Nom Nom Nom : McFlurry D-24 & Burger Syok!

Monday, 28 August 2017

Dari haritu lagi nak makan durian tapi tak dapat lagi sudahnya pergi McD hilangkan kempunan beli McFlurry D24 yang tengah hot dekat socmed sekarang ni. Order sekali Burger Syok sebab saja nak try menu baru. Nak order pie pulut hitam tapi malas. Nanti je lah. Not in the mood to eat some pie.


K tipu, sebenarnya duit tak cukup nak beli banyak kemain.


Kalau tengok dekat box Burger Syok tu dia tulis pasal paha ayam empuk dimasak rangup, sos pedas unik & keenakan salad segar. Tapi bila bukak dalam, salad satu hiris mintak penampar, carrot je  dia taruk banyak. Sos tak pedas lepastu masam kemain rasanya tu kot yang unik dia. Dia letak limau kot. Mampu makan half je, lagi half tolak dekat adik sebab hmmmm

Image result for burger syok mcd
Expectation
Reality
Paha ayam dia memang empuk tapi tak rangup. Burger Syok ni tak syok pun makan sebab tengah sedap kunyah roti dengan ayam dia boleh pulak potong line bila makan sos dia yang masam tu. & yang paling kecewa sekali bila dia kata burger ni pedas tapi hmmm hambarnya. Letak sos cili pun still tak pedas. My expectation sama level pedas dengan ayam goreng rangup tapi dia pergi 20% je. 

Burger Syok ni ala carte RM12.90, combo RM15.99. Saiz burger ni kecik, kalau taknak frust teruk sangat, jangan beli. Dia punya saiz tu macam Burger Prosperity bahagi dua. Kira macam anak Prosperity yang try hard nak menonjol. 

Anddddd, here it is, the McFlurry D24 yang hambar rasa macam durian tompok2 je. 


Sudahnya beli durian dekat luar McD tu makan sampai kenyang. Lagi berbaloi dari beli McFluury sampai 8 hengget tapi rasa durian tu dia dekat tapi jauh.


Lepas try McFlurry D24 ni baru faham kenapa orang kata macam rasa keropok durian ni. Memang lah rasa durian tapi bila makan McFlurry, teringat dengan keropok ni tapi keropok ni lagi power lah.

Related image

3 comments

  1. Saya belum Cuba lagi burger syiok Dan mcflurry durian d24. Nama ya power tapi tengok kat harga Rm7. 99 macam rak berbaloi pula.

    ReplyDelete
  2. semua pun i tak try lagi...durian flavor, burger hitam korean spicy ngan burger syok ni...ntah bila nak rasa semua tu...sebab kalau pi mekdi sudahnya mesti nak makan ayam goreng spicy dia tu je...huhu...tak pun burger chicken grill dia tu...

    ReplyDelete
  3. Rata-rata kat so so je durian mcflurry tu. So kak ana pun takde rasa nak mencuba lagi. Tp lama sungguh tak makan McD dah. Tetiba craving :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.