Movie Review : Bad Genius (2017)

Tuesday, 5 September 2017


Director: Nattawut Poonpiriya
Writer : Nattawut Poonpiriya, Tanida Hantaweewatana, Vasudhorn Piyaromna
Cast : Chutimon Chuengcharoensukying, Eisaya Hosuwan, Chanon Santinatornkul, Teeradon Supapunpinyo, Sarinrat Thomas, Ego Mikitas, Sahajak Boonthanakit
Production Companies : Jorkwang Film
Distributors : GDH 559
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 130 minutes
Release Date : 3 May 2017 (Thailand)
Trailer :


Dah masuk sebulan baru dapat tengok movie ni since MBO tak tayang. Ahad lepas tergedik sangat nak tengok wayang dengan adik, bila search movie apa best, Bad Genius keluar dekat Citta Mall. Memang terus menapak lah cerita dia. Tak fikir banyak dah sebab geram ramai yang cakap best even IMDB & Rotten Tomatoes pun bagi marks tinggi. 


Siapa sangka watak genius boleh buat duit dekat sekolah. Selalunya watak genius ni nerd, patuh arahan, mana berani langgar disiplin tapi dalam movie ni watak Lynn (Chutimon Chuengcharoensukying) sama tinggi dengan watak Frank Abagnale dalam movie Catch Me If You Can. Genius & slick. Cuma bezanya, Frank benefit untuk diri dia seorang je tapi Lynn dapat win-win situation bila tolong kawan dia dapat marks power dalam exam. As you guys know, movie ni start dengan Lynn yang cari duit dengan jual jawapan masa exam guna teknik jari untuk soalan pilihan jawapan. 


To sit in cinema for 2 hours & 10 minutes is such a commitment sebab movie kalau 1 jam pun hambar dah boleh buat marah tapi boleh bayangkan tak mata fokus dengan movie dari awal sampai habis. Even banyak slo-mo tapi every scene is beautifully crafted & background music dia memang main peranan. A big one!

Setiap character yang ada semuanya penting dalam movie & semua menyumbang kepada storyline yang padu. Not a second wasted. Big applause to cameraman sebab focus kepada watak and there's no unnecessary shots pun. Cinematography at its best. Top-notch!

Image result for bad genius review

Kalau ada yang kata buat apa movie ni wujud nanti ramai lah yang meniru, I will say nope. Sebab orang dah aware lah dengan teknik ni hahahaha kau ni pun huk alohhhh. Ada jugak nampak yang kata movie ni overrated sebab orang yang suka meniru je cakap best. Nak setuju boleh tak sebab yes this movie is brilliant sebab nak jadi peniru berjaya bukan senang. Ingat nak meniru tak perlukan skills ke? Macam Grace (Eisaya Hosuwan) cakap, untuk orang yang otak power macam Lynn, meniru ni memang lah salah tapi wei marks tu penting. Bukannya tak usaha tapi tu lah, masa tu lah mengantuk, masa tu lah otak blank, masa tu lah nak kena sawan semua. 

Image result for bad genius review

Walaupun dalam movie ni audience tahu yang benda ni salah tapi disebabkan semua elemen pembikinan movie ni bagus, semua harap Lynn ni berjaya dalam ujian STIC walaupun dia cakap dia tak mampu nak hafal semua jawapan bila Banks (Chanon Santinatornkul) kantoi hantar jawapan dekat Pat (Teeradon Supapunpinyo) dan Grace. Kudos to Bad Genius team!


Cuma satu je lah yang keep wondering dari awal movie, pengetua sekolah tu memang tamakkan grade ke cemana sampai tak perasan langsung ramai budak yang lulus? Takde langsung cikgu yang perasan this unusual pattern in that class? Kalau lima, enam orang boleh terima lah tapi sampai half of the class kot. I guess question ni boleh cover dengan corrupted system sekolah tu. Dari awal lagi dah nampak yang pengetua (Sarinrat Thomas) ni kejar ranking sebab bila Lynn taknak belajar dekat situ dia dah buat tawaran yang Lynn tak boleh nak tolak. Tapi dia punya duit kopi lagi besar dari yuran. Amboi sangat pengetua dia. Sama licik dengan students jugak. No wonder lah Lynn ambil keputusan untuk buat jahat. T.T

Image result for bad genius review

All in all this movie deserves all praises, awards and attentions sebab power kemain. Dah lah based on true story so memang tak boleh deny the fact they actually did it & that's why I love to watch a movie based on true story. It happens, it really does happened antara kita cakna ataupun tak je. 

Siapa yang belum tengok, boleh tengok sebab movie memang berbaloi-baloi dengan harga tiket. Movie pun tak berat cuma kalau jenis cepat kembang tekak, jangan bawak makanan sekali masa menonton :)

4 comments

  1. Best filem ni..lokman dh tngok

    ReplyDelete
  2. ramai yg ckp citer ni best. nak kena tgk ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Lain dr yg lain cerita ni. Mcm kena tgk je pula ni. Gigih kak ana baca review awak ni tau. Hehe

    ReplyDelete
  4. Ramai sangat bagi review best.. Maybe one day boleh tengok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.