeletecrita ni cikyan tgk kat youtube je.. haha..
ReplyDeletebg cikyan laaa.. dlm novel best lg dr movie sebenar.. taktau nape.. walau pelakon dia best..